Tuesday 3 April 2012

Cover untuk Novel DENGARLAH TANGISAN PELANGI

Ini cover untuk DENGARLAH TANGISAN PELANGI...
Harap korang ske..
Sorry lmbat post cover dye....

CinTa bErtEmu CinTa... 1

"MERAH..!! Mai dapur sekejap. Tolong mak basuh pinggan...." pekik kan Mak menganggu konsentrasi aku menonton televisyen. "Baik, mak..." sahutku. Nanti tak sahut, bising pulak orang tua kesayanganku itu. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah dapur. Aku lihat mak tekun memotong bawang.
"Mak masak apa hari ni?"soalku setelah tanganku mencapai pinggan untuk dibasuh. "Mak masak kari ayam dan daging masak merah dengan nasi goreng..."jawab mak. Itu semua makanan kegemaran Putih. Mana aci ! Asyik-asyik Putih je dapat makan sedap-sedap. "Ermm.. Makanan kegemaran Merah, mak tak masak ke?" soalku.
"Tak ada maknanya mak nak masak sedap-sedap untuk kamu. Mak masak makanan kegemaran Putih sebab hari ini kan Putih nak balik sini. Biar waktu Putih balik nanti.. Dia rasa gembira.."ujar mak penuh kasih sayang. "Yela... Asyik-asyik Putih je. Anak mak yang sentiasa disisi mak ni, mak tak bagi perhatian pun. Jangan sampai Merah tinggalkan rumah ni, baru mak nak rindu kat Merah..." ujarku sedikit kecewa.
"Berani ke kamu nak tinggalkan rumah ni? Kerja pun tak ada. Baik kamu tolong mak je kat rumah. Dapat jugak pahala...." kata mak bersahaja. "Ala.. Sebenarnya, Merah boleh masuk Universiti macam Putih tu.. Tengok la keputusan SPM Merah dengan Putih. Sama sahaja keputusan kami. Dua-dua straight As. Mak je yang tak kasi Merah masuk Universiti," kataku berbaur hampa.
"Ala... Mak bukan tak kasi.. Mak cuma tak cukup duit. Sudahlah, ni mak nak tanya ni. Bila kamu nak kahwin? Kamu tengok putih tu. Ramai orang datang nak pinang dia. Tapi, kamu satu haprak pun takdak..."perli mak.
"Ala, mak. Rilekslahh... Merah ni bukan apa. Tak nak kahwin awal-awal. Lagipun, Merah ni muda lagi. Baru umur 24,"balasku tenang. "Mak, Merah nak keluar dulu. Assalamualaikum....." kataku cuba mengalih topik. "Tu nak lari la tu..." muka mak kelihatan marah. "Mana ada.." aku cepat-cepat keluar daripada perkarangan rumah.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Huh, 'Bila kamu nak kahwin?'" aku mengajuk percakapan mak. Nak kahwin macam mana. Tak ada sesiapa pun yang berkenan dengan aku. "Cinta tak wujud..!!!!!" jeritku lantang di pantai. Selalunya, di pantai inilah aku meluahkan perasaan. Perasaan sedih, gembira, semuanya disini. Nak luahkan kat mak. Hish, tak sanggup aku. Nanti aku kena kutuk pulak.
Aku ingat lagi. Dulu ada seorang lelaki ni suka kat aku. Aku suruh la dia meminang aku sebab aku pun dulu syok jugak kat dia. Jadi, keluarga dia pun datang la ke rumah kami membawa rombongan. Sesampainya family lelaki tu kat rumah aku, dia boleh pulak berubah hati apabila terlihat Putih. Terus dia suruh mak dia pinang Putih. Aku ditinggalkan macam tu saja. Nasib baik Putih tolak pinangan tu. Ahaks ! Padan muka dia ! Tapi, Aku tetap meraung malam tu jugak. Yela... Siapa yang tak sakit hati apabila diperlakukan begitu.
