Saturday 16 June 2012

Dengarlah Tangisan Pelangi.. 3

BAB 3
"Thanks, Pelangi. Sebab sudi tolong aku,"ucap Zafrul berserta senyuman manis. Mungkin dia gembira aku sudi menolong dia.
Aku pula hanya diam. Kami sekarang ini berada di suatu restoran. Aku pun tak tahu apa nama restoran ni. Tak nak tahu dan malas nak ambil tahu.
"Pelangi, are you listening?"soal Zafrul lalu memetik jarinya di depan mukaku.
"Hmm.. Saya dengar. Encik ni tak payah la happy sangat. Saya tolong pun sebab terpaksa je,"kataku lancar, langsung tidak memikirkan tentang perasaan Zafrul. Lantaklah, malas aku mahu menjaga hati orang lain lagi. Baik aku jaga hati sendiri.
"Encik perlu tahu, bahawa saya tolong encik sebab tadi tiba-tiba je mak encik bangun. Terkejut saya. Saya memang tiada pilihan waktu tu selain daripada berlakon sebagai kakak. Muka mak encik sewaktu itu terlalu berharap. Saya tak sanggup nak kecewakan dia,"jelasku panjang, agar dia memahami.
"Ya, aku faham. Tapi, Pelangi. Boleh aku tahu sesuatu?"soal Zafrul sambil tangannya ligat mengacau air tembikai susu yang dipesannya.
"Hmm, cakaplah,"balasku.
"Betul ke aku dengan Iman dah ber'pisah'?"soalannya tepat membuat hatiku berhenti berdegup.
"Hmm... Kakak dah minta fasakh. Dah tuntut kat mahkamah dah pun,"kataku lalu memandang wajah Zafrul, menunggu reaksinya. Jelas terpancar riak sedih di wajahnya.
"Hmm.. Tak apalah. Anyway, kau nak balik ni naik apa?"Zafrul menyoal.
"Naik teksi,"balasku jujur.
"Tak payahlah naik teksi. Jom, aku tumpangkan kau memandangkan kau sudi tolong aku hari ni,"pelawa Zafrul lalu bangun menuju ke kaunter pembayaran.
"Tak apa. Saya lagi seronok naik teksi. Lagipun, saya ada kerja sikit lepas ni,"bohongku. Aku mana ada kerja. Sengaja aku berbohong agar aku boleh berehat dengan aman selepas ini.
"Aku tetap nak hantar kau juga,"Zafrul mula menunjukkan kedegilannya.
"Tak apa, tak payah,"pangkasku.
"Nak hantar juga,"degil Zafrul.
"Orang kata tak payah, tak payah la..."balasku sedikit geram
"Aku tak kira, nak hantar kau juga. Tak kiralah kau setuju atau tidak !"ujar Zafrul lalu memaut tanganku. Dia membawa aku ke tempat parkir kereta.
Aku mencebik. Asyik nak paksa orang je dia ni. Nasib baik aku sakit, kalau tidak dah lama aku lari. Eh, tak. Kalau tidak, dah lama aku 'smackdown' dia. Huahuahuahua....
"Silakan masuk..."Zafrul membukakan pintu kereta bahagian penumpang kepadaku. Nak tak nak, aku masuk sajalah. Tak apalah. Jimat duit....
Keadaan di dalam kereta sedikit janggal aku rasakan. Masing-masing mendiamkan diri melayani alunan lagu dari radio.
"Pelangi, aku rasa, macam kenal la kau ni,"ujar Zafrul memecah kebisuan antara kami. Aku tersentak. Apa maksud dia? Adakah dia dapat cam aku?
"Ooohh ! Baru aku teringat, aku pernah jumpa kau waktu aku hantar rombongan meminang. Haa... Betul la tu. Kau tahu tak, waktu aku pergi meminang tu, aku konfius gila. Tak tahu yang mana satu Iman. Nasib baiklah kau cepat-cepat beritahu yang kau ni bukan Iman. Haihh.. Waktu tu memang hari yang bahagia untuk aku,"cerita Zafrul riang.
"Hmm..."balasku pendek. Malas mahu melayan Zafrul.
"Pelangi, nama penuh kau apa, ye?"soal Zafrul sambil matanya fokus terhadap jalan raya.
"Iman Nur Pelangi.."jawabku malas. Aku menongkah daguku.
