Friday 9 March 2012

Dengarlah Tangisan Pelangi.. 2

BAB 2
"Iman..! Maaf saya lambat,"tegur seseorang dari belakangku. "Hmm.. Tak apa. Saya tak kisah!"aku tersenyum kepada Zafrul. Zafrul dan aku adalah sepasang kekasih. Sungguh bahagia aku rasakan. Bernikah dengan orang yang aku cintai. Melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Aku tahu kami pasti serasi.
"Betul ni Iman tak marah Zafrul?"soalnya sedikit manja. "Betul.. Hmm.. Jom lah duduk di bangku berdekatan tasik tu. Penat lah Iman asyik berdiri saja daripada tadi.."aku mengeluh sambil tersenyum kelat. "Jom !" Zafrul tersenyum. Kami berdua melangkah ke arah bangku yang menghadap tasik yang indah itu. Aku dan Zafrul serentak duduk.
"Bila Zafrul nak datang meminang Iman? Iman nak ikatan yang sah..."rajukku manja. "Sabarlah sayang. Zafrul pasti akan datang. Iman tunggu je. Zafrul sayang Iman sangat-sangat. Zafrul takkan melepaskan cinta sejati Zafrul.."katanya romantis. Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Harap-haraplah Zafrul ingat dengan apa yang dikatanya padaku. Jangan lupa janjimu wahai sayang......
***************************
"Zafrul, di sini..!"aku melambaikan tangan ke arahnya. Zafrul lambat-laun berjalan ke arahku. Ada sesetengah gadis merenung Zafrul. Tahulah Zafrul tu hensem, tak payah la nak tenung boyfriend orang sampai macam tu. Ish, ish ish...
Zafrul berdiri di hadapanku. Aku tersenyum manis ke arahnya. "Iman ! Zafrul ada berita gembira buat Iman !"kata Zafrul sambil tersenyum ceria. "Ohh... Apa beritanya?" tanyaku tidak sabar. "Zafrul dah bincang dengan keluarga Zafrul tentang Iman. Mereka bersetuju nak lamar Iman hujung bulan ni !" Zafrul tiba-tiba memaut lembut tanganku. "Zafrul, Iman kan dah kata, Iman tak suka..." belum sempat aku menghabiskan percakapanku, Zafrul memotong.
"Zafrul tahu Iman tak suka orang pegang tangan Iman... Tapi, biar la Zafrul pegang tangan Iman untuk kali ini sahaja. Biarlah ini jadi kenangan untuk kita sebelum kahwin.."ucapnya sayu. Aku tersentuh. Sudahnya, aku hanya merelakan dia memegang tanganku erat. "Zafrul.."panggilku setelah kami berdua agak lama berdiam diri.
"Ya, saya.."jawabnya manja. "Saya ada kejutan untuk awak nanti...."kataku tersenyum. "Hah? Kejutan apa?"soalnya teruja. "Adalah.. Zafrul datang la meminang Iman cepat-cepat. Nanti Zafrul tahulah apa kejutannya.." aku memandang ke arahnya. Sebenarnya, Zafrul belum tahu nama penuhku kerana di awal perkenalan kami, aku hanya menggelarkan diri dengan panggilan Iman. Zafrul juga tidak tahu menahu bahawa sebenarnya aku ada kembar.
Inilah kejutan yang akan kuberi padanya. "Zafrul janji ye akan menyintai Iman selamanya?"soalku tiba-tiba. "Zafrul janji," Zafrul mengangkat tangan kanannya tanda dia berjanji kepadaku. Aku tersenyum lagi. Zafrul pun tersenyum. Kami sama-sama menikmati ciptaan Allah yang indah.
***************************
"Bunga ! Cakap siapa yang buat kau macam ni?! Cakap?!"desak ayah kasar. Kakak pula terus-terusan menangis. Tindakan kakak itu membuat ayah semakin marah lalu menampar kakak hingga kakak terjatuh terjelepok. Ayah mahu memukul kakak lagi namun, aku lagi pantas memeluk tubuh kakak. Aku turut menangis. "Ayah, janganlah pukul kakak lagi. Semua ni bukan salah kakak. Kakak hanya mangsa, ayah. Tolonglah faham,"kataku tersedu-sedan.
Dapat aku rasakan pelukan kakak semakin erat. Ayah pula dengan wajah kesalnya. Ayah bermundar-mandir. "Baiklah, ayah maafkan kamu, Bunga. Tapi, siapa yang mahu jadi Pak sanggup? Tiada orang yang mahu buah yang sudah ditebuk tupai," Ayah meraup wajahnya beberapa kali. Tiba-tiba ayah memandang ke arahku penuh harapan. Apa yang ayah harapkan?