Itulah sebabnya aku kata cinta tak wujud. Lelaki ni banyak yang lihat paras rupa saja. Aku tahulah aku ni tak berapa cantik. Kawan-kawan mak kata, muka aku dan Putih mirip artis indonesia. Muka aku mirip pelakon indon yang berlakon dalam cerita Jelita bernama, Agnes Monica. Manakala, Putih pulak menyerupai pelakon indon 'meletop' indon iaitu, Nabila Syakieb.
Nabila Syakieb terkenal dengan rupanya seperti orang arab. Cantik sekali. Begitu jugalah dengan Putih, rupanya ada sedikit mirip orang Arab. Mungkin dia terikut wajah Ayah. Ayah merupakan keturunan Arab. Tapi, ayah menetap di Malaysia. Ayah meninggalkan kami sewaktu aku berumur 14 tahun.
Nabila Syakieb dan Agnes Monica. Dua-dua sama cantik dan sama comel. Tapi, kenapa kebanyakan lelaki tertarik dekat Putih? Oppss, silap. Bukan 'kebanyakan' tapi semua lelaki !  "Huh........."keluhku. Tak apalah. Mungkin ini memang takdir untukku. Tukar topiklah. Apa yang korang nak tahu?
Haaa... Pasal nama aku. Nama aku, Siti Nur Merah. Nama Putih, Siti Nur Putih. Nama ni Ayah dan Mak yang beri. Alasan mereka adalah kerana mereka amat meminati cerita 'Bawang Putih, Bawang Merah'.
Aku tak peduli apa alasan mereka! Kenapa Ayah dan Mak beri nama ni kat aku?! Kesian aku.. Terseksa waktu kecil. Akibat nama 'Merah' ni la, aku tak ada kawan waktu kecil dahulu sampailah sekarang. Kawan-kawan aku waktu kecil takut dengan aku sebab mereka ingat aku jahat macam 'Bawang Merah.' Huhuhu.... Menangis tak berlagu~
'Pin ! Pin ! Pin !'
Bunyi hon kereta mengejutkan aku. Hishh.. Apalah main hon-hon pulak ni? Aku menjengukkan mukaku. Aku lihat, Beberapa orang lelaki yang berada di dalam kereta itu, sedang mengusik seorang gadis perempuan. "Eh, ni mesti kes gatal-gatal ni. Baik aku tolong. Kesian perempuan tu. Dahlah nak masuk waktu maghrib ni, nanti berlaku apa-apa pulak," aku bingkas bangun lalu menepuk sedikit bahagian bawah punggungku untuk menghilangkan kesan pasir pantai.
"Hoi !" jeritku ke arah jantan-jantan yang tak berguna tu. Jeritanku nyata membuat mereka terkejut. "Well, tengok siapa di sini. Merah !" aku berpaling ke arah empunya suara itu. 'Alamak ! Tu anak ketua kampung. Aku tak boleh belasah dia. Nanti sia-sia je kena halau,' bisik hatiku kalut.
"Adik, jom ikut Akak. Jangan dilayan mereka ni," kataku lalu memaut tangan gadis itu. "Eh ! Sekejap. Kau nak pergi mana tu, Merah? Takut ke?" soal Yusof sinis. "Err.. Mana ada. Sudahlah. Aku pergi dulu ye...."pamitku lalu mengatur langkah. "Korang, pergi ambil budak perempuan tu. Merah aku punya... Hahahahaha...." Yusof ketawa jahat.
Aku takut mendengar dia berkata begitu. Hisshh.. Aku mengatur langkah seribu tapi tiba-tiba aku pautan tangan aku dan gadis itu terlerai kerana tangan gadis itu sudah ditarik oleh geng-geng Yusof 'jahanam' tu. Aku lihat gadis itu dibawa ke semak. Aku pantas berlari untuk mengejar mereka namun, tiba-tiba badanku yang kecil dipeluk daripada belakang.
