Friday 24 February 2012

CerpEn BerSiRi--> Jangan lukai aku 1

                       This is Arsyad =3
                    This is Dania =3

"Kita putus !" Arsyad memberi kata putus.
"Tapi, kenapa?" soal Dania.
"Saya tak cintakan awak. Selama ni saya hanya pergunakan awak untuk buat bakal isteri saya cemburu !"jelas Arsyad dengan sedikit perasaan serba salah.
"Apa?! Maksud awak.." Dania menekup mukanya. Air matanya perlahan-lahan turun melalui pipinya yang mulus.
"Ya, saya akan berkahwin hujung bulan ni. Saya terpaksa buat begitu kerana saya ingatkan bakal isteri saya tu tak cintakan saya. Jadi, saya hanya ingin mengujinya. Sebab tu.." Arsyad tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
"Sudah la.. Sampai hati awak buat saya macam ni.." Dania mengesat matanya.
"Maafkan saya. Saya hanya cintakan bakal isteri saya iaitu Balqish. Dia seorang sahaja yang bertakhta di hati saya. Kalau awak tak ada apa-apa lagi nak cakap, saya pergi dulu,"ujar Arsyad lalu melangkah pergi meninggalkan Dania keseorangan.
"Hei, aku tak hengen pun la kat kau..!!!"jerit Dania kuat menyebabkan beberapa orang pengunjung di taman melihat Dania dengan perasaan yang pelik.
"Bodohnya aku ni..." rintih Dania perlahan.
****************************
"Dania ! Tolong ibu hantar kuih ni ke rumah Datin Laila,"laungan Mak Timah menyetakkan lamunan Dania.
"Isy, buat apalah aku ingat lagi peristiwa tu?" Dania melepaskan keluhan.
"Dania, dengar tak apa yang ibu cakap tadi? Ibu suruh kamu hantar kuih yang Datin Laila tempah. Ibu bukannya suruh kamu berangan !!"sekali lagi Mak Timah menjerit.
"Hurmm... Ye, ibu. Dania dengar. Sekejap, bagi Dania pakai tudung dulu.."kata Dania membalas kata-kata Mak Timah.
Dania ke biliknya untuk memakai tudung. Selepas bersiap ala kadar, dia keluar kembali. "Mana kuihnya, Ibu?"soalku bersahaja.
"Tu, ada dekat atas meja. Ingat ! Bagi kat Datin Laila,"pesan Mak Timah.
'Hah?! Datin Laila ? Maksudnya aku kena pergi rumah Arsyad la ni? Tidakk..!!' getus hati Dania.
"Malaslah, ibu..." Dania cuba mengelat.
"Kamu jangan nak mengada. Pergi hantar cepat kuih tu !" Mak Timah berkata tegas sambil menjegilkan matanya.
'Huuiishh.. Garangnye !'hati Dania berkata-kata.
"Hmm.. Yela, orang hantar kuih tu.. Assalamualaikum.." Dania berlalu pergi.
"Wa'alaikumussalam..." jawab Mak Timah.
****************************
"Dia kata, hujung bulan ni nak nikah. Maksudnya, lusa ni la dia akan berbahgia..! Isy, Dania ! Jangan ingat pasal dia !" Dania menunjal kepalanya sendiri. Sesekali tengok, macam orang gila pun ada.Dania terus berjalan dan berjalan. Langkah berhenti di hadapan sebuah banglo besar.
"Hmm, Rumah ni masih lagi macam dulu. Tapi, dah berkarat sikit.." sempat lagi Dania mengkritik.
"Arsyad ada ke tak dalam rumah, ye? Rasanya tak ada. Yela, dia kan bekerja di Kuala Lumpur. Mana ada masa nak balik sini. Rasanya dia balik esok hari.." Dania meninjau-ninjau sekeliling rumah itu.
"Betul la tak ada...."
"Cari aku ke?" tiba-tiba suatu suara garau menegur Dania.
"Opocott..!!!" Dania terkejut lalu menyebabkan kuih yang dipegang terlepas dari pegangannya. Namun, Arsyad pantas menyambut kuih tersebut.
"Kau masih sama macam dulu. Cepat sangat terkejut. Jomlah masuk !" Arsyad mempelawa Dania.
Dania hanya mendiamkan diri sambil tersengih macam kerang busuk. "Err.. Tak apalah. Alang-alang awak dah pegang kuih tu, awak bawa masuklah terus. Tu kuih yang mak awak tempah kat mak saya," kata Dania ingin berlalu pergi.
"Jomlah masuk. Mama mesti suka kalau dia tahu kau datang," pujuk Arsyad.
' Nak masuk ke tak nak?' hati Dania berbolak-balik.
Tiba-tiba Datin Laila memunculkan diri. Dia tersenyum lebar.
