Monday 5 December 2011

Novel: Saya Nak Awakk..!! 1

BAB 1
"Isk..lambat lagi nak pergi kerja!"rungut Ana. Dengan pantasnya Ana mencapai kain tuala dan masuk ke dalam bilik air. Ana keluar semula selepas beberapa minit berada dalam bilik air.
"Harap-haraplah bos tak marah. Amin....."Ana sempat lagi berdoa. Hari ini, Ana hanya memakai blaus hitam bersama selendang berwarna putih. Pas perkerja digantung pada lehenrnya. Tertulis di situ 'Sofi Sufiana bt Safuan'
Ana mengambil kunci keretanya yang berada di atas meja kerjanya. Lantas dia menuju ke arah keretanya. Ana mengunci pintu pagar rumah lalu memboloskan diri masuk ke dalam kereta Myvi kesayangannya.
*********************
"Sofi Sufiana bt Safuan..!!!!"jerit Fazril,selaku bos Ana."Yes,Bos..!!"dengan automatiknya Ana terbangun."Masuk bilik saya sekejap,"arah Fazril."Ni mesti nak marah aku ni.Kalau tak marah aku satu hari tak boleh ke?" rungut Ana dalam diam."Hah..! Tu berangan apa pulak tu. Cepat masuk bilik saya..!"pekik Fazril lagi.
Ana bingkas bangun menuju ke arah bilik bos 'kesayangannya' itu. "Ermm..Bos nak ape?"tanya Ana dengan perlahan.Siapa tak kenal dengan bos Ana itu. Garang tak bertempat. Walaupun begitu, wajah bosnya yang kacak itu boleh mencairkan hati kebanyakan wanita.
Fazril merenung tajam ke arah Ana. Seperti hendak menyerangnya. Ana pulak sudah kecut perut. Berkali-kali dia berdoa dalam hati agar bosnya menjadi 'jinak'. " Awak tanya saya nak apa? Saya nak awak..!!" Fazril sudah bangun dari tempat duduknya.
Ana pulak lagilah. Dah macam nak pengsan. Mukanya berpeluh-peluh macam orang nak menahan daripada buang air besar."Err...Bos jangan la main-main. Saya dah takut dah ni. Saya tahu Bos marah saya sebab saya datang lambat kan hari ni?"kata Ana sambil tersengih macam kerang busuk.
"Dah tahu tu apesal tanya lagi?" lagi sekali Fazril menjerit. Ana sudah menghembus nafas lega. "Saya mintak maaf sangat-sangat.Saya tahu saya salah.Bos hukum la saya" kata Ana sambil membuat muka simpatinya.
"Tak payah nak buat taktik awak tu. Saya cuma nak bagi tahu awak yang hujung minggu ni kita ada klien di Pahang. Sebagai PA saya, awak mesti ikut. Awak mesti ikut semua arahan saya. Tiada bantahan..!!!"tegas Fazril memberi arahan.
"Tapi...Tapi.."Ana kehilangan kata-kata. "Tiada bantahan..!!!"Fazril mengingatkan Ana tentang kata-katanya tadi."Awak boleh keluar sekarang"arah Fazril.
Ana keluar dengan muka yang sedih. Sedih la sangat. "Tula kau,tadi suruh sangat orang bagi hukuman, kan dah susah!"Ana mengetuk kepalanya berkali-kali. "Wei, Ana.. Kenapa?" Iqmal bertanya. Kesian pula tengok kekasih hatinya ini. Keluar dari bilik Bos je mesti muram.Sebenarnya, Iqmal sudah lama menyimpan perasaan terhadap Ana. Ana je yang tak tahu.
"Bos tu. Dia suruh aku teman dia jumpa klien hujung minggu ni. Tak best la..!!" rungut Ana. Berkerut muka Iqmal mendengar berita itu. Terpalit rasa cemburu di dalam hatinya. "Sabar jela..." Iqmal cuba menenangkan Ana.