"Iman Nur Bunga dan Iman Nur Pelangi. Sweet je nama korang. Tapi, aku lebih suka nama Iman Nur Bunga," kata-kata Zafrul membuatkan aku terkedu. Aku menjeling geram ke arah Zafrul.
'Apa-apa sajalah, Si Pemungkir Janji !'kutukku geram di dalam hati.
"Kenapa kau diam ni?"soal Zafrul. Banyak pula celotehnya kali ini. Penat aku melayan.
"Saja,"kataku sambil menjongket bahu.
"Kau boring ke sembang dengan aku?"soal Zafrul lagi.
"Tersangatlah boring,"balasku sengaja untuk menyakitkan hatinya. Hahaha... Jahatnya aku.
"Kalau macam tu, aku diam sajalah,"jawapannya membuatkan aku berasa pelik. Buat pertama kalinya, Zafrul mengalah ! Ada udang di sebalik batu ke ni?
"Bagus lah Encik diam,"balasku lagi. Aku merenung mukanya. Riak wajahnya tenang sahaja. Langsung tidak menunjukkan dia marah.
'Dia silap makan ubat kut hari ni,'fikirku sambil kepalaku terangguk-angguk.
*****************************
Aku kembali bekerja sebagai setiausaha Zafrul. Kini, aku sudah semakin sihat. Cuti memang membuatkan aku berasa sedikit lega. Selera makan aku pun kini sudah semakin bertambah. Alhamdulillah..... Aku bersyukur.
"Pelangi, pelangi... Sila masuk ke pejabat saya sekarang....." kedengaran suara daripada interkom memberikan arahan. "Haish.. Apa lagi manusia tu nak?"rungutku perlahan. Aku segera bangun, tak mahu melengah-lengahkan masa.
Aku mengetuk pintu pejabat Zafrul.
"Masuk !!"laungan dari dalam menyuruh aku masuk. Aku pun memulas tombol pintu.
"Nak apa?"sejurus aku masuk, aku terus bertanya. Tak sopan betul aku ni. 
"Ni, tolong buat proposal ni. Pastikan siap hari ini juga,"ringkas arahan Zafrul.
"Baiklah,"kataku seraya menjongket bahu. "Ada apa-apa lagi?"soalku.
"Oh, ya ! Awak dah sihat?"soal Zafrul sambil merenung aku. Wait a minute, 'awak'? biar betul dia ni.
"Saya dah sihat, tak payah risau. Lagi satu, buat macam dulu sajalah. Tidak perlu sopan-sopan begini. Saya tak biasalah. Aku panggil kau Encik, encik panggillah saya ikut suka hati encik, asalkan bukan panggilan yang buruk-buruk,okay?"cadangku bersahaja.
"Tak okey. Ikut suka hati akulah nak guna 'awak-saya' ke, 'kau-aku' ke, itu hak aku, mulut aku. Kau tak payah sibuk,"balas Zafrul kasar. Itu dia ! Sifat dia yang dahulu sudah mula terserlah !
"Okey, saya tak akan ambil tahu. Mulut Encik, kan?"giliran aku pula membalas.
"Okeylah, tata ! Saya nak pergi sambung kerja saya. Yang ini....,"aku mengambil fail yang berada di atas meja Zafrul.
"....Saya ambil !"sambungku lalu melangkah keluar.
Haish, baru sahaja sihat, sudah kena buat kerja balik. Penat, penat. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Think positive, Pelangi ! Lagi cepat kau siap kerja, lagi cepat kau boleh balik dan berehat !
Aku menghempaskan badanku ke atas kerusi. Bergegar kerusi itu menahan beratku. Haha, mungkin berat aku sudah bertambah?
Kini, mataku terarah kepada skrin komputer dan aku terus memulakan kerja aku. Siap cepat dan balik awal !
*****************************
Aku terbangun apabila terasa seseorang mencuit tubuhku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. Huwaarrgghhh...! Mengantuknya !
"Pelangi, bangun Cik adik oii.. Semua orang dah balik, awak tak nak balik ke?"suara seorang wanita menegurku. Suaranya persis seperti suara Kak Eida. Eh, memang Kak Eida pun !