"Iman... Kamu sayang kakak, ayah dan keluarga kamu, bukan?"soal ayah tiba-tiba. "Mestilah Iman sayang keluarga Iman, ayah,"jawabku tulus tanpa mengesyaki apa-apa. "Kalau macam tu, ayah nak minta tolong sikit sahaja... Iman janji kat ayah Iman akan tolong kakak dan ayah !"ayah mengenggam kedua belah tanganku. Aku hanya mengangguk beberapa kali tanda berjanji.
"Ayah tahu berat perkara yang ayah nak minta ni, tapi ayah terpaksa, nak..."Ayah mengusap kepalaku penuh syahdu. "Iman serahkanlah Zafrul kepada kakak kamu, Bunga,"pinta Ayah. Permintaan ayah tadi bagaikan belati yang menusuk kejam terus ke hatiku. "Tapi..."aku cuba memikirkan alasan yang terbaik.
"Tolonglah Iman.. Lagipun, Zafrul tak tahu kan yang kamu ni ada kembar?"soal ayah beria-ria. Haji Samad gelisah, setakat ini, hanya inilah idea yang terbaik yang dia dapat fikirkan. Dia hanya ingin melihat Bunga dan Iman bahagia. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Bagi Iman fikir dulu ayah..."ujarku lalu berlalu dengan hati yang hiba.
***************************
"Assalamualaikum, Iman. Boleh akak masuk?"soal kakak sambil mengetuk pintu bilikku. "Masuklah..."aku mengutus senyuman manis buat kakak apabila kakak telah duduk di sisiku. "Iman... Kakak minta maaf sangat-sangat. Sebab akak, Iman kena korbankan cinta sejati Iman.."ucap kakak sayu. "Bukan salah akak..."balasku dalam nada yang perlahan. Aku masih belum buat keputusan.
"Iman adik akak yang amat akak sayangi !" kakak mengusap-usap kepalaku seperti aku ini anak kecil. Aku tersenyum lagi. Inilah kakak ku. Yang penyayang, yang tabah.. "Iman sayang kakak macam mana kakak sayang Iman..."aku memeluk tubuh kakak. "Iman rela tengok akak bahagia dengan Zafrul.."tanpa dapat ditahan, air mata ku gugur jua. Kakak mencengkam bahu ku kuat. "Apa yang Iman merepek ni?"soal kakak geram.
"Iman setuju untuk serahkan kakak kepada Zafrul..."aku terus menangis. Wahai hati, tabahkanlah hatimu ! "Iman.."seru kakak syahdu lalu memeluk tubuhku erat. "Jangan paksa diri kamu Iman.."kakak mengusap pipiku lembut. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Kakak.. Iman tahu, kakak pasti akan bahagia dengan Zafrul... Zafrul baik orangnya.."pujukku agar kakak menerima cadanganku.
Kakak diam. Dia hanya merenungku tanpa sebarang bicara. Mungkin dia sedang keliru. Kakak memeluk tubuhku erat. "Maafkan kakak Iman... Maafkan kakak kerana susahkan kamu.."bisik kakak perlahan. Kakak turut menangis. Tanpa kami sedari, sepasang mata sedang memerhatikan kami dengan pandangan yang sayu.
"Maafkan ayah, Iman...."rintih hati Haji Samad.
***************************
Hari yang ku tunggu penuh kegelisahan telah tiba. Tiada lagi debaran. Tiada sebab untuk aku berasa gembira. "Assalamualaikum........!" laung seseorang dari luar rumah. Zafrul ! Suara itu milik Zafrul. Ya Allah... Tabahkan lah hati hamba-Mu ini... Tiba-tiba bahuku dipagut seseorang. "Iman pasti ke nak teruskan semua ni?"soal kakak. "Ya.. Lagi satu, panggil Iman, Pelangi mulai sekarang. Nama Iman Pelangi. Dan nama kakak,Iman, Faham?"soalku.
"Jom kita keluar ke ruang tamu. Kesian Zafrul. Tunggu kakak lama. Kakak jangan lupa ye apa yang Pelangi ajar semalam? Tentang apa yang Zafrul tak suka, tentang..."aku berhenti bercakap apabila jari kakak singgah di bibirku. "Syyhh.. Kakak ingat. Iman.. err.. Pelangi tabahkanlah hati kamu ye?"pujuk kakak. Aku hanya mengangguk beberapa kali.
Aku dan kakak berpegangan tangan keluar dari bilik. Semua yang hadir terkejut kecuali ayah. Zafrul bingkas bangun. "Err.. Yang mana satu Iman?"soal Zafrul pelik. Aku melepaskan genggaman tangan kakak. Lantas menolak bahu kakak. Kakak terdorong ke hadapan. Kakak menoleh ke arahku. Aku hanya tersenyum tawar. 'Pergilah, kakak ku sayang... Gapai la kebahagiaan mu.. Tinggalkan aku keseorangan.. Kerana ini memang takdirku...' hatiku berkata-kata.