"Kau nak pergi mana, Merah? Kau kena layan aku dulu,"bisik Yusof ke telingaku. Eeeii... Gelinya ! Aku berasa cemas. 'Nak buat apa ni?', otakku ligat berfikir. 'Aaarrgghh ! Tak payah fikir banyak-banyak !'. Aku membuat 'back hand' tapi sempat ditahan Yusof. "Lepaskan aku, Yusof !"rayuku. "Tak nak !" Yusof tersenyum jahat.
Aku takut. 'Ya Allah, Ya Rahim.. Selamatkanlah hamba-Mu ini, Ya Allah....' doa hatiku. Yusof sudah mencempung badanku lalu dibawanya ke rumah usang yang jauh daripada penglihatan orang. Aku pulak masih lagi mencuba melepaskan diri. Aku memukul bertalu-talu dada Yusof. Aku terlalu takut. Aku menangis. "Yusof, please lah... Lepaskan aku ! Aku merayu kat kau !" rayuku bersungguh-sungguh.
"Okeylah, aku lepaskan kau..." kata Yusof lalu melepaskan pautannya. "Hah? Biar betul?"soalku tidak percaya. "Yela... Baik kau pergi.."usai sahaja Yusof berkata begitu, aku terus bangun dan lari. Sewaktu aku cuba memulas tombol pintu yang usang itu,kedua-dua belah tangan sasa Yusof melekap pada dinding. Tindakan Yusof itu membuatkan aku terperangkap antara dia dan pintu.
Aku terkunci. Yusof makin lama makin dekat padaku. Deruan nafas kami bersatu. "Tadi kau...kau kata nak lepaskan a..aku !" kataku tergagap-gagap sambil memandang ke arah lain. "Aku akan lepaskan kau... Tapi, kau kena puaskan aku dulu ! Hahaha !" Yusof membenamkan wajahnya ke leherku. Aku kaku. Aku cuba menolak tubuh Yusof menggunakan tangan, namun tidak berhasil. "Yusof !!!!" jeritku.
"Ish, diam la sayang..."ujarnya penuh romantis. Yusof bertindak lebih berani. Dia membaringkan tubuh aku ke atas lantai dengan kasar lalu menggomol tubuhku. Aku masih lagi mencari ikhtiar. Tiba-tiba mataku terarah ke suatu objek tajam. Kaca ! Aku pantas mencapai kaca itu lalu membenamkan kaca itu ke dalam badan Yusof. Yusof mengerang kesakitan. Aku mengesot ke belakang.
Aku bersyukur kerana diriku belum di'sentuh' oleh Yusof. Aku bingkas bangun lalu melarikan diri meninggalkan Yusof keseorangan.....
'Tak guna kau, Merah ! Aku akan pastikan kau jadi hak aku !' getus hati Yusof penuh dendam.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Aku menunaikan kewajipan ku sebagai seorang muslim. Aku telah selesai solat Zuhur. Terimbas kembali apa yang terjadi semalam. "Haaiiisshhh.. Aku bersyukur sangat aku selamat. Tapi, selamat ke budak perempuan tu?" aku mengeluh. Aku berasa amat bersalah kerana hanya melarikan diri begitu sahaja. "Patutnya, aku tolong budak tu dulu," aku menggigit bibirku.
Pasal apa yang berlaku semalam pun, aku tak beritahu mak. Aku ingat nak beritahu hari ni. Aku langsung melipat kain telekung lalu meletakkannya ke atas katil. "Mak, where are you?" mataku melilau-lilau mencari mak. "Mak kat sini la, Merah. Kau nak apa cari mak ni?" soal mak.
"Ermm... Putih mana?"soalku. Kata balik semalam, tapi batang hidung pun tak nampak. "Ooohh.. Dia pergi rumah 'buah hati' dia, Yusof, anak ketua kampung tu," jelas mak. 'Alamak ! Yusof?! Harap-haraplah Yusof tak cerita apa-apa tentang semalam,' getus hatiku. Aku bukan apa. Takut Yusof tu putar belitkan cerita. Putih tu bukan boleh, semua yang di cerita Yusof, dia percaya.

