Thursday 18 October 2012

Akhirnya Nanti 3





BAB 3

Kereta milik Naz berhenti di hadapan sebuah rumah banglo besar. Banglo itu kelihatan sungguh indah kerana di perkarangan banglo itu dihiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Terdapat Gazebo yang juga dihiasi bunga-bunga di sekelilingnya. Naz mematikan enjin keretanya lalu mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah banglo itu.

Maya pula masih membatukan dirinya di dalam kereta. Kakinya seakan lumpuh. Bunga? Semua ini mengingatkan dia tentang kisah lama. Aizah.. Sukakan bunga. Mengapa dia seakan-akan dapat merasa kehadiran Aizah?

Perlahan-lahan Maya melangkah keluar dari kereta Naz. Naz hanya membiarkan keretanya tidak berkunci. Semua itu tidak penting buat masa ni. Dia mahu segala-galanya terbongkar pada hari ini juga. Walaupun risikonya amat besar, tetapi dia sanggup ! Dia sanggup buat segala-galanya kerana dia !

"Maya.. jom.." ajak Naz lembut.

Maya perlahan-lahan melangkah. Kakinya gementar seolah-seolah tidak mengizinkan dirinya untuk mara ke rumah banglo itu. Matanya melilau-lilau melihat persekitaran banglo itu. Kenapa rasa takut itu wujud?

"Naz, awak nak bawa saya pergi mana ni?" Maya menyoal. Dia dapat rasakan sesuatu yang aneh.

"Jumpa seseorang.." balas Naz pendek masih lagi dengan senyumannya.

Walaupun berasa was-was, Maya tetap melangkah. Naz masih lagi tersenyum. Dia menunggu Maya di pintu utama banglo itu. Maya sekarang sudah berdiri di sebelah Naz. Naz membukakan pintu untuk Maya. Dia mempersilakan Maya untuk masuk.

Mereka bersama-sama mendaki anak tangga. Langkah mereka terhenti di hadapan pintu bilik yang berwarna merah jambu, juga dihiasi bunga-bunga. Naz memulas tombol pintu lalu terlihatlah seorang wanita sedang terbaring di atas katil.

".. Aizah ...?"


"MAYA, dah lama aku tak jumpa kau... Aku rindukan kau..." Aizah membelai lembut pipi Maya. Walaupun tangannya terketar-ketar namun digagahkan jua. Dia rindukan teman baiknya !

"Aku pun rindukan kau juga.." balas Maya. Dia tersenyum sebaris. Air matanya ingin jatuh, namun ditahan. Naz hanya menjadi tukang perhati sambil mengusap ubun-ubun Aizah.

"Kau kahwin tak jemput aku pun.." Maya ketawa tetapi air matanya tumpah jua. Dia tidak boleh lagi menahan duka di hati.

"Janganlah menangis, Maya. Nanti aku pun nak menangis..." pujuk Aizah dengan suara serak-serak basahnya. Maya pula sudah tersedu-sedan menangis. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah lama ditahan agar matanya tidak akan sesekali menangis, namun hari ini dia kalah. Dia kalah dengan percaturan Allah Yang Maha Esa.

"Hurm, Aizah. Aku nak cakap dengan suami kau sekejap ya.." pinta Maya dan Aizah membenarkannya. Maya kemudian mengisyaratkan Naz untuk keluar. Naz hanya mengikuti.

"Oh, jadi korang dah kahwin?" soal Maya setelah mereka berada di luar bilik.

"Ya.. Dua tahun yang lepas.." jawab Naz tenang.

Maya tersenyum kelat. "Tahniah.." ucapnya perlahan.  Dia berpeluk tubuh sambil badannya disandarkan ke pintu bilik Aizah. Dia melepaskan keluhan.

"Sejak bila Aizah sakit? Dia sakit apa?" soal Maya. Dia tidak mahu melayan perasaan kecewanya. Nyawa Aizah lebih penting dari semua itu. Biarlah, kalau itu yang ditakdirkan untuknya. Walaupun hatinya kecewa, dia tetap akan dapat melupakan Naz suatu hari nanti.

