Thursday 18 October 2012

Akhirnya Nanti 3





BAB 3

Kereta milik Naz berhenti di hadapan sebuah rumah banglo besar. Banglo itu kelihatan sungguh indah kerana di perkarangan banglo itu dihiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Terdapat Gazebo yang juga dihiasi bunga-bunga di sekelilingnya. Naz mematikan enjin keretanya lalu mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah banglo itu.

Maya pula masih membatukan dirinya di dalam kereta. Kakinya seakan lumpuh. Bunga? Semua ini mengingatkan dia tentang kisah lama. Aizah.. Sukakan bunga. Mengapa dia seakan-akan dapat merasa kehadiran Aizah?

Perlahan-lahan Maya melangkah keluar dari kereta Naz. Naz hanya membiarkan keretanya tidak berkunci. Semua itu tidak penting buat masa ni. Dia mahu segala-galanya terbongkar pada hari ini juga. Walaupun risikonya amat besar, tetapi dia sanggup ! Dia sanggup buat segala-galanya kerana dia !

"Maya.. jom.." ajak Naz lembut.

Maya perlahan-lahan melangkah. Kakinya gementar seolah-seolah tidak mengizinkan dirinya untuk mara ke rumah banglo itu. Matanya melilau-lilau melihat persekitaran banglo itu. Kenapa rasa takut itu wujud?

"Naz, awak nak bawa saya pergi mana ni?" Maya menyoal. Dia dapat rasakan sesuatu yang aneh.

"Jumpa seseorang.." balas Naz pendek masih lagi dengan senyumannya.

Walaupun berasa was-was, Maya tetap melangkah. Naz masih lagi tersenyum. Dia menunggu Maya di pintu utama banglo itu. Maya sekarang sudah berdiri di sebelah Naz. Naz membukakan pintu untuk Maya. Dia mempersilakan Maya untuk masuk.

Mereka bersama-sama mendaki anak tangga. Langkah mereka terhenti di hadapan pintu bilik yang berwarna merah jambu, juga dihiasi bunga-bunga. Naz memulas tombol pintu lalu terlihatlah seorang wanita sedang terbaring di atas katil.

".. Aizah ...?"


"MAYA, dah lama aku tak jumpa kau... Aku rindukan kau..." Aizah membelai lembut pipi Maya. Walaupun tangannya terketar-ketar namun digagahkan jua. Dia rindukan teman baiknya !

"Aku pun rindukan kau juga.." balas Maya. Dia tersenyum sebaris. Air matanya ingin jatuh, namun ditahan. Naz hanya menjadi tukang perhati sambil mengusap ubun-ubun Aizah.

"Kau kahwin tak jemput aku pun.." Maya ketawa tetapi air matanya tumpah jua. Dia tidak boleh lagi menahan duka di hati.

"Janganlah menangis, Maya. Nanti aku pun nak menangis..." pujuk Aizah dengan suara serak-serak basahnya. Maya pula sudah tersedu-sedan menangis. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah lama ditahan agar matanya tidak akan sesekali menangis, namun hari ini dia kalah. Dia kalah dengan percaturan Allah Yang Maha Esa.

"Hurm, Aizah. Aku nak cakap dengan suami kau sekejap ya.." pinta Maya dan Aizah membenarkannya. Maya kemudian mengisyaratkan Naz untuk keluar. Naz hanya mengikuti.

"Oh, jadi korang dah kahwin?" soal Maya setelah mereka berada di luar bilik.

"Ya.. Dua tahun yang lepas.." jawab Naz tenang.

Maya tersenyum kelat. "Tahniah.." ucapnya perlahan.  Dia berpeluk tubuh sambil badannya disandarkan ke pintu bilik Aizah. Dia melepaskan keluhan.

"Sejak bila Aizah sakit? Dia sakit apa?" soal Maya. Dia tidak mahu melayan perasaan kecewanya. Nyawa Aizah lebih penting dari semua itu. Biarlah, kalau itu yang ditakdirkan untuknya. Walaupun hatinya kecewa, dia tetap akan dapat melupakan Naz suatu hari nanti.

"Aizah sakit sebelum saya kahwin dengan dia. Saya berjumpa dengan dia secara kebetulan di hospital. Pertama kali saya terjumpa Aizah, saya terus dapat cam dia. Mungkin cinta saya sewaktu sekolah dulu bukan sekadar cinta monyet.." jelas Naz sambil tersenyum kepada Maya. Maya membalas senyuman itu. Namun, itu sekadar senyuman kosong.

"Naz, saya nak balik dulu. Kirim salam kat Aizah..." belum sempat Naz membalas, Maya sudah berlari meninggalkan banglo itu. Setelah yakin Naz tidak mengejarnya lagi, Maya memberhentikan lariannya. Maya mengatur langkah lesu. Otaknya menerawang ke tempat lain.

Sedih? Ya, dia memang sedih memikirkan apa yang berlaku. Kecewa dengan cinta pertama. Sudah berkali dia ingatkan, jangan berharap walaupun sedikit, namun hatinya degil. Hatinya tetap juga berharap dengan hal yang tidak mungkin !

Maya masih lagi melangkah tanpa arah tujuan. Tanpa dia sedari, sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Maya pula masih berkhayal.

'SKREETTT..!'

Berdecit bunyi brek kereta ditekan. Tengku Affin menarik nafas lalu menghembuskannya. Fuh, nasib baik hidup lagi !

"Hesy, perempuan ni nak mati ke apa.." gumam Tengku Affin kegeraman. Dia membuka pintu keretanya lalu menuju ke arah perempuan tersebut.

"Hei, cik adik..." belum sempat Tengku Affin berkata apa-apa, Maya sudah jatuh tidak sedarkan diri. Tengku Affin terkedu.

"Alamak, dia ada penyakit sakit jantung ke?"


MAYA membuka kelopak matanya yang terasa berat. Aku di mana ni? Matanya meliar-liar melihat persekitaran di situ. Macam.. dalam bilik orang? Jantung Maya berdegup kencang. 'Jangan cakap aku kena culik. Hesy, tak mungkin !' gerutu hatinya. Peluh mula membasahi dahi. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dari luar.

"Hai, gadis manis ! Dah bangun?" terjengul muka Tengku Affin di sebalik pintu. Dia tersenyum memandang Maya. Maya hanya tersengih sambil mengangguk perlahan. Dia masih bingung dengan apa yang terjadi.

"Hurm, saya di mana ni? Awak ni siapa?" soal Maya apabila Tengku Affin mendekatinya. Tengku Affin pula hanya tersenyum membuatkan Maya berasa jengkel.

'Isy, dia ni. Aku tanya, dia tersengih-sengih pula...' gerutu hatinya.

"Hello, saya tanya ni. Saya di mana? Awak ni siapa? Awak nak culik saya ke? Kalau awak nak culik saya, silap besarlah. Saya ni bukan anak orang kaya. Kerja pun, boleh tahanlah. Eh, sekejap. Tapi, tempat awak ni mewah. Ahaks ! Awak ni stalker saya, kan?!" tuduh Maya tidak berasas. Dia menunding jari tepat ke muka Tengku Affin.

Tengku Affin membulatkan matanya. 'Aku yang kacak lagi bergaya ni dia kata stalker?' desis hati Tengku Affin. Dia menggaru belakang telinganya.

"Betul, kan?!" Maya sudah berdiri di atas katil. Dia mengatur langkah menjauhi Tengku Affin. Tengku Affin menepuk dahinya. 'Alahai perempuan ni...'

"Relax, okey? Nama saya, Tengku Affin. Awak boleh panggil saya, Affin. Saya bukan stalker awak. Malah, saya ni penyelamat awak. Awak tak ingat ke? Awak pengsan tadi?" jelas Tengku Affin behati-hati. Nanti kalau dia tersilap kata, habis dia dianggap macam-macam pula. Dia mengatur langkah mendekati Maya. Maya pula berundur setapak.

"Kalau saya pengsan, kenapa tak bawa saya pergi ke hospital?" soal Maya. Dia masih lagi curiga dengan lelaki itu. Tengku Affin menggaru kepalanya pula. Maya merenung tajam muka Tengku Affin, meminta jawapan. Tengku Affin tersengih.

'Takkan lah aku nak jawab yang aku takut dia mati, sebab tu aku bawa dia dan rawat dia kat rumah je,' gumam hati Tengku Affin. Tengku Affin tersengih lagi.

"Sebab.. Kalau hantar awak ke hospital, mahal ! Kalau rawat di rumah saya, tak pakai duit. Saya ada doktor peribadi saya !" spontan terkeluar ayat itu dari mulut Tengku Affin. Itu sahaja yang dapat difikirnya buat masa ini. 'Minta-mintalah dia percaya !' bisik hatinya.

"Oh, yakah?" Maya mula membuang sedikit demi sedikit perasaan curiganya. Mungkin dia bercakap benar. Kenapa susah sangat dia nak percaya?

Tengku Affin mengangguk sambil tersenyum. Fuh, nasib baik dia percaya !

"Kalau betul, terima kasih.." hati Maya mulai lembut. Tak salah kalau percaya pada orang sekali-sekala. Dia mengukir senyuman kepada Tengku Affin. Tengku Affin membalas senyuman Maya.

"Hurm.. Saya nak balik !" ujar Maya tiba-tiba.

"Hah?" Tengku Affin terkejut. 'Hmm.. Perempuan ni memang lain dari yang lain. Selalunya, kalau perempuan nampak aku, dia mesti nak goda aku. Tapi, perempuan ni lain..' monolog hatinya. Tengku Affin memerhatikan Maya tanpa sedar. Maya pula hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Apa pandang-pandang?!" soal Maya kasar. Dia rimas ditenung begitu. Dia memeluk tubuhnya sambil menjongketkan kening. Tengku Affin hanya tergelak kecil melihat tingkah laku Maya.

"Okaylah, jom ! Saya hantar awak balik.." Tengku Affin menghulurkan tangannya sambil tersenyum manis. Maya menjeling huluran tangan Tengku Affin lalu mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. "Really, she is very interesting woman..." sempat Tengku Affin berbisik perlahan sebelum melangkah keluar.

**************************

Maya membuang padangannya ke luar tingkap. Hatinya masih lagi sedih dengan kejadian yang menimpanya. Tipulah kalau dia kata dia tidak kisah mendengarkan hal itu. Naz dan Aizah.. Naz ialah lelaki yang dicintanya. Manakala, Aizah ialah sahabat baiknya. Sungguh, dia kecewa ! Bodohnya dia kerana masih berharap pada cinta yang bertepuk sebelah tangan.

"Are you okay?" Tengku Affin bertanya prihatin. Daripada tadi dia lihat, Maya hanya termenung, seperti ada yang sesuatu yang membuatkan dia bersedih.

"It's nothing...." balas Maya bersahaja. Takkanlah dia mahu ceritakan hal yang sebegini kepada orang asing? Buat malu saja. Dia bukan macam orang lain.

"Muka awak tidak menunjukkan seperti tiada apa-apa.." bidas Tengku Affin. Matanya fokus melihat jalan raya. Dia sempat melirik untuk melihat reaksi Maya. Ternyata Maya hanya tersenyum tawar.

"Saya tak suka menceritakan masalah peribadi saya kepada orang asing.." jawab Maya pendek. Terselit nada ketegasan. Tengku Affin berasa sedikit tersentap. Dia menjeling Maya dengan anak matanya. Kemudian, matanya kembali fokus untuk memandu.

"Saya kan kawan awak?" kata Tengku Affin tenang. Maya memalingkan wajahnya memandang Tengku Affin.

"Bila masa pula awak jadi kawan saya ni?" Maya cuba menyembunyikan tawanya. Geli hati pula dia apabila melihat wajah cemberut Tengku Affin. "Nama saya pun awak tak tahu.." sambung Maya lagi. Tengku Affin lagilah, wajahnya sudah cemberut kuasa tiga ! Maya ketawa kecil melihat telatah Tengku Affin.

"Dah awak tak nak bagi tahu nama awak..." Tengku Affin pura-pura merajuk. 'Pelik, sejak bila aku ada perangai macam ni?' sempat hatinya bebisik. Dia mengerling ke arah Maya. Mungkin.. Aku dah jatuh cinta dengan perempuan ni?

"Memandangkan awak ni.. baik dengan saya, saya izinkan awak panggil saya, Maya..." Maya berkata ceria. Senyumannya melebar hingga ke telinga.

"Orang lain panggil awak apa?" tanya Tengku Affin lagi. Entah kenapa, dia berasa selesa berbual dengan wanita ini.

"Orang lain panggil saya, Sara.." Maya menjawab tenang. Biarlah, Tengku Affin cuma orang asing yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya. Mungkin mereka tidak akan berjumpa lagi selepas ini, kerana itulah Maya membenarkan Tengku Affin memanggilnya dengan panggilan Maya.

"Maksudnya, saya ni special?" duga Tengku Affin. Tanpa sedar, hati kecilnya bersorak riang. Maya berpura-pura berfikir. Dia mengusap-usap dagunya.

"Hurm, mungkin.. Awak kan kawan saya? ujar Maya sambil memandang Tengku Affin. Tengku Affin melepaskan nafas berat.

"Kawan saja ke?" Tengku Affin berasa sedikit terkilan. Entah kenapa, dia mahukan lebih dari itu. Hesy, apa aku merepek ni? Tolonglah sedar, Tengku Affin ! Kau tu kasanova ! Ramai wanita yang tergila-gilakan kau ! Ramai wanita yang kau permainkan ! Takkan lah sebab perempuan ni saja, kau terus lemah ! Tengku Affin menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hello, Affin? Adakah saya cuma bercakap seorang diri daripada tadi? Sudahlah awak tiba-tiba je tergeleng-geleng.." rungut Maya sekaligus mematikan lamunan Tengku Affin.

"Oh, sorry lah, dear. Awak cakap apa tadi?" Tengku Affin menyoal. Aduhai, buat malu je berangan tadi. Tak sempat nak cover macho !

"Tak ada apa-apalah. Hurm, Affin, berhenti kat sinilah..." arah Maya.

"Hah? Sini ke?" Tengku Affin teragak-agak. Ala, cepatnya nak pergi !

"Yup, di sini.." jawab Maya bersahaja, dia langsung tidak menyedari perubahan pada wajah Tengku Affin. Tengku Affin pun memberhentikan keretanya di bahu jalan walaupun hatinya tidak merelakan.

"Maya !" panggil Tengku Affin sejurus Maya keluar.

"Ya?" sahut Maya. Dia membongkokkan badannya agar senang dia hendak sedikit dia hendak berinteraksi dengan Tengku Affin.

"Boleh tak kalau awak keluar makan malam dengan saya?" soal Tengku Affin. Dia tersengih janggal. Maya diam sejenak. Nak ke tak nak?

"Tak bolehlah. Saya ada hal. Okeylah, bye.." Maya terus mengatur langkah untuk pergi. Sebenarnya, emosi dia masih lagi tidak stabil. Namun, cuba dia mengawal supaya Tengku Affin tidak akan terperasan akan hal itu. Biarlah hal ini menjadi rahsia. Kalau orang tahu pun, ianya tidak akan merubah apa-apa.

Di dalam kereta BMW hitam berkilat, Tengku Affin memerhatikan Maya sehingga Maya jauh dari pandangannya. Buat seketika, Tengku Affin terkedu. Untuk pertama kalinya, dia ditolak serta merta ! Tengku Affin melepaskan keluhan. Mungkin mereka tiada jodoh..

**************************

p/s : enjoy. maaf jika ada kekurangan. macam biasa, komen la sikit. terima kasih sudi baca. :D

Friday 5 October 2012

Akhirnya Nanti 2





BAB 2
"Aku ingat nak cari kerja lainlah, Opie.." kata Maya sewaktu berada di ruang tamu.
"Apa?! Apa pasai hang nak cari kerja lain? Dah elok kerja hang. Hang jangan nak cari pasai pi cari kerja lain. Gaji dah lumayan, ada pejabat sendiri..." balas Opie dalam loghat utara.
"Aku tak suka kerja kat situ," bohong Maya. Tak suka? Memang tak suka. Tapi, bukan pada kerja, pada 'jembalang' yang baru kerja di situ. Terimbas kejadian pada hari itu...

"MULAI hari ini, Syed Naz Ezmirul iaitu anak saudara saya akan bekerja di sini bagi menggantikan saya. Al-maklumlah, saya ni makin lama makin tua. Jadi, Cik Sara, awak kena layan karenah Naz ni dengan penuh sabar. Dia ni memang macam budak-budak sikit tapi, hasil kerjanya bagus..." ujar Tan Sri bangga. Dia memegang bahu Naz seakan-akan menyalurkan semangatnya pada anak muda itu.
"Baiklah, Tan Sri," Maya terpaksa akur. Takkanlah nak bantah dalam bilik mesyuarat ni? Bikin malu sahaja..
"Dengan ini, berakhirlah mesyuarat kita kali ini. Kamu semua boleh bersurai..." kata Tan Sri lalu melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Ahli syarikat yang lain turut berasak-asak keluar. Tidak terkecuali, Sara Maya yang menghadapi kesukaran kerana tubuhnya agak kecil dihimpit oleh ahli jawatan yang lain.
"Inilah padahnya kalau nak keluar awal," sempat Maya berbisik geram. Tiba-tiba Maya merasakan tubuhnya berada dalam keadaan yang tidak stabil akibat dilanggar seseorang.
"Habislah aku.." Maya pasrah dalam keterpaksaan. Mengapa ini semua berlaku?
"Cik Sara, err.. Awak okey? Nasib baik saya sambut awak, kalau tidak mesti awak dah jatuh," kata Naz tenang. Maya perlahan-lahan membuka kelopak matanya.
'Fuh, nasib baik..' Maya melepaskan nafas lega. Tiba-tiba matanya terbuka luas. Pantas dia menepis tangan Naz yang melingkari pinggangnya. Dia menjeling sekilas.
"Terima kasih," ucap Maya pendek sambil tunduk hormat kepada Naz. Tanpa menunggu balasan Naz, dia pantas melangkah pergi meninggalkan Naz berseorangan.
"Pelik perempuan ni.." gumam Naz perlahan.

"TAN SRI, boleh saya masuk?" kata Maya sambil mengetuk pintu pejabat Tan Sri.
"Masuk !" ringkas arahan yang diberikan.
Maya pun masuk ke dalam pejabat Tan Sri. Ada hal yang perlu dibincangkan.
"Tan Sri, maaf andai jika saya menganggu. Tapi, boleh saya tahu, kenapa Encik Syed Naz yang menggantikan Tan Sri? Bagaimana dengan anak Tan Sri? Maaf jika saya kurang sopan," Maya berkata serius. Dia memandang Tan Sri tanpa berkelip.
"Sila duduk dulu, Sara. Seriusnya kamu ni. Tentang soalan kamu tu, jawapannya panjang. Macam ni lah, anak saya sekarang berada di luar negara. Saya suruh dia balik, dia tak mahu dengar cakap saya. Kebetulan, ayah Naz suruh saya menjaga Naz. Jadi, saya bagilah Naz kerja. Macam tulah ceritanya. Anak saya tu, apabila dia pulang ke negara ni, dia akan menggantikan Naz dan Naz pula akan bekerja dengan ayahnya..." jelas Tan Sri panjang lebar dengan senyuman.
"Oh, begitu. Jadi, bila anak Tan Sri nak balik?" tanya Maya lagi. Kali ini nadanya sudah tidak sesuram tadi.
'Oh yes ! Naz akan pergi ! Yes, yes, yes..' Maya menjerit keriangan di dalam hati. Ikutkan hati, mahu saja dia joget di situ.
"Anak saya, balik dalam sebulan lagi kot. Entahlah, Cik Sara. Anak saya tu pendiriannya tidak tetap. Nanti saya takut tiba-tiba je dia tak jadi nak balik," kata Tan Sri bersahaja.
"Oh, okey," jawapan Tan Sri membuatkan Maya berasa sedikit kecewa. Tidak mengapa, Maya ! Kuatkan semangat !
"Kalau macam tu, saya pergi dulu, Tan Sri.."pinta Sara lalu menundukkan wajahnya.
"Baik.." Tan Sri tersenyum.

"WOI, Sara ! Hang ni, orang duk cakap dengan dia. Dia pi berangan pulak," kata Opie. Dia mencuit hidung Maya yang mancung.
"Sorrylah, Opie. 'Ter'berangan pula. Hehehe.." Maya ketawa sambil mengusap-usap hidungnya.
"Hisy, ni yang aku nak merajuk dengan hang ni !" Opie memeluk tubuh sambil berpaling dari Maya. Aik? Merajuk ke Opie?
"Ala, janganlah macam ni, Opie. Kita kawan, kan? Okey, okey. Aku dengar apa yang kau nak cakap. Haa, cepatlah cakap," Maya bersungguh-sungguh memujuk Opie. Dia menadahkan telinganya. Opie yang melihat Maya bersungguh-sungguh, ingin ketawa namun ditahan. Nanti kantoilah !
"Tak mahulah cerita pada kau.." kata Opie. Dia mendaki anak tangga sambil mulutnya sengaja dimuncungkan.
"Opie..! Janganlah merajuk," Maya mengejar Opie yang sudah berada di tingkat atas.
"Opie, opie. Tunggu, tunggu. Aku..herk.." Maya tiba-tiba jatuh terbaring.
Opie yang membelakangkan Maya tidak menyedari akan hal itu.
'Aik? Kenapa diam ni?' gumam hati Opie. Dia berkira-kira untuk memandang ke belakang atau tidak. Akhirnya, Opie memusingkan juga badannya. Terkejut dia melihat Maya yang terbaring di atas lantai.
"Sara? Hang jangan mati, Sara ! Tidak !! Banyak dosa aku pada hang ! Jangan mati Sara !!" raung Opie. Dia memangku kepala Maya sambil kepalanya tergeleng-geleng.
"Purrgghhh... Ahahahahahaha !!" Maya tiba-tiba mencelikkan matanya sambil menekan perutnya akibat ketawa terlalu banyak.
"Lawaklah kau ni, Opie. Ohh.. Risau juga kau pada aku ya.." Maya tersenyum jahat. Manakala, Opie hanya mendiamkan diri sejak daripada tadi. Marahkah Opie?
"Opie, jangan marah.." Maya memujuk. Risau pula dia melihat keadaan Opie yang mendiamkan diri tu.
"Opie..?" Maya menyamakan kedudukan kepalanya dengan Opie.
"Baahhhhh...!!!" Opie tiba-tiba bangun.
"Opocot mak kau tergolek !!" Maya melatah lantang. Dia mengurut-urut dadanya perlahan.
"Opie !! Jahatnya kau !" Maya berkata geram. Nafasnya tercungap-cungap akibat terkejut.
"Hahahaha.. Nak kenakan aku, hang tunggu 100 tahun lagi lah !" Opie berkata bangga. Dia berdiri lalu mencekak pinggangnya.
"Eleh.." Maya menjulingkan matanya.
"Hahaha.. Sudahlah, Sara. Jom kita tidur," Opie menguap sambil menggeliat.
"Hurm, jom ! Aku pun dah mengantuk ni," Maya pula menguap.
Mereka kemudian sama-sama menuju ke bilik masing-masing. Dan, Maya terlupa benda yang boleh mengubah nasibnya suatu hari nanti...
**************************
"Cik Sara, tolong fotostatkan kertas ni. Saya nak 10 copy.." arah Naz sambil menghulurkan kertas kepada Maya.
"Baik," balas Maya pendek. Dia bangun lalu melangkah ke mesin fotostat. Tiba-tiba dia dapat merasakan hembusan di lehernya. Maya pun menoleh ke belakang dan ternyata Naz berada di belakangnya.
'Fuh, buat aku terkejut saja,' getus hati Maya geram.
"Encik nak apa? Ada masalah apa-apa?" tanya Maya sopan sedangkan di dalam hati sudah dikutuknya Naz macam-macam.
"Macam mana guna mesin ni?" soal Naz sambil tangannya diseluk ke dalam poket.
'Belajar sampai luar negara. Takkan nak guna mesin ni pun tak reti?' kutuk Maya dalam hatinya. Takkan lah dia mahu jawab sebegitu kepada Naz. Mahu dipecatnya nanti.
"Senang saja. Bos cuma perlu tekan butang ni. Lepas tu, bos tekan la berapa banyak yang Bos nak copy.." terang Maya malas-malas.
"Oh..." Naz mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
"Ada apa-apa lagi?" soal Maya sambil tersenyum.
"Oh, lunch nanti keluar dengan saya ya. Tunjukkan saya tempat yang best," Naz berkata ceria.
"Erk, Tak boleh !" balas Maya pantas.
"Kenapa?"
"Saya dah janji nak keluar dengan orang lain hari ni. Sorry.." dalih Maya. Ala, tak apa. Bohong sunat..
"Oh, esok?" Naz menyoal dengan senyuman tidak lekang dari mulutnya.
'Esok? Isy, dia ni nak apa dari aku? Tak pun, dia sudah tahu siapa diri aku sebenarnya? Habislah kalau firasat aku ni betul..' monolog hati Maya. Dia menggigit bibirnya.
"Jadi..?" Naz mengangkat keningnya.
"Huh? Hurm, err.. Baiklah.." lambat-lambat Maya bersetuju jua. Otaknya sudah tidak boleh berfikir lagi.
"Bagus. Okey, awak boleh sambung kerja awak. Copy tu nanti letak saja di atas meja saya.." kata Naz lalu melangkah pergi. Dia sempat bersiul-siul.
Maya hanya memerhatikan tingkah laku Naz. Masih adakah lagi cinta?
**************************
"Best, kan? tempat ni?" tanya Naz sambil mulutnya mengunyah nasi.
Maya hanya tersenyum kelat sambil menganggukkan kepalanya. 'Best? Makan di kedai mamak pun best? Tak mainlah makan di kedai mamak !' kutuk Maya. Dia masih lagi mengekalkan senyuman plastiknya.
"Bos, saya nak pergi cari sinki sekejap.." pinta Maya.
"Okay.." Naz mengangguk.
Maya bingkas bangun lalu menuju ke sinki yang terdekat. Dia membasuh tangannya. Dia kemudian menilik wajahnya di cermin. Okay, perfect ! Sewaktu dia memusingkan badannya, dia terlanggar seorang pemuda. Maya menggaduh kesakitan.
"Aduh, aku langgar dinosaur ke ni?" gumam Maya perlahan. Dia kemudian mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat orang yang dilanggarnya tadi. OMG ! Hensemnya !
"Erk, saya minta maaf.." pinta Maya sopan. Hilang rasa marahnya setelah melihat wajah lelaki itu.
'Kalau aku tahu kedai mamak ni tempat lelaki hensem makan, setiap hari aku akan datang. Dan, aku mestilah ajak Opie sekali !' hati gatal Maya berbisik sakan. Maya merenung wajah lelaki itu sekali lagi. Satu kali tengok, memang hensem ! Dua kali tengok, hensem kuasa tiga !
"Encik..?" panggil Maya apabila tiada tindak balas dari lelaki itu.
Tiba lelaki itu tersenyum.... sinis?
"Heh, perempuan hipokrit.." lelaki itu berlalu pergi setelah habis berkata-kata.
Maya pula terlopong.
"What?! Dia panggil aku perempuan hipokrit? How dare him !" kata Maya geram. Matanya mencari kelibat lelaki tadi, namun bayang lelaki itu sudah lenyap !
"Kalau aku nampak lelaki tadi tu lagi.. Aku penyet-penyet muka dia. Lepas tu, aku cekik pula leher dia. Mayat dia nanti aku buang kat tempat pembuangan sampah..!" bebel Maya siap dengan lagak aksinya sekali.
"Lelaki mana yang awak nak cekik-cekik, penyet-penyet tadi..?"
"Opocot ! Herk..!" mata Maya terbuka seluas-luasnya apabila melihat lelaki itu.
'Aiseh, macam mana aku boleh tak perasan yang dia ada kat belakang aku..?' hati Maya berbisik perlahan. Dia menepuk dahinya.
"Saya tanya, lelaki mana yang awak nak belasah tadi? Lepas tu, nak buang mayat dia kat tempat pembuangan sampah..?" soal lelaki itu lagi.
"Hah..? Lelaki apa? Lelaki mana? Encik cakap apa ni? Eh, ada orang panggil saya. Okay, bye ! Janganlah kita berjumpa lagi..!" cepat-cepat Maya melangkah pergi. Mulutnya sempat berdoa, 'Janganlah aku jumpa lelaki itu lagi ! Amin !'
"Interesting.." Tengku Affin tersenyum sebaris.
**************************
Maya berjalan memasuki Syarikat Megah Holding dengan penuh bergaya. Hari ni, dia memakai kot hitam bersama kemeja putih di dalam. Rambutnya disanggul tinggi, menyerlahkan lehernya yang jinjang. Dia hanya memakai bedak asas dengan sedikit pemerah pipi. Namun, kecantikannya terserlah !
"Cik Sara !" kedengaran suatu suara menyapa dari belakang. Maya cepat-cepat menoleh. Kelihatan Siti Hajar sedang berlari anak menuju ke arahnya.
"Ya?" balas Maya pendek.
"Encik Naz cakap nak jumpa Cik Sara. Penting rasanya. Dari tadi tak henti-henti cari Cik Sara..." kata Siti Hajar. Nafasnya tercungap-cungap, mungkin sibuk mencari Maya dari tadi.
"Oh, okay. Terima kasih sebab maklumkan kepada saya.." Maya tersenyum manis sebelum memasuki lif. Dia menekan angka tujuh, ke tingkat tempat dia bekerja.
'Ting !'
Maya keluar setelah pintu lif dibuka dan tanpa membuang masa, dia melangkah menuju ke pejabat Naz. Dia mengetuk pintu pejabat Naz beberapa kali. Setelah diberi izin, Maya memulas tombol pintu. Kelihatan Naz sedang duduk di kerusinya sambil menilik suatu fail. Wajahnya serius, tidak seperti selalu. Selalunya wajahnya akan dihiasi dengan senyuman.
'Aku ada buat salah ke..?' detik hati Maya. Dia menggigit bibirnya.
"Bos, ada apa-apa yang saya silap ke..?" soal Maya terus. Sepanjang pekerjaan dia di Syarikat ni, jarang sekali dia melakukan kesalahan.
"Sara Maya binti As'anol.." kata Naz perlahan, namun jelas kedengaran di telinga Maya. Jantung Maya berdegup kencang. Dia melangkah menuju ke arah Naz.
'Itu fail peribadi aku ! Mana dia dapat ni?! Kan aku dah sorok hari tu !' bisik hati Maya. Jantungnya berdegup kencang sekali.
"Patutlah awak macam selalu mengelak dari saya.." Naz menyambung lagi.
"Bos, bagi balik fail peribadi saya !" tempik Maya sambil tangannya berusaha mengambil fail itu daripada Naz. Namun, usahanya gagal.
"Kenapa.. Maya? Kenapa rahsiakan semua ni..?" soal Naz perlahan.
"Bos, saya tak suka campurkan hal peribadi dengan kerja. Please, nama saya Sara. No more Maya.." balas Maya dingin. Dia memeluk tubuhnya.
"Awak tahu tak, Maya. Saya dah lama mencari awak..." Naz mengusap mukanya. Lagaknya seperti orang yang sedang menyesalkan sesuatu.
'Naz... Cari aku..?' desis hati Maya. Tercalit sedikit kebahagiaan apabila mendengar Naz menuturkan ayat itu. Adakah.. Naz juga.. Mencintai aku?
"Maya, saya nak bawa awak pergi ke suatu tempat. Sudikah awak mengikut saya..?" soal Naz lembut. Maya hanya mengangguk tanpa banyak soal. Otaknya sudah tidak dapat mencerna apa-apa lagi.
**************************
p/s : komen la sikit. Maaf jika ada kekurangan.. :)

Saturday 1 September 2012

Akhirnya Nanti 1




p/s : Baiklah, sebelum kamu semua membaca cerita saya ni. Saya ingin memaklumkan bahawa Akhirnya Nanti telah ditukar daripada cerpen ke Novel. Okey, bacalah ! Kalau boleh, komen sekali. :D

**************

*BAB 1*
     "Maya, aku nampak pujaan hati kau di padang bola sepak ! Dia tengah main bola !" laung Aizah kuat di pintu kelas.

     "Hah?! Okey, kau tunggu aku. Jom, kita pergi stalk dia..!"balas Maya penuh bersemangat. Dia bergegas bangun menuju ke arah Aizah yang menunggunya di pintu kelas. Mereka kemudian berlari pula menuju ke padang bola sepak yang terletak di tepi kantin sekolah. Maya tiba-tiba menghentikan lariannya.

     "Wei, kenapa berhenti? Dah nak dekat dah ni. Jomlah pergi dekat sikit.."kata Aizah. Dia juga termengah-mengah seperti Maya.

     "Sini cukuplah. Nanti dia perasan pula aku tengok dia. Lepas tu, mesti dia akan menjauhkan diri daripada aku.." Maya berkata perlahan sambil wajahnya mengukir senyuman yang mengandungi 1001 duka. Aizah hanya memerhatikan rakannya itu.

     "Maya, kenapa kau tak luahkan saja perasaan kau? Nak kata kau ni tak cantik, kau cantik. Kulit kuning langsat, bermata redup dengan alis yang lentik. Badan kurus, tinggi pun okey je. Kalau aku jadi kau, fuh ! Mesti popular satu sekolah,"ujar Aizah bangga. Dia tersengih-sengih.

     "Masalahnya, secantik mana pun aku, kalau dah orang tu tak suka, mana boleh dipaksa. Lagipun, aku rasa pujaan hati aku tu tak perasan pun yang aku suka dia. Lagi satu, luahkan perasaan? Pfftt.. Kau buat lawak ke? Manusia ni ada perasaan malu. Takkanlah tiba-tiba saja aku nak luahkan perasaan aku padanya?"jelas Maya panjang. Dia tersenyum lagi.

     "Maya.. Maaf sebab tiba-tiba saja aku tanya soalan ni. Tapi, keluarga kau okey?"soal Aizah prihatin. Bukan dia tidak tahu tentang keadaan keluarganya itu. Ibu bapa Maya sering bergaduh. Semua ini berlaku gara-gara Bapa Maya yang menyatakan hajatnya yang ingin berkahwin lain. Hati wanita mana yang tidak mengamuk, jika diberitahu hal sebegitu?

     "Aku tak tahulah nak cakap apa lagi. Aku cuma harap ibu bapa aku akan berbaik nanti.."kata Maya perlahan. Dia kemudian mengukir senyuman kepada Aizah. Aizah membalas senyuman Maya.

     'Sabarlah Maya.. Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambanya yang berada dalam kesusahan...' bisik hati Aizah syahdu.

**************************
    "Maya ! Pinjam nota ! Aku tak sempat salin nota yang Cikgu Shamsiah bagi," Naz tersengih sambil menggaru belakang telinganya.

     Syed Naz Ezmirul. Seorang yang segak dengan kacukan korea. Berketurunan Syed iaitu daripada keluarga yang kaya. Di sekolah, cemerlang sama ada di bidang akademi atau kokurikulum. Diminati ramai.

     "Kenapa minta kat aku? Ramai lagi orang dalam kelas ini,"balas Maya tenang sedangkan Hatinya berdegup kencang.

     "Saja. Tulisan kau kan paling lawa dalam kelas ni. Cikgu pun banyak puji tulisan kau. Bolehlah ya? Aku pinjam sekejap saja," pujuk Naz lagi, masih dengan sengihannya.

     "Okeylah, tapi ! Dengan syarat, jangan kotorkan buku aku !" Maya memberi amaran. Dia menjegilkan matanya tanda serius.

     "Yes, okay ! Terima kasih, Maya. Sayang kau," Naz mengenyit matanya. Dia kemudian berlalu pergi sambil bersiul-siul kegembiraan.

     Maya hanya mengiringi langkah Naz dengan matanya. Dia melihat Naz duduk bersama rakan-rakan. Terdapat gadis-gadis mengelilingi mejanya. Mereka berbual-bual mesra. Mula timbul rasa tidak enak di dalam hatinya.

     "Ehem, Maya. Janganlah ditenung lama-lama. Aku tahu kau suka dia..." kata Aizah sambil mencuit lengan Maya.
    "Eh, bila kau ada sebelah aku?" tanya Maya pelik.

     "Dah lama. Kau yang tak perasan. Khusyuk sangat tengok pujaan hati kau tu," Aizah berkata malas. Maya hanya tersengih.

     "Hehehe.. Sorry la. Aku bukan apa. Kau tengok tu, ramai betul perempuan keliling dia.." ujar Maya perlahan.
     "Habis tu, kau nak kata kau cemburulah ni?" Aizah menjongket kening sebelah kirinya.

     "Bolehlah.." Maya mengangguk perlahan. Matanya masih fokus memandang Naz.

     "Maya, betul ke... kau nak pindah?"soal Aizah lambat-lambat. Mukanya jelas menunjukkan riak risau.

     "Mungkin, entahlah Aizah. Aku pun tak tahu. Mak aku kata, pindah. Ayah aku kata, tak pindah. Aku pun keliru sekarang ni," Maya mengukir senyuman tawar.

     "Maya, kau ni. Buat aku rasa nak menangis, tahu tak?" Aizah mencebir bibirnya.

     "Hah? Kenapa pula kau nak menangis? Aku bukan buat apa pun dekat kau !" ujar Maya geram. Dia berasa kalut sedikit.

     "Isy, Maya ! Aku tak mahu lihat kau sedih. Aku tak suka !" luah Aizah seperti anak kecil.

     "Okey, okey. Lain kali aku tak sedih lagi ! Aku janji !" Maya mengangkat tangan sebelah kanannya seperti orang berikrar.

     Aizah tersenyum melihat telatah Maya. Tiba-tiba tangannya gatal mencuit hidung Maya yang mancung.
     "Hei, apa yang kau buat ni? Tahulah kau cemburu hidung aku comel," Maya mengusap perlahan hidungnya. Dia mengerutkan dahinya tanda geram.

     "Eleh, comel konon," Aizah mencubit lengan Maya. Sengaja dia berbuat demikian, ingin mengacau Maya.

     "Aizah ! Stop it !" Maya memberi amaran. Dia mencubit lengan Aizah pula.

     "Ouch ! Tak sakit pun," Aizah menjelir lidah. Maya menjegilkan matanya.

     Mereka pun bertepuk tampar tanpa menghiraukan keadaan kelas yang bising. Tanpa mereka sedari, ada mata yang memandang segala perlakuan mereka.

**************************
     "Murid-murid, untuk SPM kali ini, saya mahu kamu semua buat yang terbaik. Jangan hampakan saya..." kata Cikgu Maili bersemangat. Dia tersenyum memandang para pelajar yang mungkin akan menjadi usahawan negara.

     "Baik, kamu semua boleh bersurai. Oh, saya lupa nak beritahu kamu bahawa selepas ini ada ceramah tentang cara-cara untuk mencapai keputusan cemerlang. Harap akan ada perubahan selepas ceramah ini," usai berkata-kata, Cikgu Maili keluar daripada kelas 5 Anjung.

     Kelas 5 Anjung mulai bising setelah Cikgu Maili keluar. Tidak ketinggalan juga Aizah dan Maya yang asyik berceloteh daripada tadi.

     "Maya, baik kau buat sebelum terlambat !" kata Aizah dalam suara yang meninggi.

     "Tak nak !" pangkah Maya.

     "Buat !" balas Aizah.

     "No !" Maya memeluk tubuh.

     "Buat...!!" Aizah menggocangkan tubuh Maya berkali-kali.

     "Tak nak..!" jawab Maya.

     "Aku kata, Buat ! Buat !" Aizah menjegilkan matanya.

     "Buat apa?" tiba-tiba satu suara menyampuk.

     "Sibuklah kau, Naz. Blah, kau tak diperlukan di sini !" kata Aizah kasar.

     "Isy, Aizah ! Kau ni kenapa? Janganlah kasar sangat dengan Naz," Maya menegur Aizah. Aizah pula membuat muka 'Tak mau layan'.

     "Haha, tak apalah Maya. Aku tak kisah pun. Nah, Maya. Buku kau. Terima kasih," Naz berkata sambil tersenyum. Matanya sempat melirik melihat Aizah. Tindakannya itu disedari Maya. Mungkinkah?
     'Isy, Tak mungkinlah..' desis hati Maya. Dia menggeleng perlahan.

     "Mak Cik, kenapa kau geleng-geleng ni? Dah tak betul ke?" Aizah mengetuk kepala Maya.

     "Wei, kepala jangan main ya.." Maya mengusap perlahan kepalanya.

     "Betul tu !" Naz tiba-tiba menyampuk.

      Aizah hanya mencebir bibir.
     "Baguslah, sehati sekepala. Bercintalah korang !" kata Aizah geram lalu memeluk tubuhnya.

     "Aizah !" Maya berdiri sambil mengenggam penumbuknya.

     Aizah hanya tersengih sambil membuat tanda 'peace'. Naz berdiam diri. Dia memerhati dua sahabat itu.

     'Kringgg !!'

     Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aizah sudah tersenyum meleret sehingga ke telinga.

     "Aizah, bukan sekarang..." kata Maya sambil kakinya berundur setapak.

     "Ala, hari ni Mak Cik Sharepah buat Tart Nanas. Sedap ! Cepatlah, nanti habis !" Aizah bersemangat waja.

     Maya mengeluh. Lambat-lambat dia memandang Naz.

     "Naz, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum..." Maya meminta diri.

     "Eh, boleh tak aku ikut kau orang berdua?" soal Naz ceria.

      Maya menjongket kening sebelah kirinya.

     'Naz, adakah kau suka.... Aizah? Isy, Maya ! Tak mungkin. Ini semua kebetulan sahaja,' hati Maya berbisik.

     "Okey, aku tak kisah. Aizah?" Maya bertanya kepada Aizah.

     "Aku pun tak kisah. Hailah, cepatlah ! Kau lambat, aku tinggal nanti !" kata Aizah sambil menarik-narik tangan Maya.

     "Isy, sabarlah sikit !" balas Maya. Dia sempat melirik Naz. Dan, Naz tersenyum sambil memandang Aizah. Hati Maya tidak lagi bernafas tenang. Mungkin benar...
**************************
2 BULAN BERLALU...

     "Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang elok. Straigth A's !" Maya melompat kegembiraan. Para calon SPM yang lain ada juga yang gembira dan ada juga yang pulang dengan kecewa.

     "Maya !!!" laung Aizah kuat daripada jauh.

     "Aizah ! Kau dapat berapa?"  Maya terus bertanya. Tidak mahu bertangguh lagi.

     "Aku dapat.. 9A ! Aku taklah pandai sangat macam kau. Tapi, bolehlah ! Aku pun hebat juga tau !" Aizah berkata bangga. Hidungnya sudah kembang-kempis bernafas.

     "Ehem, hye girls !" tegur Naz di belakang.

     "Eh, Naz ! Kau dapat berapa?" Maya menyoal Naz pula. Hatinya berbunga melihat Naz.

     "Straight A's. Sama macam kau. Aizah, tahniah ! Kau dah buat yang terbaik," Naz berkata sambil memandang muka Aizah.

   Aizah hanya mendiamkan diri. Maya berasa kecewa.

   'Kata-kata itu bukan ditujukan untuk aku...' sayu hati Maya berbisik.

     "Maya, aku nak pergi dulu. Bye. Apa-apa hal, kau contact aku," Aizah sempat berpesan. Dia kemudian berjalan meninggalkan Maya dan Naz.

     "Naz.." belum sempat Maya berkata apa-apa..

     "Aizah ! Tunggu aku !" kata Naz lalu berlari anak mengejar Aizah.

     Maya hanya tersenyum perit.

     "Betullah tu. Naz sukakan Aizah. Kenapalah aku tak perasan selama ni? Waktu dia pinjam buku tu. Aizah ada di sebelah aku. Waktu dia pulang buku, Aizah ada juga. Aku hanyalah watak sampingan dalam cerita cinta yang Naz cipta.." Maya bermonolog sendiri.

     Perit. Sedih. Kecewa. Itulah perasaan yang dapat Maya gambarkan. Tiba-tiba Maya menepuk kedua-dua belah pipinya.

     "No, aku tak boleh mengalah sebelum berjuang. Aku mesti luahkan perasaan aku pada Naz. Aku mesti kuat walau apapun yang akan berlaku !" Maya kemudian mengejar Naz dan Aizah yang sudah membelok memasuki tepi bangunan sekolah.

     Maya berlari dan apabila semakin dekat..

     "Naz, berapa kali aku nak cakap ! Jangan kacau aku lagi ! Aku tak suka kat kau !" suatu suara bersuara perlahan.

     "Tapi, Aizah ! Aku sukakan kau ! Please, kalau kau tak suka aku pun, aku minta nombor telefon kau saja. Bukannya apapun.." balas suara yang lain.

     'Itu suara Naz dan Aizah. Aizah? Takkanlah kau dah tahu yang Naz sukakan kau?' desis hati Maya.

     Lambat-lambat Maya mendekati Naz dan Aizah.

     "Naz.. Kau sukakan.. Aizah?"lambat-lambat Maya menyoal.

     "Maya?!" Naz dan Aizah berkata serentak.

     Maya ketawa kecil.
      "Naz, aku sukakan kau. Kau pula sukakan Aizah. Hebat betul.." kata Maya. Dia masih lagi ketawa. Perasaannya sudah tidak dapat dikawal.

     "Naz, apa kata. Kau pilih aku? Aku sudi ganti Aizah. Aizah tak sukakan kau ! Baik kau sukakan aku..." Maya berkata selamba.

     "Maya ! Apa yang kau cakap ni?!" kata Aizah dalam nada yang agak meninggi.

     "Kau diam, Aizah ! Kau tak layak bercakap sekarang. Sampai hati kau rahsiakan benda yang penting macam ni dari aku ! Aku benci kau !" Maya menengking. Nafasnya turun naik.

     "Maya, Aizah tak bersalah. Aku sukakan Aizah dan aku takkan sukakan orang lain," jujur Naz berkata.

     "Naz, apa yang kau merepek ni? Jangan keruhkan keadaan lagi ! Maya, jangan dengar cakap Naz. Aku tak sengaja nak rahsiakan..."

     "Sudah ! Diam ! Korang semua bohong ! Aku benci korang ! Aku benci !" usai berkata, Maya terus berlari meninggalkan Naz dan Aizah.

     "Sara Maya !" laungan Aizah tidak dipedulikan.

     Maya terus berlari jauh meninggalkan sekolah. Setelah berasa agak jauh daripada perkarangan sekolah, Maya berhenti berlari. Dia mengusap dadanya perlahan. Dia menahan teksi. Niatnya mahu pulang ke rumah.

     Maya menangis dalam perjalanan. Otaknya berserabut.

     'Aizah tak bersalah. Aku tak patut buat macam tu pada dia. Tapi, dia dah rahsiakan benda yang penting daripada aku. Aku macam orang bodoh !' getus hati Maya geram.

     'Lebih baik aku tak ada kawan macam ni. Baik aku seorang diri.. Ya, itu yang terbaik,' Maya mengangguk kepalanya.

     "Dik, semuanya RM 6.30.."pemandu teksi itu berkata.

     Maya menghulur duit not RM10. Pemandu teksi itu menyambut huluran Maya. Maya turun tanpa kata.
     "Eh, baki !" laung pemandu teksi itu.

    "Apa nak jadilah budak-budak sekarang ni," pemandu teksi itu menggeleng perlahan kepalanya. Dia meneruskan tugasnya sebagai pemandu.

     Maya berlari pantas menuju ke rumahnya. Setelah sampai, dia memulas pintu dan terus masuk ke dalam rumah.

     "Aku ceraikan kau dengan talak dua ! Sudah, aku tak mahu tengok muka kau lagi ! Aku nak pergi dari sini. Rumah ni macam neraka dah bagi aku !" lantang suara Pak Cik As'anol bersuara dari dapur. Maya nyata terkejut.

     "Abang, jangan buat saya macam ni ! Ingat kat anak kita!" Mak Cik Munirah merayu.

      Pak Cik As'anol bersikap kejam. Dia menendang Mak Cik Munirah yang melutut di kakinya. Tanpa sebarang kata, dia berlalu keluar meninggalkan mahligai yang pernah dia bina.

     "Kenapa.. Kenapa semua ini berlaku..?" kata Maya perlahan. Air matanya turun menodai pipinya.
     Tiba-tiba dunia Maya terasa gelap.

      'Lelaki memang tidak boleh dipercayai..' Maya berbisik perlahan sebelum badannya jatuh ke bumi.
**************************
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...

     "Tan Sri ada perjumpaan klien pada pukul 2.00 petang dan mesyuarat dengan ahli lembaga Syarikat lain pada pukul 4.00 petang. Oh ya ! Esok hari lahir anak Tan Sri kali ke-23.." lancar Maya berkata-kata. Terserlah sifat kewibawaannnya. Dia tersenyum memandang Tan Sri yang dihormatinya.

     "Okey, Sara. Thank you. You may go now," balas Tan Sri pendek. Dia membalas senyuman Maya.
     Sara Maya atau lebih dikenali sebagai Maya mengangguk perlahan lalu berjalan menuju ke pintu. Sewaktu memulas tombol pintu..

     'BAMM..!!'

"Uncle, I'm back !" jerit seorang pemuda ceria.

     "Eh, Sara ! Are you okay?" Tan Sri bingkas bangkit menuju ke arah Maya.

     "Uncle ! Nama saya bukan Sara ! Saya lelaki !" kata pemuda itu sewaktu Tan Sri melintasinya.

     "Aduh.. Kepala saya," Maya mengusap kepalanya yang mula merah.

     "Syed Naz Ezmirul ! Minta maaf pada Cik Sara," tegas Tan Sri berkata.

      Maya pula mendiamkan diri. Naz?

     "I'm so so sorry, Cik Sara !" kata Naz sambil menyusun sepuluh jari di hadapan Maya.

     'Dia tak kenal aku kot. Ya, mesti dia sudah lupa, Nasib baik,' desis hati Maya.

     "Tak apa. Awak tak sengaja," balas Maya. Dia kemudian berdiri. Badannya terhuyung-hayang sedikit.

     "Saya rasa awak patut pergi ke klinik. Naz, hantar Cik Sara ke klinik yang berdekatan.." arah Tan Sri. Wajahnya menunjukkan riak risau. Naz hanya menjongketkan bahunya.

     "Okey, Naz tak kisah,"balas Naz pendek.

     "Eh, tak payahlah. Saya okey. Lagipun, ada first Aid di meja kerja saya," kata Maya sambil tersenyum kelat.

     "Baiklah, Tan Sri. Saya pergi dulu kalau tidak ada urusan apa-apa lagi.." pinta Maya sopan. Dia mahu segera pergi dari situ.

      "Baiklah. Saya minta maaf sekali lagi bagi pihak anak saudara saya," ucap Tan Sri kesal.

      "Tak mengapalah, Tan Sri. Takde apa-apa pun ni. Sikit je. Lama-lama eloklah ni," Maya masih lagi tersenyum. Dia kemudian memulas pintu tombol dan keluar dengan hati yang kabut.

**************************

Sunday 26 August 2012

Akhirnya Nanti (TEASER)

-TEASER-



"Maya, baik kau buat sebelum terlambat !" kata Aizah dalam suara yang meninggi.
"Tak nak !" pangkah Maya.
"Buat !" balas Aizah.
"No !" Maya memeluk tubuh.
"Buat...!!" Aizah menggocangkan tubuh Maya berkali-kali.
"Tak nak..!" jawab Maya.
"Aku kata, Buat ! Buat !" Aizah menjegilkan matanya.
"Buat apa?" tiba-tiba satu suara menyampuk.
"Sibuklah kau, Naz. Blah, kau tak diperlukan di sini !" kata Aizah kasar.
"Isy, Aizah ! Kau ni kenapa? Janganlah kasar sangat dengan Naz," Maya menegur Aizah. Aizah pula membuat muka 'Tak mau layan'.
"Haha, tak apalah Maya. Aku tak kisah pun. Nah, Maya. Buku kau. Terima kasih," Naz berkata sambil tersenyum. Matanya sempat melirik melihat Aizah. Tindakannya itu disedari Maya. Mungkinkah?
'Isy, Tak mungkinlah..' desis hati Maya. Dia menggeleng perlahan.
"Mak Cik, kenapa kau geleng-geleng ni? Dah tak betul ke?" Aizah mengetuk kepala Maya.
"Wei, kepala jangan main ya.." Maya mengusap perlahan kepalanya.
"Betul tu !" Naz tiba-tiba menyampuk.
Aizah hanya mencebir bibir.
"Baguslah, sehati sekepala. Bercintalah korang !" kata Aizah geram lalu memeluk tubuhnya.
"Aizah !" Maya berdiri sambil mengenggam penumbuknya.
Aizah hanya tersengih sambil membuat tanda 'peace'. Naz berdiam diri. Dia memerhati dua sahabat itu.
'Kringgg !!'
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aizah sudah tersenyum meleret sehingga ke telinga.
"Aizah, bukan sekarang..." kata Maya sambil kakinya berundur setapak.
"Ala, hari ni Mak Cik Sharepah buat Tart Nanas. Sedap ! Cepatlah, nanti habis !" Aizah bersemangat waja.
Maya mengeluh. Lambat-lambat dia memandang Naz.
"Naz, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum..." Maya meminta diri.
"Eh, boleh tak aku ikut kau orang berdua?" soal Naz ceria.
Maya menjongket kening sebelah kirinya.
'Naz, adakah kau suka.... Aizah? Isy, Maya ! Tak mungkin. Ini semua kebetulan sahaja,' hati Maya berbisik.
"Okey, aku tak kisah. Aizah?" Maya bertanya kepada Aizah.
"Aku pun tak kisah. Hailah, cepatlah ! Kau lambat, aku tinggal nanti !" kata Aizah sambil menarik-narik tangan Maya.
"Isy, sabarlah sikit !" balas Maya. Dia sempat melirik Naz. Dan, Naz tersenyum sambil memandang Aizah. Hati Maya tidak lagi bernafas tenang. Mungkin benar...

Saturday 25 August 2012

Gadis Berpurdah Itu Milik Aku (TEASER)

-TEASER-


"Apa?! Cancel?! Damn it ! Kenapa kau tak cakap awal-awal? Kau tahu tak sudah berapa lama aku tunggu kat sini? Isy, buang masa aku saja !"jerit Muhammad Shazril dengan suara yang ditahan. Dia mendengus perlahan. Sudah satu jam aku tunggu, baru nak cakap tak jadi?! Ini yang buat aku marah ni ! Shazril menghentak meja makannya.
Beberapa orang di kafe itu hanya melihat kelakuan Shazril. Shazril malu sendiri. Dia kemudiannya bangkit ingin pergi namun nasibnya agak malang apabila dia terlanggar seorang gadis berpurdah. Habis jatuh berselerak buku dan kertas yang dipegang oleh gadis itu.
"Kau buta ke, hah?!"tanya Shazril kasar. Tiada langsung niat di hatinya ingin memohon maaf.
Gadis berpurdah itu sedikit terkejut dengan tengkingan Shazril. Dia mengucap sambil mengurut-urut perlahan dadanya. Dia kemudian merenung Shazril tenang. Dia tersenyum di sebalik kain purdah. Shazril pula sudah baran tidak tentu pasal. Dia rimas dengan renungan tenang dari gadis itu. Adakah ini yang dipanggil cinta pandangan pertama?
"Saya minta maaf, memang salah saya..."gadis itu berkata tenang lalu tunduk sedikit tanda maaf. Dia mengutip barang-barangnya yang terjatuh akibat dilanggar Shazril.
"Harap saudara maafkan saya. Jangan disimpan di hati. Assalamualaikum.."usai berkata, gadis berpurdah serba hitam itu berlalu pergi. Shazril pula masih berdiri kaku di tempatnya. Dia kemudian memusingkan badannya.
'Mana perempuan tu pergi?' bisik hati Shazril. Hatinya meronta-ronta ingin melihat gadis itu lagi. Dia kemudian meraup wajahnya.
"All this is nonsense !!"luah Shazril lalu berlalu keluar dari kafe dengan perasaan yang tidak menentu.
*****************************

Cerpen Akan Datang ! (Harap pembaca sekalian menunggu dgn penuh sabar) ^_^

1.Gadis Berpurdah Itu Milik Aku
     
Nama : Muhammad Shazril bin Muhammad Ismail.
Umur : 27 Tahun.
Perwatakan : Seorang yang panas baran, lupa pada agama islam. Sehinggalah dia   bertemu seorang gadis berpurdah iaitu Aishah Nur Zahrah. 



Nama: Aishah Nur Zahrah binti Haji Man
Umur : 26 Tahun
Perwatakan : Seorang yang bersikap tenang. Hatinya tidak menentu setiap kali berjumpa dengan Shazril. Bertakwa dan beriman orangnya.

2. Akhirnya Nanti


Nama : Syed Naz Ezmirul bin Syed Jaafar
Umur: 26 Tahun
Perwatakan : Seorang yang dingin tetapi merupakan buaya darat yang terkenal. Terjumpa dengan Sara Maya setelah menolak cintanya.


Nama : Sara Maya binti As'anol.
Umur : 26 Tahun.
Perwatakan : Tidak percaya pada cinta setelah ditolak cinta pertamanya serta melihat ibu bapanya bercerai. Dia berniat untuk membalas dendam terhadap Naz Ezmirul.

3. Suami Cukup Syarat


Nama : Syariez Azril bin Syariff Man
Umur : 28 Tahun.
Perwatakan : Hidup dibayangi oleh hutang abangnya. Ingin membunuh diri tetapi terjumpa dengan Dian Dynaz yang memintanya menjadi suami idealnya. Dan, sebagai balasan, Dian akan menolong Syariez membayar hutang abangnya. 


Nama : Dian Dynaz binti Dato' Kazir
Umur :  25 Tahun.
Perwatakan : Ingin membunuh diri juga akibat ditinggalkan oleh bakal suaminya. Terjumpa Syazriez dan meminta Syariez bekerjasama dengannya.


Monday 6 August 2012

Aku Bukan Kristen Stewart !!

**ABKS**

**ABKS**

"Mak, cuba mak tengok muka akak tu ! Macam Kristen Stewart lah ! Wah, cantiknya Kristen Stewart ni ! Tapi kan mak, kenapa dia bertudung?"bisik seorang remaja perempuan kepada maknya.
"Manalah mak tahu, mungkin dia nak menghormati orang islam kut. Sebab tu la dia pakai tudung ! Baguslah kalau dia masuk islam, bertambah lagi seorang muslim dalam islam. Alhamdulillah............"kata mak cik yang mungkin sudah berusia 40an.
'Oi, aku dengarlah apa yang korang cakap ! Tolong lah, jemu aku dengar ayat, 'Eh, dia tu Kristen Stewart ke?' Kalau itulah apa yang korang anggap. Ternyata korang salah sama sekali sebab, aku ni..... BUKAN KRISTEN STEWART !!!' bentakku di dalam hati. Huh, Panas !
"Ehem, akak ! Saya nak autograf, boleh?"tiba-tiba remaja perempuan itu menghulurkan sebatang pen dan buku nota kepadaku. Aduh, dah kes parah ni. Baik aku jelaskan sekarang.
"Eh, anakku sayang... Kristen Stewart ni kan orang putih. Kita kena la cakap orang putih dengan dia,"pesan si ibu kepada anak. Si ibu sempat tersengih ke arahku. Aku pula sudah menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Mak cik, adik.. Akak ni bukan Kristen Stewart lah. Tolong jangan salah faham. Baiklah, saya pergi dulu..."usai berkata-kata, aku bingkas bangun ingin turun daripada bas rapid yang sesak itu.
Ketika aku menghampiri pintu keluar, kakiku tersadung salah seorang penumpang.
"Ops, sorry ! Saya tak sengaja !"pintaku sopan kepada pemuda itu.
Pemuda itu menoleh memandang ke arahku. Aku lihat, mata dia sudah bersinar. Ah, sudah ! Dia pun minat Kristen Stewart ke?
"Kristen Stewart?! Awak Kristen Stewart ke?! Oh Tuhan, katakan ini mimpi indah aku !" kata lelaki itu ceria. Aku pula sudah memicit perlahan dahiku.
"Encik......"kata-kataku terhenti apabila lelaki itu memegang tanganku. Eh, apa main pegang-pegang ni? Aku debik karang !
"Sorry, tercakap bahasa melayu pula dengan awak. Tentu awak tak faham, kan? Eh, mestilah awak tak faham. Ehem, ehem.." lelaki itu berdehem sekejap sebelum meneruskan kata-katanya.
"Dear Kristen Stewart ! I'm in love with you. I'm your fanatic fans ! Please, I want you autograf ! I start to adore you when you acting in Twilight ! You really look lovely in that film. Please, Kristen Stewart ! Please, please, please............."lelaki itu melutut di depanku.
Aku pula sudah berasa serba salah. Tiba-tiba aku terasa tanganku dicium. Dicium? What?! Cium?!!
Dush !
Satu tumbukan tepat mengena muka lelaki yang kacak tapi tak tahu malu itu ! Lelaki itu terlopong. Dia memegang hidungnya. Dia sudah jatuh seperti cempedak busuk selepas ditumbuk olehku. Eh, silap ! Nangka busuk. Hehehe..
"Untuk pengetahuan awak, saya bukan Kristen Stewart ! Saya penduduk sah di Malaysia ni ! Nama saya, Qazrina Emily bt. Zul Quzairy. Bukan Kristen Stewart !"kataku gagah sambil bercekak pinggang. Gagah? Huh, gagah la sangat !
Lelaki itu pula memandang aku tanpa kata. Dia masih lagi memegang hidungnya. Kuat sangat ke aku tumbuk? Ah, aku kisah apa ! Yang dia pergi menggatal pegang tangan aku tu buat apa? Kan sudah kena debik sekali.
Usai menekan butang untuk memberhentikan bas rapid, bas rapid pun berhenti. Aku cepat-cepat keluar dari situ. Arrgghh ! Kenapa semua ni asyik berlaku saja? Harap esok lebih baik. Aku bukan Kristen Stewart. Aku adalah aku. Titik !
*********
"QAZRINA Emily bt. Zul Quzairy..........!!!!!"pekikan dari tingkat bawah rumahku ternyata berhasil mengejutkan aku sehingga aku terjatuh dari katil.
"Aiseh... Sakit buntut aku. Siapa pula yang menjerit pada pagi yang indah nan permai ni?" rungutku sambil bangun perlahan-lahan. Aku menggosok malas mataku sambil menuju ke katil. Kemudian, aku sambung la beradu balik. Hehehe...
"Qazrina....!!!!!!!! Wake up !!"pintu bilikku dihempas kuat membuatkan aku sekali lagi terjatuh. Tetapi, kali ini lebih teruk kerana aku jatuh tertonggek.
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. Kelihatan Cik Rabbit yang berwarna pink berada tepat di depanku.
"Eh, Cik Rabbit ! Apa yang awak buat di sini? Awak kan kepunyaan Mummy saya?"bebelku kepada Cik Rabbit. Isy, apa aku buat ni? Cik Rabbit mana boleh cakap ! Tiba-tiba aku rasa telingaku dipulas.
"My Dear Qazrina.. Please, wake up now ! You're not a kid anymore ! Your age now is 24 years old... Wake up !!"bebel Mummy ke arahku.
"Ouch, sakit la, Mummy. Lepaslah, kesian dekat telinga Qazrina yang comel ni. Sudah merah dipulas Mummy,"kataku sambil mencebik bibir. Ternyata, teknik aku berhasil. Mummy melepaskan telingaku. Seketika, aku terdengar Mummy mengeluh.
"Qazrina, go wash your face. Daddy want to see you,"pesan Mummy ke arahku.
"Okay, Mummy. Give me 5 minutes. I will go down later,"balasku lalu mencium pipi Mummy kesayanganku !
Mummy hanya tersenyum melihat telatahku. "Cepat sikit, ya? Daddy tidak suka menunggu,"pesan Mummy lagi.
Aku hanya mengangguk tanda faham.
********
"Hai, Jenice ! Why you look sad?"tanya Daddy a.k.a Encik Zul Quzairy.
"Anak kita tu, abang. Such a child ! Baru dipulas sedikit telinganya, sudah mahu menangis. Ini awak punya pasal la ni ! Manjakan sangat dia tu,"kata Mummy a.k.a Puan Jenice Maya. Puan Jenice mencebir bibirnya.
Encik Quzairy pula sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Isy, dua beranak ni. Suka benar merajuk !
"Jenice, Qazrina memang macam tu. Manja sikit. Macam awak la, sayang,"kata Encik Quzairy lalu mencuit hidung isterinya. Dia memeluk bahu isterinya itu. Lama dia merenung wajah Puan Jenice. 'Jenice memang cantik !'desis hati Encik Quzairy. Qazrina lebih banyak mengikut muka Jenice. Sebab itulah Qazrina pun cantik juga ! Yang peliknya, muka Qazrina mirip dengan pelakon drama siri 'TWILIGHT', iaitu Kristen Stewart. Pelik bin Ajaib !
Encik Quzairy masih ingat lagi kali pertama dia berjumpa dengan Puan Jenice. Sewaktu dia pergi melawat negara London atas urusan kerja, dia terserempak dengan Puan Jenice. Pertama kali melihat wajah Puan Jenice, dia terus jatuh cinta pandang pertama ! Mereka pun berkahwin dan Puan Jenice memilih agama islam sebagai agamanya.
"Abang, kenapa tengok saya macam tu? Kalau ye pun saya cantik, tidak perlu ditenung sebegitu. I'm shy !!"kata Puan Jenice sambil tersipu-sipu malu.
"Awak kan........"
"Daddy, Mummy...!!!!"pekikan Qazrina membuatkan Encik Quzairy tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Ooo.. Daddy and Mummy menggatal ya di sini? Sorry, Qazrina tak patut menganggu !" gurauku kepada mereka. Habis merah muka Mummy akibat gurauanku.
"Kalau sudah tahu Mummy and Daddy tengah menggatal di sini, yang kamu kacau tu kenapa?"balas Encik Quzairy berserta gelak tawa. Puan Jenice pula mencubit manja pinggang Encik Quzairy. Aku yang melihat, hanya ketawa.
"Yalah, Qazrina kan suka kacau line orang? Ni, Mummy cakap, Daddy ada sesuatu nak beritahu Qazrina? Apa dia?"soalku terus kepada Daddy, tidak mahu tangguh-tangguh.
"Okay. Daddy cuma nak cakap, lusa kamu harus bekerja di Syarikat Daddy. No excuse anymore !"tegas arahan Daddy.
'Ala, nanti aku lari la. Kan senang? Hahaha...'bisik jahat hatiku.
"Lagi satu, jangan harap kamu boleh lari. Kalau kamu lari lagi kali ni, Daddy potong kad kredit kamu. Dan, jangan harap kamu boleh pulang semula ke rumah ni !"kata Daddy lagi.
'Aiseh.. Garangnya Daddy ni. Yalah, dulu Daddy ada juga memberi arahan sebegini. Namun, aku melarikan diri. Punyalah mengamuk Daddy ! Hahaha.. Ampun, takkan buat lagi..'hati ku bercanda.
"Baiklah, Daddy. As you wish ! Lusa, Qazrina akan start kerja. Okaylah, Qazrina nak keluar ni dengan kawan. Mummy and Daddy nak pesan apa-apa tak?"soalku tersengih.
"Mummy tak mahu pesan apa-apa. Cuma, jaga diri baik-baik. Ingat sikit, kamu tu anak dara. Jangan menggedik sana sini !"nasihat Mummy membuatkan aku mencebir bibir.
"Daddy ! Tengok Mummy ni. Kata Qazrina gedik,"adu ku seperti anak kecil. Aku menghentakkan kaki ku ke lantai.
"Daddy memang sudah lama tengok Mummy kamu ni. Cantik tak terkira ! Hahahahaha !! "kata Daddy ketawa terbahak-bahak.
Aku apa lagi. Muncung la bibir aku seperti itik. Tindakan aku itu spontan membuatkan Mummy menarik mulutku.
"Abang, tengok anak kamu ni. Asyik nak merajuk saja gamaknya,"bebel Mummy.
"Anak saya, anak kamu juga....."balas Daddy tersenyum meleret.
Aku hanya tersenyum melihat telatah suami isteri ni. Aaahh... Kalau boleh, aku pun mahu perkahwinan yang bahagia seperti ini. Amin.. Semoga Allah memakbulkan doaku.
*********
"Lucy, Melly ! Which one is better?"soalku kepada dua sahabat baikku.
"I think the Yellow one.."balas Lucy.
"Nop, I think the Brown one is nice for you !"balas Melly.
Aku hanya menggangkat kedua belah bahuku.
"Let me try first. Nanti korang berdua komen lah yang mana sesuai untuk aku,"kataku lalu memasuki bilik persalinan yang disediakan.
Aku mencuba pakaian yang berwarna kuning. Ternyata, pakaian itu tidak menepati citarasaku. Lantas, aku mencuba pula baju berwarna coklat. Hmm, rasanya, baju ini sesuai untukku. Aku suka baju ini kerana terdapat labuci berwarna pink cair di sekitar pergelangan tangan.
Baju ini berlengan panjang, jadi sesuai lah untuk aku yang bertudung. Di akhir baju ini, terdapat renda berwarna hitam membuatkan baju ini kelihatan comel. Rasanya, ini lah pilihanku. Aku keluar daripada bilik persalinan itu.
Aku mencari kelibat Lucy dan Melly. Tiba-tiba aku terlihat beg Lucy berada di depan sebuah pintu. Mungkin Lucy juga sedang mencuba pakaian.
'TOK ! TOK !'
Aku mengetuk pintu bilik persalinan itu. Namun, tiada jawapan. Mungkin Lucy tidak mendengar.
'TOK ! TOK ! TOK !'
Aku mengetuk lagi pintu bilik persalinan itu. Namun, hampa. Masih lagi tiada jawapan. Isy, yang ni yang buat aku berang ni.
'TOK ! TOK ! TOK ! TOK ! TOK ! TOK ! TOK ! TOK !'
Haaa... Ambil kau ! Aku ketuk baik-baik, tak nak jawab. Kan dah kena. Tiba-tiba bilik persalinan pintu itu terbuka. Aku sudah bercekak pinggang, bersedia untuk berleter terhadap Lucy.
"LUCYYYYY......Err.."aku terkedu. Aiseh.. Ini bukan Lucy ni. Badan serupa gorilla, punya lah besar. Tak kanlah Lucy bina badan pula? Isy, merepek lagi aku ni !
"Hurmm, sorry encik. Saya ingat kawan saya yang ada dalam ni sebab handbag dia ada kat depan bilik persalinan ni. Err.. Again, sorry !"usai berkata-kata, aku melangkah pergi. Huhuhu.. Malunya ! Mummyy !! Tolong Qazrina !!
"Eh, awak ni, Miss Qazrina Emily bt. Zul Quzairy, kan??"tiba-tiba lelaki itu menegurku.
"Hah? Hurmm.. Yup.. Err, sorry. Saya kenal encik ke?"soalku pelik. Mana mungkin aku kenal lelaki ini.
"Isy, sekejap betul Kristen Stewart melupakan saya. Miss Kristen Stewart, adakah awak sudah lupa, yang dulu awak ada tumbuk saya?"soal lelaki itu sinis.
Eh, jap. Tumbuk? Kristen Stewart? Oh ya, now I remember. Lelaki ni lah yang cium tangan aku hari tu. Aku apa lagi, tumbuk la muka dia. Siapa suruh dia gatal sangat? Serve you right !
"Well, well, well.. Nampaknya kita berjumpa lagi. Jadi, kenapa? Awak tak puas hati saya tumbuk awak? Nak saya ganti rugi? Berapa? lima ribu? Sepuluh ribu? Just said it ! Saya boleh beri !" jawabku angkuh. Aduyaii... Kenapa perangai aku teruk sangat ni?
"Cik Qazrina Emily, awak ingat saya ni kebulur sangat ke nak duit? Awak ingat saya ni miskin ke? Awak tahu tak Syarikat QJ Holdings? Haa.. Di situ lah saya bekerja. Untuk pengetahuan awak, Syarikat tu adalah di antara syarikat yang terkaya di Malaysia. Lagipun, saya akan naik pangkat hujung bulan ni. Jadi, awak still lagi ingat saya nak duit awak? Isy, ingat saya ni miskin ke, cik adik oii..."perli lelaki itu.
Eh, wait a minute ! Lelaki tu cakap, Syarikat QJ Holdings?? What the?! Kecilnya dunia ! Itu syarikat daddy. Haha.. Boleh lah aku kenakan dia cukup-cukup nanti.
"Encik... Sorry, what's your name?"soalku, lupa pula mahu menanya akan namanya.
"Izham Fitri bin Haji Hashim,"katanya bangga. Haii, orang tanya nama pun dah bangga?
"Oh, ya ! Encik Izham, for your information, saya kenal CEO syarikat itu. Malahan, saya amat rapat dengan CEO syarikat awak bekerja..."kataku angkuh.
"Oh, ya? You think I will believe what you said? Sorry to say, but no ! I will not believe at all dengan apa yang awak cakap. Hei, ingat senang ke nak tipu saya? Saya ni pandai, tahu?" Izham memuji dirinya sendiri. Aduyai.. perasan gila mamat ni.
"It is to you to believe it or not. Hurmm, see you the day after tomorrow !!"kataku seolah-olah memberi amaran. Usai berkata, aku cepat-cepat melangkah pergi.
"Lagi lama aku kat situ, lagi panas !"gumamku sendirian. Tiba-tiba aku rasa bahuku ditepuk. Ternyata Lucy dan Melly tercengat di belakangku.
"Eh, Lucy and Melly ! Mana korang pergi?"soalku geram. Mereka hanya tersengih mendengar pertanyaanku.
"Heheh.. Tadi, kami nampak mamat hensem. Kami ikut dia sampai tak sedar kami dah tinggal kau. Sorry ya?"pasangan kembar itu masih lagi tersengih.
"Hurmm, yela. Tapi, korang kena belanja aku sebagai hukuman ! Jom, belanja aku makan secret recipe. Lama dah aku tak makan kek di situ. Aku nak makan cheese cake ! Jom !" kataku lalu menarik lengan mereka berdua.
"Eh, jap. Qaz, kau tak nak bayar dulu ke? Kalau ye pun kau nak kena tuduh sebagai pencuri, jangan la libatkan kita orang..."kata Melly sambil tersengih.
"Eh, aku lupa lah nak bayar baju ni ! However, Melly is right ! The brown one is nice to me...Thanks, Melly !"kataku lalu pergi membua pembayaran, meninggalkan pasangan kembar itu buat sementara.
"Tengok, Qaz puji aku. Hahaha.."Melly tersengih bangga.
"What ever.."Lucy menjulingkan matanya.
**********
"Baiklah semua, today I want to introduce you all to my only beloved daughter, Qazrina Emily ! Dia akan bekerja di sini mulai hari ini. Qazrina, berjinak-jinaklah ye dengan syarikat ni. Oh ya ! Qazrina akan bekerja sebagai Akauntan syarikat buat masa ini. Dia akan menggantikan Kak Syaripah, iaitu bekas Akauntan syarikat kita dulu..."kata Daddy atau panggilan formalnya, Tan Sri.
Aku pula hanya tersenyum manis, sekadar menyeimbangkan perasaan gemuruh yang bertakhta di hati ku kini. Hurmm, besar juga syarikat daddy ni. Bilik mesyuarat tampak sungguh mewah dengan hiasan gaya barat. Seketika, aku berasa kagum.
"Hello, Miss Qazrina ! Are you still with us?" tiba-tiba aku disapa Daddy. Aku hanya tersenyum sumbing, cuba men'cover' la katakan. Hahaha..
"Okay, just that I want to inform. Kamu semua boleh bersurai. Lagi satu, berbaik-baik lah dengan anak saya tu ya. Bagi yang lelaki, jangan kamu nak tackle pula anak saya,"sempat Daddy bergurau menyebabkan bilik mesyuarat itu dipenuhi dengan ketawa.
"Then, bersurai !"arah Daddy. Selepas itu, bilik mesyuarat sudah semakin lenggang. Ramai yang sudah menyambung tugas masing-masing. Aku pula masih duduk lagi di bilik mesyuarat itu. Otak aku sedang memikirkan sesuatu. Mana perginya lelaki tu?
"Qazrina, kamu boleh jumpa Anna. Dia akan mengajar basic tentang kerja kamu," Daddy berpesan.
"Oh, okay ! Daddy, di sini ada tak pekerja yang nama Izham??"soalku terus.
"Hurmm, di sini ada dua Izham. Satu Muhd Izham Haikal dan, satu lagi...."
"Izham Fitri !!" sambungku pantas. Nyata, jawapanku membuat Daddy curiga.
"Mana Qazrina kenal lelaki tu?" ah, sudah agak soalan itu yang akan ditanya Daddy.
"Err.... Qazrina kenal dia...."aku menggigit bibirku. Nak bagi tahu ke tak nak?
"Tan Sri..!!!!!!!!!!!!!" jerit seseorang di pintu bilik mesyuarat. Lelaki itu termengah-mengah. Eh, Izham ! Yes, dah jumpa sasaran aku !
"Kamu rupanya Izham. Kenapa kamu termengah-mengah ni? Kena kejar dek Kak Limah ke?"soal Daddy lagi. Daddy nampaknya sudah terlupa akan soalannya tadi. Fuhh, nasib baik..
"Tan Sri, sorry sebab tak dapat join mesyuarat tadi. Saya terlewat sedikit hari ni, ada urusan peribadi ! Harap Tan Sri tak marah !" Izham menyusun sepuluh jari terhadap Daddy. Daddy pula hanya ketawa berdekah-dekah.
"Mana ada saya marah. Ni, saya mahu kenalkan kamu dengan satu-satunya anak kesayangan saya, Qazrina Emily..." Daddy memperkenalkan diriku. Wajahnya masih lagi  dihiasi dengan senyuman.
Aku pula hanya tersenyum sinis melihat Izham. Izham hanya tergamam, tidak berkata apa-apa.
"Nice to meet you, Encik Izham Fitri..."ujarku, masih lagi menghadiahkan Izham senyuman sinis.
"Err.. Nice to meet you too,"balas Izham teragak-agak. Peluh mula membasahi wajahnya. Tidak tahulah kerana gelisah melihat diriku atau terlalu penat berlari. Tetapi, rasanya ianya menunjukkan ke arah diriku.
"Hei, Izham. Kenapa kamu berpeluh-peluh. Aircond saya tak cukup sejuk ke?"soal Daddy. Tiba-tiba aku melihat Daddy tersenyum penuh makna ke arahku. Erk?! Gerunnya Daddy senyum macam tu !
"Daddy, why are you smilling like that? You scared me, you know?" kataku sambil ketawa kecil. Daddy pula berterusan senyum dengan senyuman mengerikan itu.
"Kamu mesti ingat Daddy dah lupa kan soalan Daddy tadi kan? Again, I ask you. How did you know Izham Fitri?"Daddy tersenyum sambil melangkah ke arahku.
"Err.. Haha..Haha.. Daddy, Qazrina pergi dulu yaa..." aku sudah 'gawat' ! Aiseh, nak jawab apa ni?!
"Jangan ingat kamu boleh lari ! Dodol, guard the door !"arah Daddy kepada bodyguardnya. Dodol pun buat seperti yang diarah.
Aku pula kelam-kabut mencari jalan keluar. Seketika, aku terlihat Izham berdiri terpacak di suatu sudut. Tanpa berfikir apa-apa, aku terus meluru ke arahnya. Aku menyorok di belakangnya.
"Wei, cover la sikit aku ! Jangan la buat selamba je. Daddy tengah menjadi gerun tu,"kataku sambil tersengguk-sengguk melihat ke arah Daddy. Uiishh !! Aura gelap menyelubungi Daddy !
"Erk, woi.. Kau kenapa?"soalnya kasar.
"Aku kenapa? Tu, cuba tengok di sana tu,"kataku sambil mulutku muncung menunjuk ke arah Daddy.
"Uiisshh, kenapa aku nampak Daddy kau mempunyai aura yang menakutkan?!" kata Izham. Seketika, dia berpeluh lagi.
"Mana aku tahu ! Kau tanya aku buat apa? Kau ingat aku ni ada kuasa psikik ke?" kataku geram.
"Aku tak cakap pun kau ada kuasa psikik.."balas Izham selamba.
"Memanglah kau tak cakap......."kataku lalu spontan mencubit lengannya.
"Wei, kenapa kau cubit aku?!" Izham lalu menarik hujung tudungku.
"Kenapa kau tarik tudung aku?!" giliran aku pula menyoal. Aku mendengus geram.
"Dah kau cubit aku ! Kau ingat aku ni manusia yang tak ada perasaan sakit ke? Sakit tahu kau cubit !" kali ini Izham sudah mencekak pinggang. Dia merenung tajam anak mataku.
"Memanglah aku cubit kau sakit ! Eleh, baru cubit sikit, dah nak menangis. Blah la.." kataku sambil menjulingkan mataku ke atas.
"Hei, bila masa aku menangis?! Kau nampak ke air mata aku? Tak ada, kan?!" Izham membalas sambil menjegilkan matanya.
"What ever...." balasku lalu memusingkan tubuhku sambil berpeluk tubuh.
"Ehem, ehem..." Daddy berdehem menyebabkan kami serentak berpaling.
"Seronok gaduh-gaduh manja?"soal Daddy riang.
"Daddy ! Bila masa pula Qazrina gaduh-gaduh manja dengan dia pulak ni?!" protesku geram. Apa la Daddy ni ! Nak tuduh aku gaduh-gaduh manja pun tuduh la aku dengan lelaki yang lebih hensem. Hummpphh !
"Yela.. Kamu tak gaduh-gaduh manja. Kamu gaduh-gaduh sayang..."kata Daddy lalu tersenyum meleret.
"Daddy !!!" bentakku. "Ya, Qazrina??"soal Daddy, masih lagi dengan sengihannya.
"Uurrgghhh !!" dengusku geram lalu berlalu menuju ke pintu, meninggalkan Izham dan Daddy.
"Hei, Dodol ! Blah ! Saya nak keluar ni,"kataku sambil mencebik.
"Err..." Dodol kelihatan teragak-agak.
"Baik kamu ke tepi, kalau tidak, saya tak akan bagi kamu makan lagi !" ugutku sambil menunding jari ke arah Dodol.
"Baik, Cik muda...." Dodol mematuhi arahanku. Dan aku, keluar dengan hati yang penuh dengan 'kepanasan'.
**************************
"Mummy, I'm home !"jeritku riang lalu memeluk Mummy.
"Bucuknya anak Mummy ni...."kata Mummy sambil menolak-nolak tubuhku.
"Oooo... Busuknya? Nah, Qazrina bagi lagi Mummy bau. Jarang tau dapat peluang ni !" kataku sambil merapati Mummy.
"Eeiii.. Kalau dapat peluang tu pun, Mummy tak nak ! Sudahlah, go take your bath !!" Mummy sudah bercekak pinggang.
"Erk.. Roger, Madam !"kataku lalu mencicit pergi ke bilikku.
Setelah membersihkan badan, aku segera turun ke tingkat bawah. Aku mengelap rambutku yang basah dengan menggunakan kain tuala.
"Mummy, jom kita........."kata-kataku terhenti apabila melihat kelibat seorang lelaki.
'Gulp!'
Aku menelan kesat air liurku. Aduh, kenapa lelaki ini? Whooshh ! Sepantas kilat aku memasuki bilikku kembali.
"Tidak !!! Lelaki tu sudah nampak rambut aku. Nooooo..!!!"Qazrina menjerit sepenuh hatinya.
***************************
SEMENTARA ITU..
"Astaghfirullahalazim... Abang, kenapa dengan anak kita tu? Jerit kuat betul. Buat malu saja dengan tetamu,"kata Puan Jenice sambil mencubit pinggang Encik Quzairy.
"Manalah saya tahu. Kamu tanya saya buat apa?" jawab Encik Quzairy.
"Isy, abang ni ! Semuanya tak tahu. Itu tak tahu, ini tak tahu.."Puan Jenice sudah berleter geram.
"Allah sahaja Yang Maha Mengetahui..."balas Encik Quzairy sambil tersengih.
"Eeii.. Abang ni kan..." Puan Jenice sudah mula bercekak pinggang.
"Ehem..Tan Sri, hurmm... Maaf menganggu. Tapi, saya rasa saya perlu balik sekarang,"kata Izham berpeluh-peluh.
"Eh, kenapa pulak?"soal Encik Quzairy sambil menjongketkan keningnya.
"Err.. Haa ! Adik saya call suruh balik...."jawab Izham yakin.
"Bukankah kamu tidak ada adik?"lagi sekali Encik Quzairy bertanya pelik.
"Err.. Aaa.. Eh, saya ada adik, Tan Sri saja tak tahu,"Izham sudah merah mukanya.
'Bodoh betul kau ni ! Nak menipu pun, biar la logik ! Kan dah susah sekarang ni!' marah Izham dalam hati.
"Oh, yeke.. Kalau macam tu, kamu pergilah balik sekarang.."Encik Quzairy lambat laun mengizinkan Izham pergi. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu Izham pergi kerana dia mahu membincangkan tentang sesuatu.
***************************
"Qazrina, wake up !!" jerit Mummy lantang.
"Tak mahu,"balasku sambil mencebir manja.
"Isy, kamu ni.. Sudah la semalam tidak layan guest kita dengan elok. Apa la nak jadi dengan kamu ni, Qazrina?" Mummy melepaskan keluhan.
Seketika, aku terpaku. Terimbau kembali peristiwa semalam. Izham dah nampak rambut aku. Waaa...
"Wuwuwu... Mummy, I don't want to go to work..." aku menggosok mataku yang sudah hampir mengalir air mata.
"Eh, Qazrina?! What's wrong?" Mummy kulihat sudah mula panik melihat keadaanku yang hampir menangis.
"Huu.. Semalam kan, Izham.. Izham dah nampak.. nampak rambut Qazrina..." adu ku persis seperti anak kecil.
"Laa.. Ingatkan apa lah tadi.."Mummy kembali lega setelah mendengar aduanku. Apa ni?! Takkanlah yang tu saja respon Mummy? Patutnya, Mummy harus cakap, 'Oh, yeke? Alo.. Kesiannya anak Mummy ni..' Tak pun, Mummy cakap macam ni, 'What?! Mari sini, ikut Mummy pergi belasah orang tu..'
"Mummy.. Kenapa Mummy okey saja ni? Mummy tahu tak, dia sudah nampak aurat yang Qazrina jaga selama ni..!!" bentakku geram.
"Ada sebab kenapa Mummy okey. Mari, kita turun. Daddy nak bincang something," Mummy menarik lembut tanganku. Aku hanya menurut dalam diam.
Setibanya aku dan Mummy di tingkat bawah, Daddy aku lihat sedang duduk di gazebo yang terletak di luar rumah. Kami menghampiri Daddy yang sedang leka membaca surat khabar. Eh, wait a minute ! Kenapa Daddy baca surat khabar terbalik?
"Daddy, is there something wrong with your head?" soalku jujur.
"Huh? Kenapa kamu cakap begitu?" soalan Daddy ku jawab dengan memuncungkan mulutku ke arah surat khabar.
Daddy pun melihat ke arah yang ku tunjuk. Seketika, Daddy kelam kabut membetulkan surat khabar  yang dibaca terbalik.
"Abang, tidak perlulah pura-pura lagi. Saya tahu, abang skodeng saya dengan Qazrina tadi, kan?"soal Mama sambil bercekak pinggang.
Daddy pula hanya mendiamkan diri.
'Adus.. Macam mana boleh kantoi ni?'gumam hati Daddy.
"Ehem, mana ada. Jangan nak tuduh bukan-bukan. Ni, Qazrina.. Daddy mahu jumpa kamu bersebab.." Daddy menghentikan percakapannya sebentar.
"Daddy nak kamu kahwin dengan Izham..."
'Bukk !'
"Eh, bunyi apa tu?" Encik Quzairy bertanya pelik.
'Takkan lah ada orang kentut kut?' detik hati Encik Quzairy.
"Abang, Qazrina pengsan !" jerit Puan Jenice panik. Dia menepuk perlahan pipi Qazrina. Encik Quzairy pula hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Abang, tolong la saya ! Jangan tengok je,"getus Puan Jenice.
"Huh? Baiklah, baiklah..." lambat-laun Encik Quzairy turut serta menolong Qazrina.
******************************
"Cantiknya anak Mummy ni... Macam cinderella. Tapi, cinderella yang tak senyum.." kata Mummy sambil mengusap kepalaku.
"Kalau Mummy nak Qazrina senyum, please.. Batalkan perkahwinan ni. Qazrina tak mahu kahwin !"aku memberontak.
"Qazrina, dengar apa yang Mummy nak cakap ni. Percintaan selepas kahwin lebih bahagia, sayang.. Allah lebih suka cara begini.."pujuk Mummy sambil tersenyum manis ke arahku.
Aku hanya mendiamkan diri. Memang aku tak mahu kahwin. Sudah banyak kali aku cuba melarikan diri, namun asyik kantoi je.. Lama-lama, aku pun dah give up ! Haish, redha sajalah..
"Pengantin perempuan boleh keluar sekarang.."tiba-tiba seseorang memberikan arahan di muka pintu bilikku.
Aku pula sudah menggelabah tidak tentu pasal. Apa yang patut aku buat? Apa?! Apa?!!!
"Baik, sekejap ye.. Qazrina, jom pergi.."kata Mummy lalu melihat ke arahku.
"Astaghfirullahalazim.. Pengsan lagi budak ni !!" kata Puan Jenice lalu menepuk dahinya perlahan.
******************************
Aku duduk diam dan terpaku di birai katil. Lelaki itu pula sedang bermundar-mandir. Apa yang dia panik sangat? Patutnya aku lah yang panik.
"Wei, sekarang ni.. Apa patut kita buat?" kataku ke arahnya. Kata-kataku statik membuatkan dia terdiam. Dia berpusing ke arahku. Mukanya sudah merah padam.
"Bu..Bu..Buat apa?"dia mengulang soalanku. "Nak bu..bu..buat apa?"soalnya kepadaku kembali.
"Aku tak tahu pula yang kau ni gagap. Kesian aku, dapat suami gini.."kataku sambil memandang jelik ke arahnya.
"Hei, apa kau cakap?! Aku tak gagap la !"bidasnya pantas.
"Boleh pun kau bercakap... Ingatkan suami aku ni gagap..."aku mengaku tanpa sedar.
"Suami?! Su..suu.."
"Su..suu ! Kau nak minum susu ke?"balasku geram. Sudah datang balik penyakit gagap dia tu.
"Bukanlah ! Jadi, apa yang patut kita buat sekarang ni? Adakah kita patut buat seperti suami isteri yang lain?"soalnya kepadaku. Mukanya kembali merah.
"Buat apa? Apa yang kau maksudkan dengan seperti suami isteri yang lain?"tanyaku pula. Eh, sekejap ! Adakah dia maksudkan.. Apakah?!
"Kalau kau berani, buatlah !"cabarku. Erk, beraninya aku. Apa yang aku cakap ni? Tidak !! Aku dah menyesal dengan apa yang aku cakap ! Aku tak mahu hilang dara !! Aku belum bersedia lagi !!! Noo...!!
Izham pula sudah memandang aku dengan senyuman meleret.
"Wei, sekejap ! Aku main-main saja tadi. Tak perlulah kau senyum begitu. Takut aku,"kataku sambil tersengih.
"Terlajak perahu, boleh diundur.. Terlajak kata.... Hehehe.."Izham mula mendekati aku. Dia masih lagi tersenyum.
"Jangan mara ! Kalau tidak, anda cedera !!"ugutku sambil mengambil bantal di katil. Aku sudah bersedia mahu membaling bantal itu kepada Izham.
"Abang rela dicederakan oleh kamu, sayang..."Izham sudah menghampiri katil manakala aku pula naik ke atas katil.
"Ya Allah, kenapa dia bertukar menjadi miang ni? Euww.. Geli aku !"kataku sambil menggeliat kegelian.
"Sayang nak geli apa? Sayang yang suruh abang buat tadi, kan? Abang nak buatlah ni !" Izham berasa seronok mengenakan aku.
"Euuww.. Jangan dekat ! Please, please, please...."rayuku.
"Kahkahkah ! Kelakar lah kau ni. Tahu takut.."kata Izham sambil menahan ketawa.
Aku mencebik.
"Mestilah aku takut ! Muka kau macam perogol bersiri !"kutukku geram.
Izham pula masih ketawa. Tiba-tiba dia memandangku.
"Qazrina, sini sekejap.."Izham memanggilku.
"Huh? Ada apa?"balasku lalu bangkit menuju ke arah Izham yang duduk di atas permaidani.
"Aku nak bisik something kat kau.." Izham berkata perlahan.
Aku pun menadahkan telingaku padanya.
"Mulai sekarang, jangan ber'aku-kau' lagi ye. Abang nak sayang guna 'abang-sayang' pula.."bisik Izham membuatkan aku ingin berkata tetapi Izham lebih pantas mencium pipiku.
"Kau buat apa ni?!"tanyaku geram. Aku mencubit bahunya geram. Izham pula membeliakkan matanya.
"Kau-aku lagi? Sayang ni memang nak kena dengan abang ni.."Izham tersenyum meleret. Aku pula berundur setapak.
"Izham.. Aku rasa.. Oopss ! Sa..Sayang rasa, A..Abang ni sakit jiwa laa.. Mummmmyyyy...!!!!!!!!!"jeritku tatkala Izham meraih pinggangku.
"Good. That's better. Apapun, sudah terlambat la, sayang..."bisik Izham penuh romantik.
Dan... CINTA pun berputik...
**********************TAMAT************************