Wednesday 11 January 2012

Novel baru: Dengarlah Tangisan Pelangi.. 1

BAB 1
"Iman..!"
Aku tidak mempedulikan suara yang memanggil namaku. Aku terus-terusan berlari. "Iman..!" dapat aku dengar suara itu semakin hampir. Tiba-tiba tanganku dipaut seseorang. "Apa encik ni? Main pegang-pegang orang?"protesku. "Awak Iman kan?"soal pemuda itu padaku. "Tak, nama saya Pelangi, Iman Nur Pelangi. Iman tu hanya panggilan untuk kakak saya,"ujarku sambil menarik kembali lenganku daripada pegangan lelaki itu.
"Tapi, muka awak iras dengan..."belum sempat lelaki itu menghabiskan percakapannya, aku memotong,"Kami kembar seiras. Nama kakak, Iman Nur Bunga. Nama saya, Iman Nur pelangi. Saya tiada kaitan dengan awak langsung,"kataku bersahaja lalu mula mengatur langkah. Tiba-tiba aku rasa tangan aku dipaut kembali oleh lelaki itu. "We need to talk,"katanya dengan raut wajah yang serius.
"Encik, saya tak suka orang main pegang je tangan saya. Kita ni ada agama..."kataku tegas. "Stop calling me,'Encik'! Nama saya Zafrul, Zariel Zafrul..."ujar pemuda itu. Amboi, nama dia moden je. "Saya tak tanya nama awak pun..."kataku sambil merenung tepat ke arah matanya. "Saya tak nak bergaduh dengan awak. Jom, kita pergi kedai makan kat situ. There is something I want to discuss with you.."lelaki itu terus menarik lenganku supaya mengikuti langkahnya.
"Encik, lepaskan tangan saya..."kata aku tidak berpuas hati. "Nama saya Zafrul. Saya tak kenal siapa yang bernama 'Encik'. Lagi satu, saya tak akan lepaskan tangan awak sebab nanti awak akan lari..." Zafrul berkata tanpa memandang ke arahku. Alamak, nampaknya dia tahu aku akan lari. Hebat betul dia ni. Dia ni ada deria keenam ke?
Langkah Zariel dan aku terhenti apabila kami sudah menjejakkan kaki ke dalam ruang restoran mewah. Hmm.. Cantik betul restoran ni. Nampak mewah. Mesti Zariell ni orang kaya. Hmm.. Bagus, kalau dia kaya, bolehlah aku boikot harta dia, hahahaha.... Jahatnya aku.
"Please take a seat,Miss Pelangi,"pelawa Zafrul. "Encik nak apa sebenarnya ni?"soalku sebaik sahaja aku duduk di atas kerusi empuk di restoran itu. "Saya kenal kakak awak, Iman Nur Bunga,"jelasnya. "Jadi?"soalku sinis. "Saya suami kakak awak. Mana anak saya?" soalnya tegas. "Err.. Mana saya tahu,"bohongku.
"Kau jangan nak tipu aku,"jerkahnya ke arahku. Aiikk?? Cantik ayat. 'Kau-aku'. "Ehem, Saya tak tahu. Jadi, tak payah susah-susah nak bazir air liur awak tu untuk jerit kat saya. Dan, untuk pengetahuan awak, awak ni seorang suami yang tak bertanggungjawab. Sanggup awak biar isteri dan anak awak merempat kat tepi jalan?! Nasib baik saya terserempak dengan mereka. Kalau tidak, dah lama mereka mati. Suami jenis apa awak ni?"sinis sahaja ayat yang keluar dari mulutku.
"Aku tak sengaja. Bukan kehendak aku nak halau mereka. Umi dan Baba yang salah! Mereka terlalu memandang harta dan darjat. Aku balik kerja hari tu, aku lihat mereka dah tak ada dalam rumah tu. Bukan salah aku!"katanya sambil meraup wajahnya beberapa kali.
"Apa-apa sajalah,Encik Zafrul. Saya tak terlibat dengan konflik rumah tangga awak ni,"kataku lalu mencapai beg tangan yang berada di sebelahku. "Saya pergi dulu,"pintaku. "No ! Awak tak boleh pergi !" Zafrul menjerit sambil tangannya memegang tanganku. "Awak siapa nak arah saya?" soalku sinis. "Aku abang ipar kau !"jerkahnya.
"No ! Kau bukan. Untuk pengetahuan kau, kau dan kakak dah lama bercerai ! Kau tak jalankan tanggungjawab kau sebagai suami selama berbulan-bulan lamanya ! Kau tak layak untuk dipanggil suami langsung !" jerkahku ke arahnya. Haa...padan muka ! Tadi asyik dia saja yang jerit. Sekarang giliran aku pulak nak menjerit.
"Kau harus faham..! Umi tengah sakit kat rumah tu ! Dia nak jumpa Iman sebab dia nak minta maaf. Dia kata dia rasa bersalah sangat halau Iman dulu. Aku nak isteri aku balik ! Aku nak anak aku balik !" rayu Zafrul padaku seperti anak kecil.