"Aizah sakit sebelum saya kahwin dengan dia. Saya berjumpa dengan dia secara kebetulan di hospital. Pertama kali saya terjumpa Aizah, saya terus dapat cam dia. Mungkin cinta saya sewaktu sekolah dulu bukan sekadar cinta monyet.." jelas Naz sambil tersenyum kepada Maya. Maya membalas senyuman itu. Namun, itu sekadar senyuman kosong.

"Naz, saya nak balik dulu. Kirim salam kat Aizah..." belum sempat Naz membalas, Maya sudah berlari meninggalkan banglo itu. Setelah yakin Naz tidak mengejarnya lagi, Maya memberhentikan lariannya. Maya mengatur langkah lesu. Otaknya menerawang ke tempat lain.

Sedih? Ya, dia memang sedih memikirkan apa yang berlaku. Kecewa dengan cinta pertama. Sudah berkali dia ingatkan, jangan berharap walaupun sedikit, namun hatinya degil. Hatinya tetap juga berharap dengan hal yang tidak mungkin !

Maya masih lagi melangkah tanpa arah tujuan. Tanpa dia sedari, sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Maya pula masih berkhayal.

'SKREETTT..!'

Berdecit bunyi brek kereta ditekan. Tengku Affin menarik nafas lalu menghembuskannya. Fuh, nasib baik hidup lagi !

"Hesy, perempuan ni nak mati ke apa.." gumam Tengku Affin kegeraman. Dia membuka pintu keretanya lalu menuju ke arah perempuan tersebut.

"Hei, cik adik..." belum sempat Tengku Affin berkata apa-apa, Maya sudah jatuh tidak sedarkan diri. Tengku Affin terkedu.

"Alamak, dia ada penyakit sakit jantung ke?"


MAYA membuka kelopak matanya yang terasa berat. Aku di mana ni? Matanya meliar-liar melihat persekitaran di situ. Macam.. dalam bilik orang? Jantung Maya berdegup kencang. 'Jangan cakap aku kena culik. Hesy, tak mungkin !' gerutu hatinya. Peluh mula membasahi dahi. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dari luar.

"Hai, gadis manis ! Dah bangun?" terjengul muka Tengku Affin di sebalik pintu. Dia tersenyum memandang Maya. Maya hanya tersengih sambil mengangguk perlahan. Dia masih bingung dengan apa yang terjadi.

"Hurm, saya di mana ni? Awak ni siapa?" soal Maya apabila Tengku Affin mendekatinya. Tengku Affin pula hanya tersenyum membuatkan Maya berasa jengkel.

'Isy, dia ni. Aku tanya, dia tersengih-sengih pula...' gerutu hatinya.

"Hello, saya tanya ni. Saya di mana? Awak ni siapa? Awak nak culik saya ke? Kalau awak nak culik saya, silap besarlah. Saya ni bukan anak orang kaya. Kerja pun, boleh tahanlah. Eh, sekejap. Tapi, tempat awak ni mewah. Ahaks ! Awak ni stalker saya, kan?!" tuduh Maya tidak berasas. Dia menunding jari tepat ke muka Tengku Affin.

Tengku Affin membulatkan matanya. 'Aku yang kacak lagi bergaya ni dia kata stalker?' desis hati Tengku Affin. Dia menggaru belakang telinganya.

"Betul, kan?!" Maya sudah berdiri di atas katil. Dia mengatur langkah menjauhi Tengku Affin. Tengku Affin menepuk dahinya. 'Alahai perempuan ni...'

"Relax, okey? Nama saya, Tengku Affin. Awak boleh panggil saya, Affin. Saya bukan stalker awak. Malah, saya ni penyelamat awak. Awak tak ingat ke? Awak pengsan tadi?" jelas Tengku Affin behati-hati. Nanti kalau dia tersilap kata, habis dia dianggap macam-macam pula. Dia mengatur langkah mendekati Maya. Maya pula berundur setapak.

"Kalau saya pengsan, kenapa tak bawa saya pergi ke hospital?" soal Maya. Dia masih lagi curiga dengan lelaki itu. Tengku Affin menggaru kepalanya pula. Maya merenung tajam muka Tengku Affin, meminta jawapan. Tengku Affin tersengih.