*********************
Hujung minggu........
"Ana..!!!"terkejut semua orang dengan jeritan itu. Semua orang melihat ke arah bos mereka itu."Habislah kau Ana..."bisik Bella kepada Ana.'Gulp'suara Ana menelan air liurnya.
Bergegas Ana menuju ke arah bilik Fazril. Perlahan-lahan Ana menjejakkan kaki ke dalam bilik bosnya itu."Emm...Bos panggil saya ke?"perlahan saja Ana bertutur. "Ye.. Jom.." Fazril mengambil kotnya lalu memakainya.
"Fuh..Ingat ape la tadi.Bos ni...Buat saya takut je..."Ana menghembus nafas lega. "Kenapa?Awak takut saya marah awak?"kata Fazril bersahaja."Yela...Bos panggil saya tu lain macam je. Ehh...Jap,jap. Nak pergi mana pulak ni?"Ana menggaru kepalanya.
"Awak ni, nyanyuk betul la. Kan saya dah cakap hari tu...Hujung minggu ni kita nak pergi jumpa klien,"ujar Fazril. "Hehe..Lupa.."Ana tersengih. "Dahlah.. Jom. Nanti lambat pulak. Kita naik kereta saya,"Fazril mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.
"Jom...Nanti tengahari bos belanja la saya makan,boleh tak?" Ana tersenyum hingga menampakkan baris giginya yang putih."Nasib baik awak comel hari ni. Ada mood la saya nak belanja,"kata Fazril sambil memandang ke arah Ana. 'Comel ke aku hari ni?'soal Ana dalam hati.
*********************
Dalam perjalanan menuju ke Pahang, Ana dan Fazril lebih banyak mendiamkan diri. Sempat Fazril melihat Ana.'Comelnya kekasih hatiku ini'Fazril bermonolog sendiri. Ana sedar diri diperhatikan lalu dia memalingkan mukanya ke arah Fazril. Mata mereka bertembung. Cepat-cepat Ana melarikan anak matanya ke arah lain. Fazril pula kelihatan tenang sahaja.
"Diam pulak awak hari ni, Cik Sofi Sufiana?"perli Fazril sambil matanya fokus terhadap pemanduannya."Suara itu aurat..Bos tak tahu ke?"giliran Ana pula memerli. "Selalunya awak tu bising je dengan kawan awak tu. Terutama sekali dengan Bella dan Iqmal.Ceh... Suara itu aurat konon..."kata Fazril masih lagi dengan nada memerli."What evar..!!" Ana menjelirkan lidahnya seperti kanak-kanak ribena.
Fazril hanya tersenyum melihat gelagat Ana itu."Ni apehal senyum sorang-sorang pulak ni? Dah gila ke?" soal Ana sambil tergelak kecil. "Senyum itu satu sedekah, wahai Cik Sofi Sufiana... Lagi satu, kalau saya gila.. Saya takkan jadi bos awak.."kata Fazril bersahaja. "Manalah tahu..."perlahan saja Ana bertutur.
Suasana dalam kereta itu kembali senyap. Beberapa minit berlalu, Ana sudah tertidur. Fazril memberhentikan kereta BMWnya di tapak perhentian. "Fuh...Penat betul.PA aku ni bukan nak tolong"Fazril menggelengkan kepalanya. Fazril merenung Ana. "Comel tu comel. Tapi garang. Susah betul nak dekatinya,"Fazril mengeluh.
Fazril merenung lagi wajah PA nya itu. "Wajahnya bersih. Nak kata putih, tak la sangat. Tapi lawa. Aku sayangkan dia,"kata Fazril lagi. Tanpa dapat diduga, Fazril cium pipi Ana. "Kalau dia dapat tahu ni.. Habis di karate nya aku," Fazril tersengih. Dia bagai diserang angau. Fazril meneruskan pemanduannya. "Aku mesti fokus..!" bisik hati Fazril.