"Kak Eida, bagilah saya tidur. Mengantuk ni,"kataku lalu menutup kembali kelopak mataku.
"Hei, cik adik manis ! Orang semua sudah balik lah ! Kalau ye pun awak nak tidur, tidur lah kat rumah ! Ini pejabat,"tegas Kak Eida berpesan. Dia sudah bercekak pinggang.
"Hmm, yelah. Nanti Pelangi balik lah. Kak Eida balik la dulu. Pelangi nak kemas barang dulu,"kataku lalu bingkas menyusun atur peralatanku. Eh, sekejap ! Mana proposal yang Zafrul suruh hantar tadi.
"Kak Eida, akak nampak tak proposal yang ada atas meja ni tadi?"soalku kepada Kak Eida.
"Oh, proposal tu Encik Zariel sudah ambil,"balas Kak Eida bersahaja.
Aku menggangguk-angguk kan kepalaku. Okey ! Kerja sudah selesai. Zafrul a.k.a Encik Zariel sudah ambil kertas kerja aku tu. Bolehlah aku balik !
"Eh, Pelangi ! Nak tahu tak? Encik Zariel masih ada lagi di pejabat. Tadi pun, dia yang suruh akak gerakkan Pelangi. Hmm, ambil berat dia tentang Pelangi. Ada apa-apa ke ni?"tanya Kak Eida sambil menjongketkan kening sebelah kanannya. Lagatnya kelihatan lucu.
"Tak ada apa-apalah akak ! Itu cumalah hubungan antara pekerja dan bosnya. Tidak lebih dari itu,"balasku tenang.
"Tapi kan, akak tengok. Kamu berdua sesuai la bersama. Encik Zariel tu hensem, Pelangi pula cun, sesuai sangatlah tu !"kata Kak Eida ceria.
Isy, Kak Eida ni. Sedap hati saja dia nak padankan aku dengat Zafrul tu? Sudahlah, kisah dulu biarkan berlalu. Aku tak mahu terluka lagi. Cukuplah, si Pendusta Cinta !
"Suka hati akak lah. Yang saya tahu, hubungan kami setakat antara pekerja dan bos. Tidak lebih dari itu. Akak, akak baliklah dulu. Nanti kesian pula anak-anak akak. Tunggu akak lama. Saya baik-baik sahaja di sini. Saya boleh balik seorang diri. Saya kan hebat !"kataku seraya membuat gaya ala-ala Sazali, orang yang membina badan tu.
"Hebat la sangat. Hmm, kalau Pelangi dah cakap macam tu, akak balik dululah. Assalamualaikum,"usai memberi salam, Kak Eida langsung pergi. Aku menjawab salam yang diberi di dalam hati.
Aku pula mengemas barang-barang yang berselerak di atas mejaku. Tiba-tiba aku tekakku terasa kering. Aku bingkas pergi ke pantri untuk meminum segelas air.
Haaa, lega sedikit aku rasa setelah minum air. Aku mengurut perlahan tekakku yang diliputi selendang. Tiba-tiba aku terdengar deheman seseorang. Pantas aku menoleh ke belakang.
"Lahh.. Encik rupanya,"hatiku tadi berdegup laju, kini kembali normal.
"Tak balik lagi ke?"soal Zafrul sambil menyeluk tangannya ke saku poket seluarnya.
"Belum,"ringkas jawapanku.
"Kenapa?"soal Zafrul lagi. 
Aku hanya mencebik. Banyak soal pulak dia ni. Oleh sebab malas mahu menjawab pertanyaannya, aku langsung berlalu.
"Tepi sikit,"kataku kasar. Zafrul pun beralih ke tepi.
"Terima kasih,"ucapku.
"Nak pergi mana?"tanya Zafrul. Banyak soalan dia kali ni. Sudah tiga kali dia menyoal diriku.
"Balik,"balasku malas.
"Jom, aku hantar,"kata Zafrul.
"Tak payah,"kataku sambil mengambil beg tanganku.
"Please,"rayunya.
"Tak mahu,"balasku geram.
"Kenapa?"tanya Zafrul lagi.
"I have my own car,"kali ni, nada suaraku meninggi.
"Okay, fine,"kata Zafrul seraya menjongket bahunya.
Aku mendengus lalu pergi meninggalkan dia sendiri.
************************************