"Err.. Mak ! Merah nak beritahu sesuatu ni,"aku menggigit bibirku. Dengan lafaz 'Bismillah,' aku membuka mulut. "Semalam kan mak. Merah balik lambat sebab...." kata-kata ku terhenti apabila melihat Yusof dan Putih berdiri di ambang pintu. Jantung aku terus berdentum laju. 'Apa dia buat kat sini?!' bisik hatiku.
Yusof merenung tajam tepat ke arahku, sebagai amaran, 'Jangan cerita apa-apa kat mak kau, kalau tidak, habis kau !'. Aku memahami isyarat yang diberikan. Aku memandang lantai. "Ehh... Yusof, marilah ! Masuk rumah mak cik. Sekejap ye, mak cik nak buat air teh," ujar mak lalu membawa diri ke dapur.
"Kakak, Putih nak masuk bilik sekejap. Nak bersiap untuk Yusof. Kakak layan baik-baik bakal adik ipar kakak ni," bisik Putih perlahan ke telingaku. Aku hanya tersenyum tanda faham. Kini, tinggal Yusof dan aku sahaja di ruang tamu. "Err.... Mak, Merah keluar sekejap," pamitku. Janggal pulak rasanya bersendirian dengan Yusof ni. Tak apalah, pasal semalam tu, aku cerita malam nanti lah. 'Betul tu, Merah. Masih ada masa lagi !' fikir otakku.
"Yela, jangan balik lewat sangat macam semalam tu,"pesan mak. Selepas mendapat kebenaran mak, aku bingkas bangun lalu berjalan menuju ke pintu atau lebih tepat lagi, ke arah Yusof. Dia daripada tadi lagi asyik tunggu kat pintu tu je. Apa yang ditunggu pun aku tak tahu. Hatiku berasa sedikit gentar, namun diteruskan juga langkahku.
"Tepi sikit !" kataku kasar. Yusof beralih ke tepi. Bagus ! Mendengar kata ! Aku pun berjalan depan Yusof. Dia dari tadi asyik tengok aku je. Tahulah aku cantik. Ketika aku hendak menyarungkan selipar, terdapat suatu tangan memeluk aku daripada belakang. "Wei, apa main peluk-peluk ni? Lepaslah ! Aku lesing kang ! "kataku kasar sekali. Lelaki ni tak reti malu ke? Ya Allah, Maafkan aku kerana bersentuhan dengan bukan muhrimku....
"Baik kau jangan cerita apa-apa kat mak kau,"Yusof memberikan arahan kepadaku. Ceh, ingat aku nak ikut arahan kau tu? Jangan harap ! "Kau janganlah risau,"bohongku. Aku tak kira ! Aku akan beritahu semua orang tentang perangai dia yang macam 'benget' tu.
"Okey,we will see whether you're lying or not," Yusof memusingkan badanku supaya menghadap dirinya. Aku menggigit bibirku. Aku resah. Wajah Yusof semakin lama semakin dekat denganku. Aku cuba melepaskan diri, namun tidak berhasil kerana cengkaman tangannya pada bahuku amat kuat. "You're lying,"bisik Yusof ke telingaku.
'Uiikkss.. Macam mana dia tahu aku menipu?'bisik hatiku. "Kau nak tahu kenapa aku cakap kau tipu? Kau apabila resah selalu gigit bibir kau tu. Kalau kau resah, maksudnya kau bohong !"kata Yusof. Betul jugak apa yang Yusof cakap tu. Baru aku perasan. Tapi, macam mana dia tahu? "Macam mana kau boleh perasan tabiat aku ni? Mak aku pun tak perasan," soalku pelik. "Sebab aku selalu perhatikan kau,"bisik Yusof.