Aku menggaru-garu kepalaku. Nak cakap apa kat dia supaya dia faham, ye? Ahaks ! Aku ada idea. "Bukan saya tak nak tolong awak, Encik Zafrul. Cuba awak faham. Ya, betul saya mengaku kakak dan anaknya memang pernah tinggal dengan saya. Tapi, setelah kakak mendapat kerja tetap, mereka terus pindah. Kakak kata nak pergi luar negara," jelasku dengan nada yang sopan kembali. Harap-harap la dia tak ganggu aku dah lepas ni.
Aku lihat wajahnya. Nampak sangat tengah gelisah. Tiba-tiba dia tersenyum. Uiikkss...  Dah tak betul ke dia ni? "Kalau macam tu, kau menyamar la sebagai Iman ! Muka kau kan sama dengan dia? Tolonglah................." Astaghfirullahalazim.....! Manusia ni tak kenal erti putus  asa ke?! Macam-macam idea gila yang dia dapat.
"Encik Zafrul, saya pergi dulu ye..." kataku lalu mengatur langkah seribu. Bersungguh-sungguh aku lari untuk mengelakkan diri daripada manusia 'menakutkan' tu. Nasib baik aku pakai kasut sandal. Kalau aku pakai kasut tinggi.. Mesti dah menonggeng sekarang ni.
Aku berhenti seketika setelah berlari agak jauh daripada restoran itu. Wahh...! Hebat juga aku lari. Kalau masuk sukan SEA mesti menang.. Hahaha ! Aku mengurut dadaku yang lelah. Tarik nafas... Lepas.. Tarik nafas... Lepas...
Okey ! Nafas aku sudah kembali normal. Aku mula mengatur langkah. "Ehh...    Sekejap ! Aku kat mana ni?" Aku menggaru kepalaku. Mataku melilau melihat persekitaranku. Yang aku tahu, di sini ialah tingkat ke-empat, tempat parking. Nak tahu macam mana aku tahu? Haa.. Aku tahu sebab kat dinding tu tulis nombor 3. Lepas tu, ada banyak kereta kat sini. Mestilah sini tempat parking kereta, kan? Hahahaha !
Hmm.. Nasib baik aku sempat larikan diri daripada mamat tu. Aku berjalan perlahan menuju ke arah lif. Aku parking kereta aku di tingkat 9. Hmm, Masih jauh perjalananku.
'TING!'
Bunyi itu menandakan pintu lif terbuka. Laju sahaja aku melangkah masuk. Kelihatan ada seorang lagi penumpang lif ini. Lelaki pulak tu. Harap-haraplah tak jadi apa-apa ! Amin! Aku menekan butang yang menunjukkan angka sembilan. Pintu lif kembali tutup. Aku memandang lantai. 'Haish, lambatnya lif ni bergerak..,'rungut hatiku dalam diam.
"Ehem...."lelaki itu berdehem. Aku buat tak tahu aje. Nak mengurat aku la tu. Tahulah aku ni cantik ! 'Ceh, perasan betul kau ni, Pelangi...'kutuk hatiku. "Ehem..!" kali ni lelaki itu berdehem dengan kuat. Aku buat selamba lagi. Aku terus-terusan memandang pintu lif. 'Bilalah pintu ni nak terbuka?,'getus hatiku. Baru tingkat lima. 'Sabar, Pelangi... Cool...' bisik hatiku lagi.
"Ehem... Seronok sangat ke dapat lari dari aku, Cik Pelangi?" tiba-tiba lelaki itu berbisik kepadaku. Terkejut gorilla aku ! Alamak ! Mamat sewel tu !!! Huhuhu.. Kejamnya dunia ni. "Saya tak kenal awak.."nafiku. Lif sudah sampai ke tingkat tujuh. "Kau akan kenal aku kalau kau tengok muka aku betul-betul !" tiba-tiba tangan sasa Zafrul meraih pinggangku lalu dia memalingkan tubuhku supaya menghadap mukanya.
Kedua-dua tangannya dilekapkan pada dinding lif. Tindakan itu membuatkan aku terperangkap antara dia dan dinding lif. "Ehem... Okey, saya mengaku saya kenal awak. Jadi, boleh tak awak lepaskan saya sekarang ni?"aku cuba berlagak tenang. Padahal, hati aku sudah berdegup kencang. Wahai hati, jangan la kau buat hal !!
"Baru nak mengaku? Sekarang ni, aku nak kau ikut arahan aku ! Kalau tidak.." Zafrul tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana pintu lif sudah terbuka. Aku mengambil kesempatan ini dengan menendang bahagian 'bawah'nya. Terus berubah muka dia. Aku cepat-cepat memboloskan diri. Aku sudah selamat. Aku lihat dia mengerang kesakitan. Hahaha.. Padan muka dia. Dia tak kenal siapa Pelangi yang sebenarnya !
Pintu lif tertutup dan aku tersenyum puas. Harap-haraplah aku tak jumpa dia dah lepas ni! Amin......................!!!!!!!