"Damn it ! Waktu ni juga kau nak rosak ! Kereta tak guna," dengusku geram sambil menendang-nendang tayar kereta beberapa kali.
"Now, apa aku nak buat? Pembaikki kereta aku dah call. Fine ! Sekarang, bertenang.. Fuhh..."kataku sambil menarik nafas lalu menghembusnya. Aku mengulangi perbuatan itu tiga kali.
Selepas berasa sedikit tenang, aku memboloskan diriku ke dalam kereta. Perlahan-lahan perasaan takut mulai menyemai dalam diriku. Baru aku perasan, sekarang sudah hampir masuk waktu maghrib. Aku mengeluh lagi. Semenjak bertemu dengan Zafrul, masalah datang bertubi-tubi. 
"Fuhh...." aku mengeluh lagi sambil mengurut dahiku.
"Kenapalah aku perlu bertemu dengan dia selepas aku hampir melupakan dia.." aku menghantukkan kepalaku beberapa kali pada stereng kereta.
Tiba-tiba aku terdengar ketukan di tingkap keretaku. Pantas aku menutup mataku. Apa lagi yang akan berlaku ni? Aku tersentak apabila deringan telefon aku berbunyi menandakan sebuah mesej masuk.
'Pelangi, buka tingkap kereta awak. Ini saya.. Jangan takut ! -Zafrul-'
Zafrul? Macam mana dia tahu nombor telefonku? Pantas aku memandang ke tepi. Kelihatan Zafrul menunggu di luar kereta sambil menyeluk saku poketnya. Aku pun perlahan-lahan membuka tingkap keretaku.
"Encik buat apa di sini?"soalku sejurus membuka tingkap kereta.
"Kau pula buat apa di sini?" soalanku dibalas dengan soalan. Aku mendengus geram.
"As you see, kereta saya rosak..."balasku malas.
"Oh, jom ! Tumpang aku. Biar aku hantar kau..."pelawa Zafrul.
"Tak payahlah.."kataku. Tiba-tiba bunyi dentuman dari langit. Aduh, jangan la hujan pula !
"Haa.. Kau dengar tu. Nak hujan. Baik kau tumpang aku.." kata Zafrul lagi. Dia tersenyum kemenangan.
Mataku melilau-lilau melihat keadaan di situ. Sunyinya.. 
"Jom.." balasku lalu mengambil beg tanganku.
**************
Inikah caramu..
Membalas cintaku..
Kau nodai cinta yang ku beri...

