Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

Akhirnya Nanti (TEASER)

-TEASER-



"Maya, baik kau buat sebelum terlambat !" kata Aizah dalam suara yang meninggi.
"Tak nak !" pangkah Maya.
"Buat !" balas Aizah.
"No !" Maya memeluk tubuh.
"Buat...!!" Aizah menggocangkan tubuh Maya berkali-kali.
"Tak nak..!" jawab Maya.
"Aku kata, Buat ! Buat !" Aizah menjegilkan matanya.
"Buat apa?" tiba-tiba satu suara menyampuk.
"Sibuklah kau, Naz. Blah, kau tak diperlukan di sini !" kata Aizah kasar.
"Isy, Aizah ! Kau ni kenapa? Janganlah kasar sangat dengan Naz," Maya menegur Aizah. Aizah pula membuat muka 'Tak mau layan'.
"Haha, tak apalah Maya. Aku tak kisah pun. Nah, Maya. Buku kau. Terima kasih," Naz berkata sambil tersenyum. Matanya sempat melirik melihat Aizah. Tindakannya itu disedari Maya. Mungkinkah?
'Isy, Tak mungkinlah..' desis hati Maya. Dia menggeleng perlahan.
"Mak Cik, kenapa kau geleng-geleng ni? Dah tak betul ke?" Aizah mengetuk kepala Maya.
"Wei, kepala jangan main ya.." Maya mengusap perlahan kepalanya.
"Betul tu !" Naz tiba-tiba menyampuk.
Aizah hanya mencebir bibir.
"Baguslah, sehati sekepala. Bercintalah korang !" kata Aizah geram lalu memeluk tubuhnya.
"Aizah !" Maya berdiri sambil mengenggam penumbuknya.
Aizah hanya tersengih sambil membuat tanda 'peace'. Naz berdiam diri. Dia memerhati dua sahabat itu.
'Kringgg !!'
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aizah sudah tersenyum meleret sehingga ke telinga.
"Aizah, bukan sekarang..." kata Maya sambil kakinya berundur setapak.
"Ala, hari ni Mak Cik Sharepah buat Tart Nanas. Sedap ! Cepatlah, nanti habis !" Aizah bersemangat waja.
Maya mengeluh. Lambat-lambat dia memandang Naz.
"Naz, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum..." Maya meminta diri.
"Eh, boleh tak aku ikut kau orang berdua?" soal Naz ceria.
Maya menjongket kening sebelah kirinya.
'Naz, adakah kau suka.... Aizah? Isy, Maya ! Tak mungkin. Ini semua kebetulan sahaja,' hati Maya berbisik.
"Okey, aku tak kisah. Aizah?" Maya bertanya kepada Aizah.
"Aku pun tak kisah. Hailah, cepatlah ! Kau lambat, aku tinggal nanti !" kata Aizah sambil menarik-narik tangan Maya.
"Isy, sabarlah sikit !" balas Maya. Dia sempat melirik Naz. Dan, Naz tersenyum sambil memandang Aizah. Hati Maya tidak lagi bernafas tenang. Mungkin benar...

Tuesday, 3 April 2012

Cover untuk Novel DENGARLAH TANGISAN PELANGI

Ini cover untuk DENGARLAH TANGISAN PELANGI...
Harap korang ske..
Sorry lmbat post cover dye....

Friday, 30 March 2012

TeaSEr ~~~> CiNta bErtEmu CiNtA..

Aku menyelinap masuk ke rumah menggunakan pintu belakang. Alright, line clear ! Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah bilikku. Tiba-tiba aku terasa bahuku dipegang.
"Apa yang kamu buat ni, Merah?"soal mak. "Terjengket-jengket macam penyamun,"bebel mak lagi. "Mak, Merah nak bagi tahu sesuatu ni,"ujarku sedikit kalut. "Semalam, Merah balik lambat sebab Yusof..."
"Kamu dan Yusof dah terlanjur, kan? Itu yang kamu nak beritahu mak, bukan?"soal mak. Terselit nada kemarahan di balik soalannya itu. "Mak ! Apa yang mak cakap ni?"protesku. "Mak beritahu dekat Merah, dari mana mak dengar cerita ni?"soalku geram.
"Yusof yang beritahu, kalau bukan sebab dia beritahu, dah lama mak akan diperbodohkan oleh kamu. Sampai hati kamu buat mak begini, Merah. Mak tak sangka, kamu akan terjebak dalam kancah maksiat,"air mata mak mula merembes keluar.
"Mak, percayalah dekat Merah. Merah tak buat semua tu. Tolong lah, mak,"air mataku mula bergenang. Yusof ! Seru hatiku. Kau akan dapat balasannya ! Dendam mula menular masuk ke dalam hati. Sekarang ini, hatiku hanya dipenuhi dengan rasa amarah dan benci.
"Mak tak kira, Merah ! Mak nak kamu kahwin dengan Yusof !"ujar mak lalu melangkah memasuki biliknya. Mak mengunci pintu itu. Aku mengetuk bertalu-talu pintu bilik mak. "Mak, tolonglah ! Percaya dekat Merah. Merah tak bersalah. Merah minta buat kali ni saja, Mak. Percayakan Merah. Jangan buat Merah macam ni,"tangisan ku mulai menggila.
Mak pula hanya diam, langsung tidak memberi tindak balas. Akhirnya, aku tidur bersama linangan air mata.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Aku terbangun apabila aku terasa kaki ku disepak perlahan. "Woi, perampas. Bangun. Dah macam Pengemis aku tengok kau ni,"ujar Putih kasar. Terpisat-pisat aku bangun. Mana rasa hormat Putih? Kan aku ini kakaknya?
"Putih, jangan kurang ajar dengan kakak !"tegurku sedikit marah. "Putih tak akan hormat kepada perampas seperti kakak ni !"jawab Putih kembali.
'Pangg !'
Aku terkesima. Putih menekup pipinya yang gebu. Tidak sangka aku akan mengangkat tangan ke atas muka Putih. "Putih, kakak tak sengaja. Maafkan kakak.."pinta aku sambil mengusap pipinya. Putih mendengus. Dia menepis kasar tanganku.
"Kakak ni dah lah perampas ! Hipokrit pulak tu ! Putih benci kakak !!!"jerkah Putih ke arahku lalu meningalkan aku keseorangan. Aku menekup wajahku kesal. 'Ya Allah, mengapa semua ini berlaku kepadaku?'rintih hatiku.
Lantas aku mengelap air mataku. Solat ! Ya, solat ! Solat akan membuatkan aku rasa tenang. Lebih baik aku mengadu kepada Allah S.W.T. Aku bingkas berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk, aku menghamparkan sejadah mengikut arah kiblat. Aku memakai telekung. Kemudian aku melafazkan niat solat.. Aku mengabdikan diri kepada Allah S.W.T...

p/s: hope you like it !