***************************

"Hari ni kau nak pergi interview tu kan?"soal Nabila, House-mate aku. "A'ah... Harap-haraplah aku dapat kerja tu,"ujarku penuh harapan. "Kau kena ingat ! Sopanlah sikit. Jangan kasar-kasar lagi. Nanti kerja ni pun kau tak dapat,"perli Nabila. "Ehem, kau perli aku ke?" soalku.
"Mana ada... Terasa ke?"Nabila tersengih nakal. "Apa-apa sajalah kau ni, aku dah lambat dah ni nak pergi interview tu. Semua ni salah kau la !"rungutku. "Yela... Aku jugak yang salah..."ujar Nabila sambil mencebik. "Aiikk?? Merajuk ke Cik Nabila kita ni?"gurauku. "Mana ada... Aku ni kan dah besar.. Tak macam kau, pendek !"kutuk Nabila padaku.
"Sampai hati kau kata aku pendek. Tahulah badan aku ni kecik... Tak yahlah kutuk," aku berpura-pura merajuk. Tapi, memang betul pun aku ni pendek. Dahlah pendek, kecik pulak tu. Tapi, nasib baik aku comel.. Hehe.. Perasan la pulak aku ni !
"Ooii.. Cik adik, tak dengar ke apa yang saya cakap ni? Amboi.. Berangan saja kau tahu.." kutuk Nabila lagi. "Ehh.. Suka suki aku la nak berangan ke, nak menonggeng ke.. Itu aku punya hal..."kataku bersahaja. "Sudahlah... Aku cau dulu... Doakan aku berjaya ye, kawan?"pintaku sambil tersengih comel. Ehh.. Comel ke aku ni?
"Iye.. Kau jangan risau. Kau sentiasa di dalam doaku..."kata Nabila sambil membalas senyuman ku. Aku berjalan menuju ke arah kereta Myvi kesayanganku. Lalu memandunya dengan penuh berhati-hati.