"Arrgghh ! Apa-apa sajalah ! Kau lepaskan aku, boleh tak? Tak manis kalau orang nampak. Kita ni orang islam tau. Tak boleh buat maksiat.. " perliku sopan. Kalau aku cakap kasar, dia tak faham. Maybe kalau aku cakap sopan dia akan dengar. "Aku akan lepaskan kau kali ni, tapi, lain kali aku tak akan lepaskan kau. Sebab kau badan aku luka. Nasib baik ayah aku tak syak apa-apa,"bisiknya keras. Hish, takut aku dengar. Aku pun menolak badan Yusof. Aku berjaya melepaskan diri.
"Apa-apa sajalah orang gila !" jeritku padanya lalu berlari meninggalkan perkarangan rumah.
"Kau akan dapat balasannya, Merah !"ujar Yusof geram.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Aku menyelinap masuk ke rumah menggunakan pintu belakang. Alright, line clear ! Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah bilikku. Tiba-tiba aku terasa bahuku dipegang.
"Apa yang kamu buat ni, Merah?"soal mak. "Terjengket-jengket macam penyamun,"bebel mak lagi. "Mak, Merah nak bagi tahu sesuatu ni,"ujarku sedikit kalut. "Semalam, Merah balik lambat sebab Yusof..."
"Kamu dan Yusof dah terlanjur, kan? Itu yang kamu nak beritahu mak, bukan?"soal mak. Terselit nada kemarahan di balik soalannya itu. "Mak ! Apa yang mak cakap ni?"protesku. "Mak beritahu dekat Merah, dari mana mak dengar cerita ni?"soalku geram.
"Yusof yang beritahu, kalau bukan sebab dia beritahu, dah lama mak akan diperbodohkan oleh kamu. Sampai hati kamu buat mak begini, Merah. Mak tak sangka, kamu akan terjebak dalam kancah maksiat,"air mata mak mula merembes keluar.
"Mak, percayalah dekat Merah. Merah tak buat semua tu. Tolong lah, mak,"air mataku mula bergenang. Yusof ! Seru hatiku. Kau akan dapat balasannya ! Dendam mula menular masuk ke dalam hati. Sekarang ini, hatiku hanya dipenuhi dengan rasa amarah dan benci.
"Mak tak kira, Merah ! Mak nak kamu kahwin dengan Yusof !"ujar mak lalu melangkah memasuki biliknya. Mak mengunci pintu itu. Aku mengetuk bertalu-talu pintu bilik mak. "Mak, tolonglah ! Percaya dekat Merah. Merah tak bersalah. Merah minta buat kali ni saja, Mak. Percayakan Merah. Jangan buat Merah macam ni,"tangisan ku mulai menggila.
Mak pula hanya diam, langsung tidak memberi tindak balas. Akhirnya, aku tidur bersama linangan air mata.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Aku terbangun apabila aku terasa kaki ku disepak perlahan. "Woi, perampas. Bangun. Dah macam Pengemis aku tengok kau ni,"ujar Putih kasar. Terpisat-pisat aku bangun. Mana rasa hormat Putih? Kan aku ini kakaknya?
"Putih, jangan kurang ajar dengan kakak !"tegurku sedikit marah. "Putih tak akan hormat kepada perampas seperti kakak ni !"jawab Putih kembali.
'Pangg !'
Aku terkesima. Putih menekup pipinya yang gebu. Tidak sangka aku akan mengangkat tangan ke atas muka Putih. "Putih, kakak tak sengaja. Maafkan kakak.."pinta aku sambil mengusap pipinya. Putih mendengus. Dia menepis kasar tanganku.
"Kakak ni dah lah perampas ! Hipokrit pulak tu ! Putih benci kakak !!!"jerkah Putih ke arahku lalu meningalkan aku keseorangan. Aku menekup wajahku kesal. 'Ya Allah, mengapa semua ini berlaku kepadaku?'rintih hatiku.