"Eh? Aunty! Bila masa Aunty..." Dania tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Datin Laila lagi pantas memotong.
"Dania ! Lama Aunty tak nampak kamu. Ibu kamu macam mana? Sihat? Nanti kirim salam kat ibu dan ayah kamu, ye? Kaki kamu tak lenguh ke berdiri kat sini? Dah la panas. Jomlah masuk ! Bibik dah masak makanan tengahari. Bolehlah kamu makan sekali dengan kami ! Jomlah ! " Datin Laila menarik mesra tangan Dania.
"Err.. Tapi Aunty..." kata-kata Dania terhenti.  Dania tidak tahu hendak berkata apa. Muka Datin Laila penuh berharap. Tidak sanggup pula dia nak mengecewakan hati orang tua itu.
"Baiklah, Jom ! Tak sabar Dania nak makan !" Dania berjalan beriringan dengan Datin Laila. Arsyad hanya memerhati tingkah laku mereka berdua. Lambat laun Arsyad pun menyertai celoteh mereka berdua.
****************************
"Yum, yum ! Sedapnya. Pandai bibk masak..." puji Dania sambil mulutnya mengunyah nasi.
"Biasa-biasa aja, non.." Bibik Ros tersipu malu.
"Dania, cuba kamu makan perlahan-lahan sikit. Tercekik nanti, siapa yang susah? Aunty dan Arsyad juga susah.." ujar Datin Laila.
Dania hanya tersengih sambil menunjukkan isyarat 'peace'. Tiba-tiba Dania bersendawa dengan kuat sekali. Semua yang berada di situ terkejut.
"Astaghfirullahalazim.. Dania, kamu tu perempuan. Jagalah adab kamu tu sikit.." Datin Laila menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dania tersengih lagi. "Err.. Bibik, biar saya basuh ye pinggan ni," Dania bangun berjalan menuju ke singki.
"Eh, Nggak payah, non. Bibik bisa buat. Non duduk aja di sini.." Bibik Ros membawa Dania kembali ke meja makan.
"Bibik ambil ya pinggan ni," ujar Bibik Ros.
"Dania, Dania.. Terlebih rajin kamu ni. Sunyi kalau Dania tak ada. Kan bagus kalau Dania yang menjadi menantu aunty," Datin Laila tersenyum meleret.
Dania yang ketika itu sedang minum air kosong terus tersedak. Arsyad pula menjegilkan matanya.
"Apa yang mama cakap ni? Kan Arsyad sudah nak..." kata-kata Arsyad dipotong,
"Mama kata kalau..." jawab Datin Laila bersahaja.
Arsyad hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keletah Mamanya.
"Err.. Aunty, saya balik dululah ! Apa-apapun, terima kasih kepada Aunty dan bibik sebab bagi saya makan sedap-sedap hari ni !" Dania tersenyum.
"Kalau ada masa, datang la lagi ye,"pesan Datin Laila.
"Tengok la dulu. Kalau saya ada masa. Saya pergi dulu la ye. Assalamualaikum..." Dania menyalami tangan Bibik Ros dan Datin Laila.
"Wa'alaikumussalam.."jawab semua penghuni rumah itu serentak.
****************************
Dania berguling-guling di atas katilnya. "Masuk hari ni, genaplah 31 hari. Mesti meriah perkahwinan Arsyad tu.." omel Dania.
"Bukan jodoh aku dengan dia. Nak buat macam mana," kata Dania.
"Dania..! Kamu nak ikut tak Ibu dan Ayah pergi ke majlis akad nikah anak Datin Laila tu?"soal Mak Timah di sebalik pintu bilik Dania.
"Tak mahulah, ibu. Malas ! Baik Dania tidur sahaja. Lagi bagus,"gumam Dania.
"Yela, jaga diri elok-elok ye, nak,"pesan Pak Hasan.
"Ya, ayah. Assalamualaikum... Ayah dan ibu pun jaga diri baik-baik,"giliran Dania pula berpesan.
Pak Hasan mengangguk dan berlalu pergi bersama Mak Timah selepas menjawab salam.
****************************
Berita Tergempar ! Pegantin perempuan melarikan diri sewaktu akad nikah. Arsyad kini sedang duduk di dalam biliknya.
"Balqish ! Kenapa kau buat macam ni?! Kau dah janji yang kau takkan tinggalkan aku,"kata Arsyad sambil meraup wajahnya beberapa kali.
"Tu la, Mama dah cakap ! Budak tu hanya nak kikis harta keluarga kita saja. Arsyad tak percaya !" tiba-tiba Datin Laila muncul di ambang pintu. Muka Datin Laila merah padam. Mungkin kerana terlalu marah.
"Stop it, mama !"ujar Arsyad.
"Habis tu, macam mana ni? Tetamu dah datang. Takkan lah kita nak halau mereka balik?" Datin Laila memeluk tubuhnya.