Zafrul memandang kakak. "Ini Iman ke?"soal Zafrul sedikit janggal. Kakak menoleh lagi ke arahku. Aku tersenyum, tanda suruh kakak mengiyakan pertanyaan Zafrul. Kakak menoleh ke arah Zafrul. Kakak mengangguk. Aku berjalan ke arah mereka, mahu menyelamatkan kakak. "Saya bawa kekasih abang ni ke tepi dulu ye...."aku cuba bergurau. Aku membawa kakak duduk di sebelah ayah. "Kenapa kakak buat muka takut macam tu? Nanti Zafrul syak la..."bisik aku kepada kakak. "Kakak rasa bersalah sangat.."ujar kakak.
"Tolonglah kakak, demi Pelangi. Kakak bahagiakan hidup kakak. Tolonglah.."aku merayu kepada kakak. Aku lihat kakak melepaskan keluhan. Kemudian, kakak memberikan aku senyuman manis. "Baiklah, Pelangi. Jika itu yang adik kakak mahukan. Kakak akan berusaha supaya Zafrul tak perasan.."kakak mengenggam erat tanganku.
"Ermm.. Kakak, Pelangi masuk bilik dulu ye. Ingat tau apa yang Pelangi ajar semalam!" pamitku. Aku tak sanggup lagi duduk di ruang tamu itu. Air mata mula bergenang di tubir mataku. Aku langsung masuk ke bilik dan mengunci pintu. Aku bersandar pada pintu bilik. Air mata laju turun membasahi pipiku. Aku mengesat air mataku berharapnya akan kering, namun hampa. Air mataku turun semakin laju.
"Sudah, sudah la tu, air mata ! Berhenti la turun..!" marahku pada air mata sendiri. Waraskah aku? Marah pada air mata yang tidak bersalah. Aku berbaring di atas katil. Aku menyembamkan mukaku ke bantal. "Zafrul, kau kata kau cintakan aku. Tapi, kau langsung tak dapat bezakan antara kakak dan aku. Kau penipu !!"ujarku geram. Kini, aku menyalahkan Zafrul pula.
Jauh di sudut hatiku, aku masih berharap bahawa Zafrul akan mengenaliku dan menikahiku. Namun aku tahu, itu semua hanya angan-angan aku sahaja. Perkara sebegitu amat mustahil. "Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini.. Biar la aku menyintai Engkau sahaja, wahai Allah..."air mata aku mengalir lagi.
***************************
"Pelangi, bangun ! Kau dah lewat nak pergi kerja ni,"hilang semua bayangan kenangan lalu apabila aku dikejutkan oleh Nabila. Tapi, aku berasa sedikit pelik sewaktu pertemuan aku dan Zafrul di kompleks membeli-belah. Adakah dia dah lupa yang kami ni kembar seiiras. Cepat betul dia lupakan aku. Haishh.. Aku cuba bangun namun, kepalaku terasa berat. "Nabila.. Tolong aku bangun. Aku tak larat la.."rengekku manja. "Ish, budak ni. Manja betul," Nabila menghulurkan tangannya. Aku menyambut huluran tangan itu.
"Ehh.. Sekejap ! Kenapa tangan kau panas ni, Pelangi?"Nabiha menolak tubuhku supaya berbaring semula ke atas katil. "Ermm.. Entahlah. Mungkin aku demam kot sebab semalam aku kena air hujan,"kataku dengan suara yang serak. "Kalau macam tu, kau tak payah la pergi kerja hari ni. Kau ambil MC,"pesan Nabila bersama kerutan di dahinya tanda risaukan keadaanku.
"Err.. Tak payahlah aku ambil MC. Lagipun, aku masih boleh berjalan ni. Bukan teruk sangat pun,"mula-mula, memang aku pun terfikir nak ambil cuti. Tapi, bila mengenangkan bos aku yang tidak berkeperikmanusiaan itu(Zafrul la tu), terus tak jadi. Nanti dia tuduh aku makan gaji buta pula.
"Pelangi, jangan la degil !"Nabila kelihatan marah. Melihat wajah marah Nabila, aku terus ubah keputusan.  "Err, okey. Aku cuti,"kata-kata ku itu ternyata membuat Nabila tersenyum. "Haa.. Macam tu la bagus. Nanti kau pergi klinik, ye? Sorry la sebab aku tak dapat teman kau. Hari ini aku ada meeting dengan klien,"Nabila mencapai beg tangannya.