*********************
"YES..!! Nasib baik klien tu setuju nak bekerjasama dengan kita," Ana tersenyum sumbing. "Mmm.. Alhamdulillah.." ujar Fazril. "Jom..!! Bos dah janji kan nak belanja saya makan tadi kan?"kata Ana penuh berharap. "Bila masa?" Fazril buat-buat lupa. "Ala... Tadi tu, bos dah janji dah..."Ana mengerutkan dahinya. Ana berpura-pura merajuk.
"Hurm..yolah.. Jom..."Fazril sudah berjalan meninggalkan Ana. "Yayy..!! Sayang bos..!" Ana tersenyum manis. Langkah Fazril terhenti. Dia merenung Ana. 'Ana, Ana..Kalaulah kau tahu perasaan sebenarku..' bisik hati Fazril.
*********************
"Ana... Iqmal kata nak jumpa kau kat kafe.."bisik Anwar. Anwar ialah sahabat baik Iqmal. Di mana ada Iqmal, di situ ada Anwar. "Okey..." Ana bingkas bangun. "Bella.. Kalau bos cari aku. Kata aku lapar, pergi makan sekejap,okey?" kata Ana kepada Bella."Okey," balas Bella.
"Kenapalah agaknya Iqmal nak jumpa aku ye... Kenapa tak jumpa kat dalam ofis je?" kata Ana sambil berjalan menuju ke arah kafe. Kelihatan Iqmal sedang termenung di sebuah meja. "Hah..! Tu pun dia," kata Ana. "Apa kata aku bagi suprise kat dia" Ana tersenyum jahat.
Perlahan-lahan Ana berjalan ke arah Iqmal. "Bahh..!!" Ana menolak sedikit bahu Iqmal. "Pergghhh..!! Ana..! Nak bagi aku mati awal ke...?" Iqmal mengusap dadanya. "Hehe... Rileks la, bro.. Nanti tak hensem dah,"Ana tergelak kecil.
"Apehal kau suruh aku datang sini?"tanya Ana. "Ana.... Erm.. Aku, aku.. sebenarnya.."Iqmal tergagap-gagap. "Kau ni kenapa, Iqmal? Aku bukannya makan orang pun. Kau datang bulan ke hari ni?" soal Ana sambil tersengih.
"Hishh.. Mulut kau ni... Ana, Kalau aku cakap benda ni.. Kau jangan marah ek?" bicara Iqmal. "Kenapa pula aku perlu marah?" Ana mengambil tempat duduk di hadapan Iqmal.
"Aku sebenarnya.. Aku, aku..." sekali lagi Iqmal tergagap-gagap. "Kau sebenarnya apa?!"jerit Ana lantang lalu menghempas meja itu dengan kuat. "Aku sebenarnya sukakan kau..!! Oppss....."terluncur ayat itu daripada mulut Iqmal. Iqmal segera menutup mulutnya. "What?! Kau cakap sekali lagi," soal Ana.
"Aku sukakan kau. Sudikah kau jadi teman wanitaku....?"soal Iqmal romantik. "Of course..."kata Ana. "Really?" mata Iqmal sudah bersinar. "Not..." Ana berpeluk tubuh. "Iqmal.. Aku anggap kau sebagai kawan sahaja.. Tak lebih, dan tak kurang. Ada paham?" Ana mengangkat kening sebelah kanannya.
"Tapi, Ana.." wajah Iqmal jelas terpapar riak kecewa. "No tapi-tapi.... Keputusan aku muktamad..."kata Ana tegas. "Hmm.. Aku akan berusaha buat kau sukakan aku !" wajah Iqmal bersemangat waja. "Ikut suka hati kaulah.. Tapi, jangan kecewa pula nanti.. Aku buat semua ni sebab nak jaga persahabatan yang terjalin selama 2 tahun. Aku tak nak sebab cintan-cintun ni, persahabatan kita rosak...."bicara Ana bersahaja.