"Ikut suka hati mama la. Arsyad tak kisah,"kata Arsyad seperti orang yang sudah berputus asa.
"Baiklah, apa kata, Arsyad kahwin dengan Dania?" Datin Laila memberi cadangan.
"What?! This is crazy, mama ! Do you think Dania will agree?"kata Arsyad kasar. Seboleh-bolehnya, dia memang tidak mahu jumpa Dania. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia membenci Dania.
"Sekurang-kurangnya kita memcuba, Arsyad ! Lagipun, Dania tu baik orangnya. Mama suka kalau dia yang jadi menantu mama. Mama tak kira ! Mama tetap nak kahwinkan kamu dengan Dania ! Sudah, mama nak pergi bincang dengan Pak Hasan dan Mak Timah," ujar Datin Laila lalu berlalu pergi. Dia mencari kelibat Pak Hasan dan Mak Timah.
Arsyad hanya sekadar mengeluh, "Balqish..."
KELIHATAN tekun Datin Laila membincangkan sesuatu bersama Mak Timah dan Pak Hasan. Sesekali Mak Timah dan Pak Hasan mengeluh.
Arsyad hanya memerhati dari jauh. Datin Laila dan pasangan suami isteri itu berjalan menuju ke arah Arsyad.
"Kami setuju nak kahwinkan Dania dengan Arsyad. Arsyad jaga Dania elok-elok ya,"pesan Pak Hasan.
Sebenarnya, berat hati Pak Hasan hendak serahkan Dania. Kalau bukan kerana terhutang budi, Pak Hasan dan Mak Timah tak akan bersetuju.
"Mari, kita balik rumah Pak Hasan. Kita pergi jumpa Dania,"ujar Mak Timah.
****************************
"Jadi, maksudnya Dania kena jadi 'Bidan Terjun' la ni?!"soal Dania kasar.
"Dania, tak baik cakap macam tu. Tolonglah kami, Dania.."rayu Datin Laila.
"Kami buat semua ni untuk kebaikan Dania. Percayakanlah kami, Dania. Ibu dan ayah amat menyayangi Dania,"giliran Pak Hasan pula merayu.
Dania buntu. Dia menggaru-garu kepalanya. Antara harapan mereka atau masa depannya? Yang mana satu dia kan pilih?
****************************
Dengan dua kali lafaz, Dania kini sudah sah menjadi isteri Daniel Arsyad bin Zakri. Arsyad melangkah ke arah Dania yang duduk bersipuh untuk upacara membatalkan air sembahyang. Dania menyalami tangan Arsyad penuh syahdu, Arsyad kemudiannya mengucup dahi Dania dengan pantas sekali. Dania terkedu.
'Sabarkan hatimu, Dania..'bisik sayu hati Dania.
Setelah upacara akad nikah tamat, Dania berbaring di bilik yang disediakan khas untuk pengantin. Arsyad kemudiaannya masuk ke bilik itu dengan muka yang monyok.
"Ermm, awak ! Saya..."
Kata-kata Dania dipotong oleh Asryad.
"Nanti kita pindah ke Kuala Lumpur. Kita tinggal di rumah aku,"ujar Arsyad lalu menyembamkan badannya ke atas sofa.
Dania terpana. Dia sudah agak, lambat-laun, perkara ini akan terjadi. Kerana inilah, dia tidak berapa setuju apabila mereka mahu kahwinkan dirinya dengan Arsyad, kerana dia tahu, Arsyad tidak cintakan dia.
Dia teringat bait-bait lagu yang disukainya. Sayup-sayup, dia menyanyikan lagu itu.
"Tuhan, tolong lembutkan hati dia.. Untuk terima ku, seadanya.." Dania tertidur.
****************************
Seminggu kemudian....
Air mata Dania gugur satu persatu. Dania mengelap air matanya itu dengan menggunakan hujung lengan bajunya.
"Bawang, oh bawang ! Kejamnya kau ! Kenapa kau selalu buat aku menangis? Huk, huk.." Dania terus-terusan menumbuk bawang itu.
Api yang garing, Dania perlahankan ke taham medium. Dania kemudiannya memasukkan bawang yang ditumbuknya tadi, ke dalam kuali yang panas dijilat api. Hari ini, Dania akan membuat nasi goreng special khas untuk Arsyad, suami tercintanya !
Bunyi ketukan pintu membuatkan Dania sedikit terkejut. Lantas Dania menutup api lalu membuka pintu rumahnya. Arsyad membolos masuk tanpa menghiraukan Dania.
"Abang ! Macam mana kerja hari ni, okey? Abang penat ke? Nak Dania urutkan?" Dania berkata sambil tersenyum manis.