"Ermm.. Tak apa. Aku faham. Kau pergi la kerja. Pandai-pandai lah aku jaga diri aku ni,"aku tersenyum ke arah Nabila. "Hurrmm.. Baiklah, aku berangkat dulu la. Nanti bos marah pula aku datang lambat,"pamit Nabila. "Okey ! Assalamualaikum.. Hati-hati !"pesanku. Nabila berjalan ke arah keretanya usai menjawab salamku. Aku mengelamun. "Isy, kenapa lah dikenangkan lagi memori lama tu?"aku kemudiannya mencapai kain tuala yang berada di birai katil, lalu memboloskan diri ke dalam bilik air.
***************************
"Baik, doktor. Saya faham,"kataku setelah doktor itu memberikan sedikit penjelasan tentang masalah kesihatanku. "Cik sila membuat pembayaran dan mengambil ubat di kaunter. Ingat apa yang saya pesan tadi,"katanya padaku. Aku hanya mengangguk beberapa kali sebelum keluar dari bilik pemeriksaan kesihatan.
Aku membuat pembayaran dan mengambil ubat di kaunter, seperti yang disuruh oleh Doktor tadi. Baru sahaja aku menoleh, kelihatan ada suatu kelibat manusia yang aku benci. Dia menghalang laluanku. Aku ke kanan, dia ke kanan, aku ke kiri, dia pergi ke kiri juga. Ni yang buat aku bengang ni ! Nak bergaduh, aku tiada daya. Memandangkan kepalaku masih tidak berapa betul, aku tidak kuasa nak gaduh dengan jembalang di hadapanku ini.
"Tumpang lalu..."pintaku sopan. "Oohh.. Kau tak datang kerja ya hari ni?"soalnya kasar. "Ermm.. Apa kata, kita duduk di kerusi dahulu? Nanti saya jelaskan semuanya,"aku cuba berlembut dengannya. "Kau ni memang betul la makan gaji buta ! Cuti ikut sedap hati kau je. Kau ingat kau siapa nak buat macam tu, hah?!"Zafrul berkata dengan angkuh.
"Err.."aku tak sempat membalas kata-katanya. Pandanganku kelam. Aku jatuh terjelepok. Dapat kudengar orang memanggil-manggil namaku. Aku menutup mataku. Gelap.
***************************
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. "Aku kat mana ni?"soalan pertama yang terpacul dari mulutku. Aku cuba bangun namun, kepalaku terasa berat. "Huh.."aku mendengus kecil. "Baring saja kat situ diam-diam. Kau tu sakit. Tak payahlah nak tunjuk kuat,"berdesing telingaku mendengar kata-kata sinis itu. Aku menoleh ke tepi, Zafrul ada di sebelahku.
'Isy, dia ni ! Tak rasa bersalah langsung,'hatiku mengutuk. Renunganku singgah tepat di matanya. Aku pandang Zafrul tanpa perasaan. "Apa pandang-pandang?! Tak puas hati?"soal Zafrul kasar. Aku berbaring membelakangkannya. 'Harap muka je hensem, tapi, perangai serupa tahi !'kutukku di dalam hati.
"Wei, aku nak minta maaf sebab tengking kau tadi,"Zafrul bersuara setelah kami berdua agak lama berdiam diri. Aku hanya diam. "Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"Zafrul menolak bahuku. Aku mendengus geram. Aku bangun lalu memakai selipar siapa entah yang ada di situ, lalu berlalu keluar.
"Wei, tunggu aku !"Zafrul melangkah seiring denganku. Apabila aku melangkah laju, Zafrul turut melangkah laju. Aku tidak larat hendak berlari. "Apa kau nak sebenarnya ni?"soalku kasar. Aku lihat dia mengeluh. "Sini, mari ikut aku sekejap,"Zafrul memaut tanganku lembut. Kali ini aku tidak membantah. Aku tiada daya untuk melawan.
Dia membawa aku masuk ke sebuah bilik pesakit. Aku terlihat sekujur tubuh berbaring di atas katil. Tidurnya nampak lena. "Itu Umi aku,"jelas Zafrul tanpa dipinta. Aku hanya diam.  Aku berjalan menuju ke katil itu. Entah mengapa, hati aku terusik melihat wanita itu. Perlahan-lahan aku mengusap rambut wanita itu. "Macam yang aku cakap, umi menghidapi penyakit kemurungan semenjak Iman pergi,"ujar Zafrul sebelahku.
Diam lagi. "Jadi, sekali lagi aku nak minta. Tolong la menyamar sebagai Iman ! Please.."Zafrul berkata sambil memandangku. Aku terdiam. Patutkah aku? Adakah aku akan terluka sekali lagi?

p/s: Pendek sgt ek? sorry...

No comments:

Post a Comment