Lantas aku mengelap air mataku. Solat ! Ya, solat ! Solat akan membuatkan aku rasa tenang. Lebih baik aku mengadu kepada Allah S.W.T. Aku bingkas berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk, aku menghamparkan sejadah mengikut arah kiblat. Aku memakai telekung. Kemudian aku melafazkan niat solat.. Aku mengabdikan diri kepada Allah S.W.T...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Orang yang lalu lalang tidak aku endahkan. Kini, aku sedang berada di stesen bas. Kali ini aku nekad. Aku akan melarikan diri daripada kampung ini. Aku akan meninggalkan segalanya. Apalah gunanya lagi hidup di sini kalau orang yang kita sayangi tidak mempercayai kita? Aku mengeluh perlahan.
Aku bernasib baik kerana masih ada lagi tiket untuk ke Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Pagi tadi, selepas aku solat Subuh, aku sudah berfikir dengan semasak-masaknya. Tiada siapa boleh halang keputusannku. Lagipun, di KL. Aku mempunyai kenalan di sana. Namanya Ainnur Syafika. Manis orangnya, semanis namanya. Ainnur Syafika merupakan kenalan aku sewaktu di sekolah menengah.
Kami berdua sangat rapat. Ainnur Syafika kini sudah mengenggam segulung ijazah. Terdetik rasa cemburu di hatiku. Namun, cepat ku usir perasaan itu. Ainnur Syafika sekarang bekerja sebagai doktor. Aku bangga terhadap kejayaannya. Semalam, sewaktu aku hampir berputus asa, Syafika menelefon telefon rumah. Aku bersyukur kerana Syafika menelefon. Aku mencurahkan segala masalah yang aku hadapi, kepadanya. Dia seakan mengerti aku mahu melarikan diri, lalu dia mempelawa aku tinggal di sana bersamanya.
Aku terus sahaja bersetuju. Mungkin ini jalan yang terbaik untukku. Aku telah meninggalkan sepucuk surat buat mak dan juga Putih. Tidak banyak aku bicarakan kerana aku tahu, mereka mungkin akan meluat untuk membaca warkah yang aku titipkan. Masih ku ingat lagi kandungannya,

Kepada : Mak & Putih...
Mak, Merah mohon maaf andai warkah ini menganggu mak. Merah juga memohon maaf kerana menjadi seorang anak yang memalukan ibunya. Merah memohon maaf kerana tidak dapat membanggakan mak. Walau apapun yang terjadi, ingatlah ! Merah sentiasa sayangkan mak...
Putih, Kakak mohon maaf kerana menjadi seorang 'perampas'. Kakak memang tak berguna, bukan? Seharusnya kakak mendoakan kebahagiaan mu, namun kakak menjadi sebaliknya, iaitu perampas kebahagiaan mu. Maafkan kakak.
Relakanlah kepemergian Merah. Mungkin Putih dan mak akan lebih bahagia tanpa Merah di sisi. Dan, buat kali terakhir, Maafkan Merah ! Halalkan makan minum Merah selama ini !
Yang Ikhlas,
SitINuRMeRAh  .
"Akak !"teguran seseorang mengejutkan aku. "Ya?"balasku. "Tiket akak terjatuh tadi,"ujar gadis itu lalu menghulurkan tiket bas kepadaku. "Terima kasih sangat !"ucapku lalu memberikan senyuman manis ke arahnya. "Sama-sama, boleh saya duduk di sebelah akak?"soalnya kepadaku. "Boleh,"jawabku.
Gadis itu pun duduk di sebelahku. Dia merenung wajahku. "Kenapa?"aku menyoal. Ada kesan apa-apa ke kat muka aku? "Tak adalah, muka akak macam penyanyi indon tu la, nama dia Agnes Monica. Cantik la akak ni,"pujinya polos. Aku tersengih. "Thanks, apa nama dik?"soalku lagi.
"Nama saya, Nurina Nur. Akak boleh panggil saya Nur,"balasnya ceria. "Nur nak pergi mana ni?"soalku. Entah kenapa, aku rasa selesa berbual dengannya. "Nur nak balik semula ke KL. Nur datang sini sebab tumpang rumah kawan jap,"jelasnya tanpa kupinta. "Ooo.."balasku sambil kepalaku terangguk-angguk. "Akak pula nak pergi mana?"giliran dia pula menyoal.