"Aku dah kata, jangan panggil aku abang ! Aku geli, tahu tak?" kasar saja tutur kata Arsyad.
Dania mencebik.
'Huh, cool Dania ! Arsyad tu suami kau,'bisik hati Dania. Dania kemudiannya membuat senyuman plastik.
"Baiklah, kalau itu yang awak mahukan. Hmm.. Saya ada buat nasi goreng special untuk awak. Jom, kita pergi makan,"Dania menarik mesra lengan Arsyad.
Arsyad mendengus lalu menepis tangan Dania yang menarik lengannya.
"Aku penat. Lagipun, aku dah makan kat luar tadi. Lain kali, tak payah masak untuk aku. Masak untuk diri kau saja ! Hei, kau tahu tak? Aku tak kempunan pun la nak makan masakan kau tu ! Macam lah masakan kau tu sedap sangat ! Sudahlah, aku nak tidur. Jangan kacau aku !" usai berkata, Arsyad melangkah memasuki biliknya.
Diam. itulah suasana yang dapat dijelaskan kini. Dania tiba-tiba tersenyum.
"Baguslah kalau tak payah masak lagi lepas ni. Kalau masak pun, membazir masa, membazir duit dan membazir tenaga saja,"Dania berkata-kata sendirian..
"Hurmm... Nampak sedap pula nasi goreng aku ni. Baik aku makan. Isy, membazir je aku masak sedap-sedap,"Dania merungut kecil.
Satu titis, dua titis airmata jatuh ke riba Dania. Dania menekup wajahnya. Terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilemparkan oleh Arsyad tadi.
'Aku tak kempunan pun la nak makan masakan kau tu !'
Air mata mula turun membasahi pipi Dania. Dania hanya merelakan air matanya turun. Dia menangis teresak-esak. Akhirnya, dia tertidur bertemankan air mata terluka seorang isteri.....
****************************
"Wei, bangun ! Aku nak pergi kerja dah ni," Arsyad menolak kasar bahu Dania.
"Hmm?"Dania mamai seketika.
"Aku kata, aku nak pergi kerja dah ni. Kau jaga rumah ni elok-elok,"tegas Arsyad.
"Okey, Abang ! Oppss, silap. Arsyad... Saya nak pergi keluar hari ini boleh tak? Ada barang yang saya perlu beli,"perlahan saja tutur kata Dania.
"Pergi sajalah. Aku tak kisah pun. Tapi, sebelum kau keluar, kau kunci pintu pagar dan pintu rumah ni dulu. Nantu kalau dibiarkan, pencuri masuk pula. Sudahlah aku sayang rumah ni,"kata Arsyad. Bukan Dania yang dirisaukan olehnya, tetapi rumah pula ! Haishh.. Arsyad, Arsyad...!
"Hmm, awak tak payah risau !"Dania bingkas bangun. Dia ingin membasuh pinggan nasi goreng semalam.
'Isy, membazir sahaja aku masak sedap-sedap untuk dia semalam !'sempat hati Dania merungut.
Usai membasuh pinggan, Dania tercari-cari kelibat Arsyad.
"Mana pula suami aku pergi ni?" Dania menggaru-garu kepalanya.
"Ahaks, Itu pun dia !" Dania lantas berjalan ke arah pintu utama rumahnya.
"Hmm, awak ! Saya nak salam," Dania menghulurkan tangannya dengan harapan Arsyad akan menyambut, namun harapannya berkecai apabila Arsyad hanya memandang sepi huluran itu.
"Tak payah la nak salam-salam,"Arsyad pantas berjalan menuju ke kereta BMW hitamnya.
"Isy, buang masa aku sahaja manusia ni !"omelan Arsyad dapat didengari oleh Dania walaupun jarak mereka agak jauh.
Setelah kereta BMW Arsyad hilang dari pandangan, Dania menghempas pintu dengan kuat.
"Ada ke patut dia kata aku ni membuang masa dia? Cuba kalau aku tak ada, mesti hidup dia huru-hara punya !"Dania mendengus geram.
"Eh, betul ke dia akan huru-hara tanpa aku? Aku rasa, dia lagi akan bahagia kalau aku tak ada dalam hidup dia. Aarrgghh ! Apa-apa sajalah !"Dania mencebik sambil berpeluk tubuh.
"Alamak, aku lupa nak solat subuh !"Dania menepuk tubuhnya.
"Haha, baru aku teringat. Aku 'cuti-cuti Malaysia' la hari ni !" Dania tersengih sendirian.
"Hurrmm, baik aku bersiap sekarang !" Dania pantas melangkah ke biliknya yang berada di tingkat dua.
"Kenapalah rumah ni besar sangat ! Sunyi betul duduk seorang diri ni !"Dania sempat merungut kecil sebelum memulas tombol pintu biliknya.

No comments:

Post a Comment