Saturday 1 September 2012

Akhirnya Nanti 1




p/s : Baiklah, sebelum kamu semua membaca cerita saya ni. Saya ingin memaklumkan bahawa Akhirnya Nanti telah ditukar daripada cerpen ke Novel. Okey, bacalah ! Kalau boleh, komen sekali. :D

**************

*BAB 1*
     "Maya, aku nampak pujaan hati kau di padang bola sepak ! Dia tengah main bola !" laung Aizah kuat di pintu kelas.

     "Hah?! Okey, kau tunggu aku. Jom, kita pergi stalk dia..!"balas Maya penuh bersemangat. Dia bergegas bangun menuju ke arah Aizah yang menunggunya di pintu kelas. Mereka kemudian berlari pula menuju ke padang bola sepak yang terletak di tepi kantin sekolah. Maya tiba-tiba menghentikan lariannya.

     "Wei, kenapa berhenti? Dah nak dekat dah ni. Jomlah pergi dekat sikit.."kata Aizah. Dia juga termengah-mengah seperti Maya.

     "Sini cukuplah. Nanti dia perasan pula aku tengok dia. Lepas tu, mesti dia akan menjauhkan diri daripada aku.." Maya berkata perlahan sambil wajahnya mengukir senyuman yang mengandungi 1001 duka. Aizah hanya memerhatikan rakannya itu.

     "Maya, kenapa kau tak luahkan saja perasaan kau? Nak kata kau ni tak cantik, kau cantik. Kulit kuning langsat, bermata redup dengan alis yang lentik. Badan kurus, tinggi pun okey je. Kalau aku jadi kau, fuh ! Mesti popular satu sekolah,"ujar Aizah bangga. Dia tersengih-sengih.

     "Masalahnya, secantik mana pun aku, kalau dah orang tu tak suka, mana boleh dipaksa. Lagipun, aku rasa pujaan hati aku tu tak perasan pun yang aku suka dia. Lagi satu, luahkan perasaan? Pfftt.. Kau buat lawak ke? Manusia ni ada perasaan malu. Takkanlah tiba-tiba saja aku nak luahkan perasaan aku padanya?"jelas Maya panjang. Dia tersenyum lagi.

     "Maya.. Maaf sebab tiba-tiba saja aku tanya soalan ni. Tapi, keluarga kau okey?"soal Aizah prihatin. Bukan dia tidak tahu tentang keadaan keluarganya itu. Ibu bapa Maya sering bergaduh. Semua ini berlaku gara-gara Bapa Maya yang menyatakan hajatnya yang ingin berkahwin lain. Hati wanita mana yang tidak mengamuk, jika diberitahu hal sebegitu?

     "Aku tak tahulah nak cakap apa lagi. Aku cuma harap ibu bapa aku akan berbaik nanti.."kata Maya perlahan. Dia kemudian mengukir senyuman kepada Aizah. Aizah membalas senyuman Maya.

     'Sabarlah Maya.. Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambanya yang berada dalam kesusahan...' bisik hati Aizah syahdu.

**************************
    "Maya ! Pinjam nota ! Aku tak sempat salin nota yang Cikgu Shamsiah bagi," Naz tersengih sambil menggaru belakang telinganya.

     Syed Naz Ezmirul. Seorang yang segak dengan kacukan korea. Berketurunan Syed iaitu daripada keluarga yang kaya. Di sekolah, cemerlang sama ada di bidang akademi atau kokurikulum. Diminati ramai.

     "Kenapa minta kat aku? Ramai lagi orang dalam kelas ini,"balas Maya tenang sedangkan Hatinya berdegup kencang.

     "Saja. Tulisan kau kan paling lawa dalam kelas ni. Cikgu pun banyak puji tulisan kau. Bolehlah ya? Aku pinjam sekejap saja," pujuk Naz lagi, masih dengan sengihannya.

     "Okeylah, tapi ! Dengan syarat, jangan kotorkan buku aku !" Maya memberi amaran. Dia menjegilkan matanya tanda serius.

     "Yes, okay ! Terima kasih, Maya. Sayang kau," Naz mengenyit matanya. Dia kemudian berlalu pergi sambil bersiul-siul kegembiraan.

     Maya hanya mengiringi langkah Naz dengan matanya. Dia melihat Naz duduk bersama rakan-rakan. Terdapat gadis-gadis mengelilingi mejanya. Mereka berbual-bual mesra. Mula timbul rasa tidak enak di dalam hatinya.

     "Ehem, Maya. Janganlah ditenung lama-lama. Aku tahu kau suka dia..." kata Aizah sambil mencuit lengan Maya.
    "Eh, bila kau ada sebelah aku?" tanya Maya pelik.