"Aku akan berusaha Ana..!!" jerit Iqmal dengan penuh semangat. "Apa-apa sajalah..." kata Ana lalu berlalu pergi.
*********************
"Sempena menyambut 'Hari Setiausaha,' Syarikat FA Holdings akan mengadakan percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam.. Pada hujung bulan November. Maksudnya, hujung bulan ni,"bergema suara Fazril di dalam bilik mesyuarat itu. "Semua diwajibkan datang kecuali orang yang betul-betul ada masalah..." Fazril berkata dalam nada yang tenang.
"Mesyuarat tamat ! Bersurai..!!" Fazril duduk di kerusinya semula setelah agak lama berdiri. Berpusu-pusu orang keluar melalui pintu bilik mesyuarat. "Err.. Bos, saya kena ikut sekali ke?"soal Ana sambil menggaru-garu kepalanya yang dilitupi selendang.
"Of course.. Kan awak setiausaha saya?"balas Fazril dengan tenang. "Emm.. Tapi, saya.."belum sempat Ana menghabiskan percakapannya, Fazril sudah memotong. "Saya sudah kata tiada pengecualian..." sengaja Fazril menekan bunyi pada perkataan 'tiada pengecualian.'
"Yes, boss..."balas Ana kecewa lalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
*********************
"Ana... Ada pekerja baru la... Dia bekerja sebagai kerani kat syarikat ni...." bisik Bella ke telinga Ana. "Ouh.. Nama dia apa? Lelaki atau perempuan? Dah tua atau muda lagi?"soal Ana bertalu-talu.
"Nama dia Nabihah bt Osman. Jantina dia mestilah perempuan. Nama pun Nabihah. Orangnya sama baya dengan kita je. Cuma bezanya dia tak pakai tudung. Tapi putih orangnya. Ramai lelaki terpikat dengan dia..." Bella menjawab soalan Ana dengan tenang.
"Ooohh... Jom pergi jumpa dia. Boleh ajak dia masuk geng kita..." ujar Ana riang. "Ehh.. Tak boleh, tak boleh.. Dia tu sombong sikit. Aku tak suka orang yang macam tu. Tadi aku tegur dia, tapi dia jeling je kat aku. Ada ke patut?! Hisshh...." raut wajah Bella jelas terpapar raut 'tak puas hati.'
"Ooo.. Kalau macam tu, tak payah la pergi tegur dia. Aku taknak la cari pasal pula. Nanti tak pasal-pasal aku kena sound dengan bos aku yang garang macam singa betina tu,"gurau Ana sambil tersengih. Ana kemudiannya ketawa terbahak-bahak manakala Bella hanya diam seperti anak patung.
"Err.. Kau ni kenapa Bella? Ada hantu ke kat belakang aku?" soal Ana pelik apabila melihat Bella memuncungkan bibirnya ke arah belakang Ana. "Siapalah agaknya 'singa betina yang awak cakap tu ye, Cik Sofi Sufiana bt Safuan..?" suara garau yang menegur Ana membuatkan Ana berasa ingin pengsan.
Ana segera menoleh ke belakang. 'Harap-haraplah bukan bos aku..' Ana sempat berdoa di dalam hati. Namun, doanya tidak termakbul apabila orang yang Ana jangkakan sudah bercekak pinggang dengan muka yang merah padam menahan marah.
"Awak masuk pejabat saya. Sekarang jugak..!" jerit Fazril lantang ke arah Ana membuatkan semua pekerja di tingkat 7 itu terdiam. "Yes, bos..!" Ana tabik spring ke arah Fazril. Jelas wajah Ana menunjukkan muka yang sangat takut. 'Ya Allah, Ya Rahim.. Lindungilah hambamu ini..'bisik hati Ana.
*********************

No comments:

Post a Comment