"Akak nak pergi KL juga. Nak cari kerja di sana..."balasku sambil tersenyum. "Eh, akak jom lah ! Bas dah sampai tu. Nanti tertinggal pula,"ajaknya. "Jom.."
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Akak ni, siapa jemput?"soal Nur. "Akak naik teksi je. Tak ada siapa-siapa yang jemput,"jawabku jujur. Kini, kami berada di Jalan Duta. Alhamdulillah, aku selamat sampai ! "Apa kata, akak tumpang saya saja?" Nur mengutarakan cadangannya. "Eh, tak apalah. Susah kan Nur aje,"tolakku sopan. "Ala, mana ada susahkan Nur. Lagipun abang Nur yang jemput. Dia ambil cuti hari ini. Jadi, dia boleh la tolong hantarkan akak sekali,"Nur masih mahu aku  mengikutnya.
Aku diam seketika. Rasa bersalah pula apabila melihat kesungguhan Nur mengajakku. "Hmm, yela. Akak tumpang Nur. Terima kasih ya, Nur.." ucapku ikhlas. "Sama-sama !"balas Nur sambil menguntum senyuman.
Tiba-tiba telefon Nur berbunyi. Nur pantas menyahut panggilan itu. "Wa'alaikumussalam..."balas Nur. Diam seketika. "Abang dah sampai? Oh, okey. Abang, kawan Nur tumpang kita boleh tak?"soalnya. Diam lagi. "Yes ! Thank you, abang. I love you !" ucap Nur riang.
"Abang kasi akak tumpang. Jomlah, abang dah sampai. Dia tunggu kat pintu utama," kata Nur lalu memegang tanganku. Kami sudah melepasi pintu utama. Nur terjenguk-jenguk sedikit. Mungkin dia sedang mencari abangnya. Tiba-tiba bibir Nur mengukir senyuman. Dia menarik tanganku lagi. Langkah kami terhenti apabila Nur menegur seorang pemuda. Aku pantas mengangkat wajahku.
Aku tergamam seketika ! Hensemnya mamat ni ! Huhuhuhu... Raut wajahnya yang tenang, membuatkan orang sejuk mata memandang. Kulitnya yang sawo matang ditambah lagi dengan matanya yang redup, memang menghensemkan dia ! Aaahh.. Adakah ini, cinta pandang pertama? Merah, Stop it ! Jangan Berangan !!
"Akak, jom lah..! Akak tahu tak alamat rumah kawan akak tu?"soal Nur tiba-tiba menyentakkan lamunanku. Aku segera mengangguk-anggukkan kepala. Aku mencari kertas yang bertulis alamat Syafiqa. Pencarian ku terhenti apabila aku terjumpa kertas itu di dalam poket seluarku. Aku pantas menyerahkan kertas itu kepada Nur.
"Abang, ni alamatnya. Nah,"Nur menghulurkan pula kertas itu kepada abangnya. Aku hanya mendiamkan diri dari tadi. Rasa janggal pula.  Sesekali aku menguis-kuis lantai dengan menggunakan hujung kasutku.
"Eh, akak ! Jomlah. Apa yang akak buat lagi kat situ?"soal Nur sambil membuka pintu kereta. Aku terkejut. Alamak ! Apa aku buat ni?! Macam manalah aku boleh tak perasan yang dia orang dah tinggalkan aku? Huu... Malunyeerr...!
"Err.. Akak mengelamun sekejap tadi,"aku memberikan alasan. Pantas aku berjalan menuju ke arah Nur. Aku lihat abang Nur sudah berada di tempat memandu. Diam saja abang Nur ni. Bisu ke? Ke sombong?
Setelah aku dan Nur memasuki ruang penumpang, abang Nur terus memandu laju kereta Evo 10nya yang berwarna hitam.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _