Sunday 26 August 2012

Akhirnya Nanti (TEASER)

-TEASER-



"Maya, baik kau buat sebelum terlambat !" kata Aizah dalam suara yang meninggi.
"Tak nak !" pangkah Maya.
"Buat !" balas Aizah.
"No !" Maya memeluk tubuh.
"Buat...!!" Aizah menggocangkan tubuh Maya berkali-kali.
"Tak nak..!" jawab Maya.
"Aku kata, Buat ! Buat !" Aizah menjegilkan matanya.
"Buat apa?" tiba-tiba satu suara menyampuk.
"Sibuklah kau, Naz. Blah, kau tak diperlukan di sini !" kata Aizah kasar.
"Isy, Aizah ! Kau ni kenapa? Janganlah kasar sangat dengan Naz," Maya menegur Aizah. Aizah pula membuat muka 'Tak mau layan'.
"Haha, tak apalah Maya. Aku tak kisah pun. Nah, Maya. Buku kau. Terima kasih," Naz berkata sambil tersenyum. Matanya sempat melirik melihat Aizah. Tindakannya itu disedari Maya. Mungkinkah?
'Isy, Tak mungkinlah..' desis hati Maya. Dia menggeleng perlahan.
"Mak Cik, kenapa kau geleng-geleng ni? Dah tak betul ke?" Aizah mengetuk kepala Maya.
"Wei, kepala jangan main ya.." Maya mengusap perlahan kepalanya.
"Betul tu !" Naz tiba-tiba menyampuk.
Aizah hanya mencebir bibir.
"Baguslah, sehati sekepala. Bercintalah korang !" kata Aizah geram lalu memeluk tubuhnya.
"Aizah !" Maya berdiri sambil mengenggam penumbuknya.
Aizah hanya tersengih sambil membuat tanda 'peace'. Naz berdiam diri. Dia memerhati dua sahabat itu.
'Kringgg !!'
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aizah sudah tersenyum meleret sehingga ke telinga.
"Aizah, bukan sekarang..." kata Maya sambil kakinya berundur setapak.
"Ala, hari ni Mak Cik Sharepah buat Tart Nanas. Sedap ! Cepatlah, nanti habis !" Aizah bersemangat waja.
Maya mengeluh. Lambat-lambat dia memandang Naz.
"Naz, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum..." Maya meminta diri.
"Eh, boleh tak aku ikut kau orang berdua?" soal Naz ceria.
Maya menjongket kening sebelah kirinya.
'Naz, adakah kau suka.... Aizah? Isy, Maya ! Tak mungkin. Ini semua kebetulan sahaja,' hati Maya berbisik.
"Okey, aku tak kisah. Aizah?" Maya bertanya kepada Aizah.
"Aku pun tak kisah. Hailah, cepatlah ! Kau lambat, aku tinggal nanti !" kata Aizah sambil menarik-narik tangan Maya.
"Isy, sabarlah sikit !" balas Maya. Dia sempat melirik Naz. Dan, Naz tersenyum sambil memandang Aizah. Hati Maya tidak lagi bernafas tenang. Mungkin benar...

No comments:

Post a Comment