***************************

"Cik Iman Nur pelangi...."penjaga kaunter itu memanggil namaku. Sesekali aku terdengar beberapa orang berbisik-bisik. Mungkin mereka fikir nama aku tu kolot, tapi bagi aku, nama aku itu membawa seribu makna. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Haa... Sebab.. Ayah melamar mak di bawah pelangi yang indah. Nama kakak bunga kerana waktu ayah melamar mak, ayah bagi bunga kepada mak.
Haa... Romantik, bukan? "Cik Iman Nur Pelangi...."sekali lagi penjaga kaunter wanita itu memanggil namaku. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah kaunter tersebut. "Anda dikehendaki pergi ke bilik yang berada di hujung sekali,"ujar Si penjaga kaunter. "Baiklah, Terima Kasih,"ucapku. "Sama-sama. By the way, nice name. Sangat unik,"puji Si penjaga kaunter. "Oohh.. Thank you.."aku tersenyum manis lalu berjalan menuju ke tempat yang diarah.
Aku memulas tombol pintu. Aku menjengukkan sedikit kepalaku. "Silakan masuk...." ujar seorang pemuda. Aku pun masuk lalu duduk tanpa diarah. Jelas kelihatan wajah pemuda itu sedikit terkejut. 'Alamak ! Apa aku buat ni?' bisik hatiku. Inilah antara sebab kenapa aku asyik dibuang kerja. Aku ni adab 'kurang' sedikit...
"So, what shall I call you? Miss...?"soal pemuda itu sambil matanya membaca lampiran tentang diriku. "You can call me, Pelangi..."balasku. "Nyatakan sebab kenapa awak nak kerja sebagai akauntan ni.."pinta penemuduga itu. "Err... Sebab saya nak sara hidup saya lah.. Saya perlukan duit. Semua manusia perlukan duit untuk sara hidup mereka," balasku sedikit gemuruh.
"I'm sorry..Tapi, awak tak layak kerja sebagai akauntan,"ujar lelaki itu lalu mengembalikan lampiran tentang diriku. "Err.. Tapi, kenapa? Hmm.. Tak apalah, kalau kerja sebagai akauntan ni saya tak dapat.. Ada kerja lain tak kat sini yang boleh saya jawat?" soalku tanpa segan silu. "Ha? Ada tu memang la ada. Tapi, kerjanya sebagai setiausaha anak tuan syarikat ini. Anak dia tu cerewet sikit. Ramai orang tak sanggup kerja dengan dia," jelas pemuda itu.
"Hmm.. Saya tak kisah.. Asalkan saya dapat kerja..." balasku tenang. Inilah keputusanku! Aku nekad ! Tak kira apa yang berlaku, aku tetap akan bersabar melayan karenah anak tuan punya syarikat. Keputusanku muktamad ! "Baiklah, tapi, awak jangan menyesal tau ! Saya harap sangat awaklah setiausaha terakhir Tuan Zariel..."ujar pemuda itu lalu menghulurkan tangan.
"Maafkan saya, agama islam.."jelasku. "Oh, maaf,"lelaki itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nak cover malu la tu.. "So, Miss Pelangi. Welcome to our Mega Holdings..." ujar pemuda itu. Aku hanya tersenyum. Alhamdulillah.. Akhirnya ! Aku dapat jugak kerja...

***************************

Hari ini ialah hari pertama aku bekerja. Harap-haraplah aku dapat menjalankan tugasku sebagai setiausaha dengan baik... Amin ! Aku berjalan menuju ke kaunter. "Assalamualaikum... Saya nak jumpa Encik Azlan.."ujarku lembut. Encik Azlan a.k.a penemuduga aku hari itu suruh aku jumpa dia bila aku sampai pejabat.
"Wa'alaikumussalam... Eh, Cik pelangi..."tiba-tiba nada suara penjaga kaunter itu berubah ceria. "Hah? Macam mana awak kenal saya?"soalku pelik. Popular sangat ke aku ni?
"Cik lupa ke? Saya yang jaga kaunter hari tu... Nama saya Noreida Kassim... Pelangi boleh panggil akak, Kak Eida..."penjaga kaunter itu mengenalkan dirinya. "Ooohh.. Selamat berkenalan Kak Eida.."aku mengikut rentak wanita itu. "Selamat berkenalan.. Pelangi tadi kata nak jumpa Encik Azlan? Nak buat apa? Ada date ke?" usik Kak Eida.
"Hish, mana ada. Pelangi sekarang ni menjawat jawatan sebagai setiausaha anak tuan syarikat ni,"jelasku.  "Ooohh... Pelangi hati-hati tau dengan anak tuan syarikat ni. Dia tu cerewet sikit,"pesan Kak Eida. "Hmmm.. Okey, kak !"balasku ceria. "Ni, Pelangi nak jumpa Encik Azlan ke? Sekejap ye, Kak Eida nak call Encik Azlan,"kata Kak Eida penuh kesopanan.
"Hello, Assalamualaikum.. Encik Azlan, Cik Pelangi nak jumpa Encik Azlan.." kata Kak Eida sambil memegang gagang telefon. Kadangkala, Kak Eida terangguk-angguk dan tersenyum. Apa yang dibicarakan pun aku pun tak tahu. "Baiklah Encik Azlan, Assalamualaikum......" Kak Eida meletak kembali gagang telefon ke tempat asalnya.
"Jom, Pelangi. Akak tunjukkan pejabat Encik Azlan,"pelawa Kak Eida. "Terima kasih, Kak Eida,"ucapku ikhlas. "Sama-sama.. Mala, kau tolong jagakan kaunter tau. Aku nak bawa budak ni jumpa Encik Azlan,"pesan Kak Eida kepada kawannya yang dipanggil Mala itu.
Kawannya itu hanya mengangguk lalu tersenyum. Aku mengikut langkah Kak Eida. Sepanjang perjalanan, Kak Eida banyak bercerita tentang kelurganya. Rupa-rupanya Kak Eida ni dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Kami berhenti setelah tiba di pejabat milik Encik Azlan.
Kak Eida mengetuk pintu pejabat milik Encik Azlan. "Masuk !"arah seseorang dari dalam. Aku dan Kak Eida pun masuk. Kelihatan Encik Azlan tersenyum manis ke arahku. Aku membalas senyuman itu. "Dah bersedia ke nak mulakan kerja?"soalnya. "Saya sentiasa bersedia !"balasku ceria. "Hmm, baiklah.. Mari ikut saya. Kak Eida, balik ke kaunter semula. Budak ni Azlan yang punya,"kata Azlan penuh makna. Amboi, suka-suki dia sahaja nak kata aku ni dia punya !
"Eleh, Pelangi tu tak mahu la dengan Azlan. Jangan perasan ! Betul tak, Pelangi?" soalan yang ditujukan secara tiba-tiba kepadaku membuatkan aku sedikit terkejut. "Hah?! Err... Hehe.." Aku tersengih sambil menggaru kepalaku yang dilitupi tudung.
"Tak payah jawab soalan tu, Pelangi.. Sudahlah, jom ikut saya pergi ke pejabat Encik Zariel..."ajak Azlan mesra lalu memaut tanganku. E'eh, suka hati dia je nak pegang tangan orang. Aku mahu menegur tapi, Kak Eida lagi pantas berpesan, "Azlan, jangan pegang anak dara orang..!". Azlan yang mendengar kata-kata Kak Eida itu terus melepaskan tanganku. "Err, maaf ye Pelangi, saya tak sengaja...."pohon Azlan padaku.