'Takkan lah aku nak jawab yang aku takut dia mati, sebab tu aku bawa dia dan rawat dia kat rumah je,' gumam hati Tengku Affin. Tengku Affin tersengih lagi.

"Sebab.. Kalau hantar awak ke hospital, mahal ! Kalau rawat di rumah saya, tak pakai duit. Saya ada doktor peribadi saya !" spontan terkeluar ayat itu dari mulut Tengku Affin. Itu sahaja yang dapat difikirnya buat masa ini. 'Minta-mintalah dia percaya !' bisik hatinya.

"Oh, yakah?" Maya mula membuang sedikit demi sedikit perasaan curiganya. Mungkin dia bercakap benar. Kenapa susah sangat dia nak percaya?

Tengku Affin mengangguk sambil tersenyum. Fuh, nasib baik dia percaya !

"Kalau betul, terima kasih.." hati Maya mulai lembut. Tak salah kalau percaya pada orang sekali-sekala. Dia mengukir senyuman kepada Tengku Affin. Tengku Affin membalas senyuman Maya.

"Hurm.. Saya nak balik !" ujar Maya tiba-tiba.

"Hah?" Tengku Affin terkejut. 'Hmm.. Perempuan ni memang lain dari yang lain. Selalunya, kalau perempuan nampak aku, dia mesti nak goda aku. Tapi, perempuan ni lain..' monolog hatinya. Tengku Affin memerhatikan Maya tanpa sedar. Maya pula hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Apa pandang-pandang?!" soal Maya kasar. Dia rimas ditenung begitu. Dia memeluk tubuhnya sambil menjongketkan kening. Tengku Affin hanya tergelak kecil melihat tingkah laku Maya.

"Okaylah, jom ! Saya hantar awak balik.." Tengku Affin menghulurkan tangannya sambil tersenyum manis. Maya menjeling huluran tangan Tengku Affin lalu mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. "Really, she is very interesting woman..." sempat Tengku Affin berbisik perlahan sebelum melangkah keluar.

**************************

Maya membuang padangannya ke luar tingkap. Hatinya masih lagi sedih dengan kejadian yang menimpanya. Tipulah kalau dia kata dia tidak kisah mendengarkan hal itu. Naz dan Aizah.. Naz ialah lelaki yang dicintanya. Manakala, Aizah ialah sahabat baiknya. Sungguh, dia kecewa ! Bodohnya dia kerana masih berharap pada cinta yang bertepuk sebelah tangan.

"Are you okay?" Tengku Affin bertanya prihatin. Daripada tadi dia lihat, Maya hanya termenung, seperti ada yang sesuatu yang membuatkan dia bersedih.

"It's nothing...." balas Maya bersahaja. Takkanlah dia mahu ceritakan hal yang sebegini kepada orang asing? Buat malu saja. Dia bukan macam orang lain.

"Muka awak tidak menunjukkan seperti tiada apa-apa.." bidas Tengku Affin. Matanya fokus melihat jalan raya. Dia sempat melirik untuk melihat reaksi Maya. Ternyata Maya hanya tersenyum tawar.

"Saya tak suka menceritakan masalah peribadi saya kepada orang asing.." jawab Maya pendek. Terselit nada ketegasan. Tengku Affin berasa sedikit tersentap. Dia menjeling Maya dengan anak matanya. Kemudian, matanya kembali fokus untuk memandu.

"Saya kan kawan awak?" kata Tengku Affin tenang. Maya memalingkan wajahnya memandang Tengku Affin.

"Bila masa pula awak jadi kawan saya ni?" Maya cuba menyembunyikan tawanya. Geli hati pula dia apabila melihat wajah cemberut Tengku Affin. "Nama saya pun awak tak tahu.." sambung Maya lagi. Tengku Affin lagilah, wajahnya sudah cemberut kuasa tiga ! Maya ketawa kecil melihat telatah Tengku Affin.