     "Dah lama. Kau yang tak perasan. Khusyuk sangat tengok pujaan hati kau tu," Aizah berkata malas. Maya hanya tersengih.

     "Hehehe.. Sorry la. Aku bukan apa. Kau tengok tu, ramai betul perempuan keliling dia.." ujar Maya perlahan.
     "Habis tu, kau nak kata kau cemburulah ni?" Aizah menjongket kening sebelah kirinya.

     "Bolehlah.." Maya mengangguk perlahan. Matanya masih fokus memandang Naz.

     "Maya, betul ke... kau nak pindah?"soal Aizah lambat-lambat. Mukanya jelas menunjukkan riak risau.

     "Mungkin, entahlah Aizah. Aku pun tak tahu. Mak aku kata, pindah. Ayah aku kata, tak pindah. Aku pun keliru sekarang ni," Maya mengukir senyuman tawar.

     "Maya, kau ni. Buat aku rasa nak menangis, tahu tak?" Aizah mencebir bibirnya.

     "Hah? Kenapa pula kau nak menangis? Aku bukan buat apa pun dekat kau !" ujar Maya geram. Dia berasa kalut sedikit.

     "Isy, Maya ! Aku tak mahu lihat kau sedih. Aku tak suka !" luah Aizah seperti anak kecil.

     "Okey, okey. Lain kali aku tak sedih lagi ! Aku janji !" Maya mengangkat tangan sebelah kanannya seperti orang berikrar.

     Aizah tersenyum melihat telatah Maya. Tiba-tiba tangannya gatal mencuit hidung Maya yang mancung.
     "Hei, apa yang kau buat ni? Tahulah kau cemburu hidung aku comel," Maya mengusap perlahan hidungnya. Dia mengerutkan dahinya tanda geram.

     "Eleh, comel konon," Aizah mencubit lengan Maya. Sengaja dia berbuat demikian, ingin mengacau Maya.

     "Aizah ! Stop it !" Maya memberi amaran. Dia mencubit lengan Aizah pula.

     "Ouch ! Tak sakit pun," Aizah menjelir lidah. Maya menjegilkan matanya.

     Mereka pun bertepuk tampar tanpa menghiraukan keadaan kelas yang bising. Tanpa mereka sedari, ada mata yang memandang segala perlakuan mereka.

**************************
     "Murid-murid, untuk SPM kali ini, saya mahu kamu semua buat yang terbaik. Jangan hampakan saya..." kata Cikgu Maili bersemangat. Dia tersenyum memandang para pelajar yang mungkin akan menjadi usahawan negara.

     "Baik, kamu semua boleh bersurai. Oh, saya lupa nak beritahu kamu bahawa selepas ini ada ceramah tentang cara-cara untuk mencapai keputusan cemerlang. Harap akan ada perubahan selepas ceramah ini," usai berkata-kata, Cikgu Maili keluar daripada kelas 5 Anjung.

     Kelas 5 Anjung mulai bising setelah Cikgu Maili keluar. Tidak ketinggalan juga Aizah dan Maya yang asyik berceloteh daripada tadi.

     "Maya, baik kau buat sebelum terlambat !" kata Aizah dalam suara yang meninggi.

     "Tak nak !" pangkah Maya.

     "Buat !" balas Aizah.

     "No !" Maya memeluk tubuh.

     "Buat...!!" Aizah menggocangkan tubuh Maya berkali-kali.

     "Tak nak..!" jawab Maya.

     "Aku kata, Buat ! Buat !" Aizah menjegilkan matanya.

     "Buat apa?" tiba-tiba satu suara menyampuk.

     "Sibuklah kau, Naz. Blah, kau tak diperlukan di sini !" kata Aizah kasar.

     "Isy, Aizah ! Kau ni kenapa? Janganlah kasar sangat dengan Naz," Maya menegur Aizah. Aizah pula membuat muka 'Tak mau layan'.

     "Haha, tak apalah Maya. Aku tak kisah pun. Nah, Maya. Buku kau. Terima kasih," Naz berkata sambil tersenyum. Matanya sempat melirik melihat Aizah. Tindakannya itu disedari Maya. Mungkinkah?
     'Isy, Tak mungkinlah..' desis hati Maya. Dia menggeleng perlahan.

     "Mak Cik, kenapa kau geleng-geleng ni? Dah tak betul ke?" Aizah mengetuk kepala Maya.

     "Wei, kepala jangan main ya.." Maya mengusap perlahan kepalanya.

     "Betul tu !" Naz tiba-tiba menyampuk.

      Aizah hanya mencebir bibir.
     "Baguslah, sehati sekepala. Bercintalah korang !" kata Aizah geram lalu memeluk tubuhnya.

     "Aizah !" Maya berdiri sambil mengenggam penumbuknya.