"Hmm.. Tak apa. Lain kali jangan buat lagi tau.."tegasku. "Okey, Roger !" kata Azlan lalu tabik kepadaku. Baik sungguh Azlan ni. Orang macam ni la yang sesuai dibuat kawan ! Teman tapi mesra ! "Pelangi kalau ada masalah, cerita la kat saya, tau?" pesan Azlan sambil tersenyum. Asyik senyum saja Azlan ni. Dia ni memang penderma senyuman ke?
"Hmm...Okey !"balasku. "Okey.. Inilah pejabat Tuan Zariel. Are you ready?" soal Azlan. "I'm ready !"balasku tenang. Azlan mengetuk pintu bilik Tuan Zariel. Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. "Masuk sajalah.. Tak payah ketuk... Bazir air liur aku je nak bagi arahan..."kata Zariel Zafrul sinis. Ehhh....!!!! Cop, cop.....! Zafrul? Maksudnya.. Bos aku Zafrul? Tidakk...!! Kenapa realiti begitu kejam?!
"Ehh...! Lihat siapa di sini, Pelangi..!!"kata Zafrul dengan riak wajah ceria yang dibuat-buat. "Err... Encik salah orang ni. Nama saya Nur..."ujarku. Betullah nama aku Nur kan? Aku tak tipu. Cuma nama panggilan aku saja Pelangi. "Azlan, awak boleh pergi dulu !" Zafrul memberi arahan dengan tegas. "Err, tapi Tuan Zariel..." belum sempat Azlan menghabiskan kata-katanya, Zafrul memotong.
"Saya kata pergi, pergi sajalah. Awak nak kena pecat ke?!" Zafrul tiba-tiba meninggikan suaranya. "Baiklah, Tuan Zariel.." Azlan berlalu dengan hati yang hampa. Azlan hilang daripada pandangan mataku. Aku memandang ke hadapan. Kelihatan muka bengis Zafrul memandangku. 'Apa pandang-pandang?! Tahulah aku ni comel,'getus hatiku.
"Saya pergi buat kerja dulu ye..."pintaku. Aku berpaling dan mula mengatur langkah. Tiba-tiba tanganku dipaut kasar oleh Zafrul. Aku ditarik masuk ke dalam pejabatnya. "Apa main pegang-pegang ni?! Orang tak suka la, tahu tak?!"aku menjerit ke arahnya. "Orang tak suka la, tahu tak?" dia mengajuk cara percakapanku. "Kau suka atau tak, aku tak kisah ! Yang aku tahu, aku akan buat kau tunduk kepada aku !" Zafrul berkata sinis.
"Aku bukan macam kakak aku yang akan ikut apa sahaja yang engkau kata ! Aku tak selemah dia ! Aku takkan pernah sekali pun dengar arahan kau !" balasku kasar sekalI. "Sedar sikit diri tu ! Kau adalah pekerja aku ! Kau kena dengar semua arahan aku ! Aku ni bos kau !" ujarnya sombong. 'Eleh, ingat dia bos, aku takut la? No way la !'hatiku berkata-kata.
"Aku akan ikut cakap kau hanya pasal 'Bab Kerja' sahaja ! Yang lain jangan harap la !" kataku tegas. Aku segera keluar usai berdebat kata dengan lelaki yang tak berapa betul tu. Aku dah buat keputusan ! Aku akan bekerja di sini selama sebulan sahaja ! Selepas dapat gaji, aku akan lesap daripada syarikat ni !! Gaji itu penting!

p/s: yg novel sye nk awakk tu, belum siap lagi.. harap sabar ye.. novel ni pun best gak...

2 comments:

  1. allah. best la cite ni.hehe blog pun cute smacam je...sejuk mata mmndang. heheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..thanks mimi.. mimi slalu bg komen..sejuk aty zanis.. :)

      Delete