"Dah awak tak nak bagi tahu nama awak..." Tengku Affin pura-pura merajuk. 'Pelik, sejak bila aku ada perangai macam ni?' sempat hatinya bebisik. Dia mengerling ke arah Maya. Mungkin.. Aku dah jatuh cinta dengan perempuan ni?

"Memandangkan awak ni.. baik dengan saya, saya izinkan awak panggil saya, Maya..." Maya berkata ceria. Senyumannya melebar hingga ke telinga.

"Orang lain panggil awak apa?" tanya Tengku Affin lagi. Entah kenapa, dia berasa selesa berbual dengan wanita ini.

"Orang lain panggil saya, Sara.." Maya menjawab tenang. Biarlah, Tengku Affin cuma orang asing yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya. Mungkin mereka tidak akan berjumpa lagi selepas ini, kerana itulah Maya membenarkan Tengku Affin memanggilnya dengan panggilan Maya.

"Maksudnya, saya ni special?" duga Tengku Affin. Tanpa sedar, hati kecilnya bersorak riang. Maya berpura-pura berfikir. Dia mengusap-usap dagunya.

"Hurm, mungkin.. Awak kan kawan saya? ujar Maya sambil memandang Tengku Affin. Tengku Affin melepaskan nafas berat.

"Kawan saja ke?" Tengku Affin berasa sedikit terkilan. Entah kenapa, dia mahukan lebih dari itu. Hesy, apa aku merepek ni? Tolonglah sedar, Tengku Affin ! Kau tu kasanova ! Ramai wanita yang tergila-gilakan kau ! Ramai wanita yang kau permainkan ! Takkan lah sebab perempuan ni saja, kau terus lemah ! Tengku Affin menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hello, Affin? Adakah saya cuma bercakap seorang diri daripada tadi? Sudahlah awak tiba-tiba je tergeleng-geleng.." rungut Maya sekaligus mematikan lamunan Tengku Affin.

"Oh, sorry lah, dear. Awak cakap apa tadi?" Tengku Affin menyoal. Aduhai, buat malu je berangan tadi. Tak sempat nak cover macho !

"Tak ada apa-apalah. Hurm, Affin, berhenti kat sinilah..." arah Maya.

"Hah? Sini ke?" Tengku Affin teragak-agak. Ala, cepatnya nak pergi !

"Yup, di sini.." jawab Maya bersahaja, dia langsung tidak menyedari perubahan pada wajah Tengku Affin. Tengku Affin pun memberhentikan keretanya di bahu jalan walaupun hatinya tidak merelakan.

"Maya !" panggil Tengku Affin sejurus Maya keluar.

"Ya?" sahut Maya. Dia membongkokkan badannya agar senang dia hendak sedikit dia hendak berinteraksi dengan Tengku Affin.

"Boleh tak kalau awak keluar makan malam dengan saya?" soal Tengku Affin. Dia tersengih janggal. Maya diam sejenak. Nak ke tak nak?

"Tak bolehlah. Saya ada hal. Okeylah, bye.." Maya terus mengatur langkah untuk pergi. Sebenarnya, emosi dia masih lagi tidak stabil. Namun, cuba dia mengawal supaya Tengku Affin tidak akan terperasan akan hal itu. Biarlah hal ini menjadi rahsia. Kalau orang tahu pun, ianya tidak akan merubah apa-apa.

Di dalam kereta BMW hitam berkilat, Tengku Affin memerhatikan Maya sehingga Maya jauh dari pandangannya. Buat seketika, Tengku Affin terkedu. Untuk pertama kalinya, dia ditolak serta merta ! Tengku Affin melepaskan keluhan. Mungkin mereka tiada jodoh..

**************************

p/s : enjoy. maaf jika ada kekurangan. macam biasa, komen la sikit. terima kasih sudi baca. :D

2 comments:

  1. Nak lagi!!! X3 best sgt!! Patutlah cikgu slalu ckp jodoh tu adalah org yg kita xsuke slalunye 😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Nak lagi!!! X3 best sgt!! Patutlah cikgu slalu ckp jodoh tu adalah org yg kita xsuke slalunye 😂😂😂

    ReplyDelete