Inikah caramu...
Membalas sayangku..
Kau lukai sayang ku untukmu..

Tegarnya kau menari di atas tangisanku..
Kau permainkan ku sesuka hatimu..
Sudah cukup cukup sudah..
Cukup sampai di sini saja..
Daripada hati gelisah, cintaku kau balas dengan dusta..

Sudah cukup cukup sudah..
Cukup sampai di sini saja..
Daripada batin terseksa..
Lebih baik ku pergi saja.........

Lagu 'Sudah cukup Sudah' yang dinyanyikan oleh Nirwana Band mengisi ruang sepi antara kami. Lagu ini membuatkan hatiku berasa sedikit sedih. Lagu ini amat sesuai untukku. Wahai Zafrul, sudah cukup sudah ! cukup sampai di sini saja... Daripada batin terseksa, lebih baik aku pergi saja..!!
Mataku sudah sarat menampung air mata yang hampir jatuh. Aku menekup mukaku lalu menghalakan padanganku ke tepi.
'Ya Allah, kuatkan hati hambamu...'rintih hatiku.
Tiba-tiba kereta Zafrul tersengguk-sengguk. Sudah ! Takkan lah kereta dia pula yang rosak ?
"You stay. I will go and check.."kata Zafrul setelah memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Aku hanya mengangguk tanda faham.
Dari dalam, aku lihat Zafrul menggaru-garu kepalanya. Dah sah rosak kereta dia. Hari ni hari kereta rosak sedunia ke?
"Encik, masuklah. Rasanya nak hujan ni. Biar saya yang tunggu di luar,"kataku sambil membuka pintu kereta.
"Wait ! kau pergi masuk. Biar aku yang tunggu di luar,"balas Zafrul.
"Patutnya encik la yang masuk. Encik tu dah la bos, kalau encik tidak datang kerja esok, pekerja akan susah..."kataku bersahaja.
"Kalau kau pulak yang tak datang kerja esok, aku pula yang akan susah..." balasnya sambil membuat muka blurr..
"Hurmm, kalau macam tu.. Jomlah ! Kita sama-sama tunggu kat dalam,"cadangku.
"Aku okey je,"balas Zafrul.
Kami pun memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
"Encik tak bosan ke? Senyap je.."gumamku.
"Hari tu, aku cakap banyak, kau bosan. Bila aku senyap, kau bosan jugak. Pelik.." kata Zafrul lalu tergelak kecil.
Aku pula mendengus geram. "Encik bising tak kena pada keadaan..."balasku sambil berpeluk tubuh.
"Apa-apa sajalah, Cik Pelangi. Aku nak tidur..." usai berkata, Zafrul terus menutup mata.
"Tidur saja dia tahu....."gumamku sendirian. Aku kemudiannya perlahan-lahan menoleh ke tepi, ingin melihat muka Zafrul.
Hurmm.. Dia masih hensem macam dulu. Isy ! Apa aku merepek ni. Aku menggeleng perlahan kepalaku. Stop thinking about him !
Seketika, aku menguap. 
"Mengantuk la pula.."kataku sambil menggeliat kecil. Lama-kelamaan, perasaan mengantuk mulai menguasai diriku dan aku turut terlelap.
********
"Hurmm..." aku membuka kelopak mataku. Sejurus aku memandang ke tepi. Mana Zafrul pergi? Mataku melilau-lilau mencari kelibat Zafrul. Tiba-tiba aku terperasan akan sesuatu. Damn it ! Mana tudung aku?!!
"Kenapa.. kenapa aku tak pakai tudung.." mataku mulai berair. "Ya Allah.. Ampuni dosaku !!"raungku kuat. Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Mahkota yang selama ini dilindungi olehku telah dilihat oleh Zafrul ! Astaghfirullahalazim ! Berdosanya aku ! Lalainya aku dalam menghadapi kehidupan !
Tiba-tiba pintu kereta di sebelah pemandu dibuka. Terpancul muka Zafrul dan beberapa orang memakai kopiah di situ.
"Pelangi... Aku, aku... minta maaf..."
Dan, serta merta duniaku terasa gelap.
*******
Aku termenung di birai katil. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Perlahan-lahan Zafrul melangkah masuk lalu duduk di sisiku. Aku menjauhkan diri.
"Pelangi, aku...aku.."Zafrul berkata dalam gelisah.
"Stop it, I don't want to hear anything from you. You're just useless man ! All man are the same !" kataku lalu bingkas berdiri, ingin pergi dari situ. Tetapi, langkahku terhenti apabila Zafrul memegang lenganku.
"Don't touch me ! Ever !" jeritku lantang lalu menepis kasar tangan Zafrul.
"Okay, aku tahu aku salah ! Tapi, percaya atau tidak, sekarang ni kita sudah menjadi suami isteri yang sah !"balas Zafrul. Nafasnya naik turun.
"Dan, kita akan bercerai nanti ! Aku tunggu saat itu !" aku membidas dengan pantas. Percakapan aku pula sudah kasar.
"No, kita tak akan bercerai. Dan, itu muktamad,"kata Zafrul lalu berlalu begitu sahaja. Aku pula hanya mampu berdiam diri. Ya Allah, dugaan apa lagi yang kau beri?
*******
Mataku menonton Televisyen namun, fikiranku menerawang ke tempat lain.
"Woi, jom makan..."ajak Zafrul kasar.
"Kau makan lah dulu. Nanti aku makan.."balasku acuh tak acuh.
"Aku kata, jom makan..."Zafrul cuba bersabar.
"Hisy !"keluhku geram lalu bingkas bangun dan menuju ke dalam bilik tidurku. Aku menghempas kuat pintu bilik.
"Fine ! Kau tak payah makan ! Urrgghh ! Boleh jadi gila aku dengan kau !"jerit Zafrul dari luar.
"Aku pun tak kebulur sangatlah nak makan !"balasku penuh amarah. Pelangi, sabar Pelangi... Dia tu suami kau, tak baik kau tinggikan suara ! Ya Allah, ampunilah dosaku kerana tidak mentaati suamiku...
Kemudian, aku pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk. Aku ingin menunaikan solat Zuhur yang sudah hampir habis waktunya. Setelah mengambil wuduk, aku memakai telekung dan menunaikan solat.
"Ya Allah, kenapa semuanya jadi begini? Tidak mengapa, Ya Allah... Jika ini takdirnya, aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan harunginya dengan penuh sabar... Berikanlah aku kekuatan Ya Allah.. Dalam menghadapi dugaan yang Kau beri... Amin.."aku menekup mukaku dengan tangan. Perlahan-lahan air mataku menitis. Aku mengesat air mataku apabila pintu bilik diketuk.
"Pelangi, esok kita pergi rumah ibu bapa aku. Kita pergi jumpa mereka. Aku nak kau packing barang kau malam ni. Jangan lupa..."arah Zafrul di sebalik muka pintu. Kemudian, keadaan kembali sepi menandakan dia telah pergi.
********

2 comments:

  1. Pembaikki kereta tu i think lebih sesuai guna mekanik! apa-apa pun cerita ni best! Nice! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekanik? haha.. saja xnk panggil mekanik, nanti tak gempak laa story tu.. hehehe.. oh ya, thanks ye komen !

      Delete