     Aizah hanya tersengih sambil membuat tanda 'peace'. Naz berdiam diri. Dia memerhati dua sahabat itu.

     'Kringgg !!'

     Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aizah sudah tersenyum meleret sehingga ke telinga.

     "Aizah, bukan sekarang..." kata Maya sambil kakinya berundur setapak.

     "Ala, hari ni Mak Cik Sharepah buat Tart Nanas. Sedap ! Cepatlah, nanti habis !" Aizah bersemangat waja.

     Maya mengeluh. Lambat-lambat dia memandang Naz.

     "Naz, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum..." Maya meminta diri.

     "Eh, boleh tak aku ikut kau orang berdua?" soal Naz ceria.

      Maya menjongket kening sebelah kirinya.

     'Naz, adakah kau suka.... Aizah? Isy, Maya ! Tak mungkin. Ini semua kebetulan sahaja,' hati Maya berbisik.

     "Okey, aku tak kisah. Aizah?" Maya bertanya kepada Aizah.

     "Aku pun tak kisah. Hailah, cepatlah ! Kau lambat, aku tinggal nanti !" kata Aizah sambil menarik-narik tangan Maya.

     "Isy, sabarlah sikit !" balas Maya. Dia sempat melirik Naz. Dan, Naz tersenyum sambil memandang Aizah. Hati Maya tidak lagi bernafas tenang. Mungkin benar...
**************************
2 BULAN BERLALU...

     "Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang elok. Straigth A's !" Maya melompat kegembiraan. Para calon SPM yang lain ada juga yang gembira dan ada juga yang pulang dengan kecewa.

     "Maya !!!" laung Aizah kuat daripada jauh.

     "Aizah ! Kau dapat berapa?"  Maya terus bertanya. Tidak mahu bertangguh lagi.

     "Aku dapat.. 9A ! Aku taklah pandai sangat macam kau. Tapi, bolehlah ! Aku pun hebat juga tau !" Aizah berkata bangga. Hidungnya sudah kembang-kempis bernafas.

     "Ehem, hye girls !" tegur Naz di belakang.

     "Eh, Naz ! Kau dapat berapa?" Maya menyoal Naz pula. Hatinya berbunga melihat Naz.

     "Straight A's. Sama macam kau. Aizah, tahniah ! Kau dah buat yang terbaik," Naz berkata sambil memandang muka Aizah.

   Aizah hanya mendiamkan diri. Maya berasa kecewa.

   'Kata-kata itu bukan ditujukan untuk aku...' sayu hati Maya berbisik.

     "Maya, aku nak pergi dulu. Bye. Apa-apa hal, kau contact aku," Aizah sempat berpesan. Dia kemudian berjalan meninggalkan Maya dan Naz.

     "Naz.." belum sempat Maya berkata apa-apa..

     "Aizah ! Tunggu aku !" kata Naz lalu berlari anak mengejar Aizah.

     Maya hanya tersenyum perit.

     "Betullah tu. Naz sukakan Aizah. Kenapalah aku tak perasan selama ni? Waktu dia pinjam buku tu. Aizah ada di sebelah aku. Waktu dia pulang buku, Aizah ada juga. Aku hanyalah watak sampingan dalam cerita cinta yang Naz cipta.." Maya bermonolog sendiri.

     Perit. Sedih. Kecewa. Itulah perasaan yang dapat Maya gambarkan. Tiba-tiba Maya menepuk kedua-dua belah pipinya.

     "No, aku tak boleh mengalah sebelum berjuang. Aku mesti luahkan perasaan aku pada Naz. Aku mesti kuat walau apapun yang akan berlaku !" Maya kemudian mengejar Naz dan Aizah yang sudah membelok memasuki tepi bangunan sekolah.

     Maya berlari dan apabila semakin dekat..

     "Naz, berapa kali aku nak cakap ! Jangan kacau aku lagi ! Aku tak suka kat kau !" suatu suara bersuara perlahan.

     "Tapi, Aizah ! Aku sukakan kau ! Please, kalau kau tak suka aku pun, aku minta nombor telefon kau saja. Bukannya apapun.." balas suara yang lain.

     'Itu suara Naz dan Aizah. Aizah? Takkanlah kau dah tahu yang Naz sukakan kau?' desis hati Maya.

     Lambat-lambat Maya mendekati Naz dan Aizah.

     "Naz.. Kau sukakan.. Aizah?"lambat-lambat Maya menyoal.

     "Maya?!" Naz dan Aizah berkata serentak.

     Maya ketawa kecil.
      "Naz, aku sukakan kau. Kau pula sukakan Aizah. Hebat betul.." kata Maya. Dia masih lagi ketawa. Perasaannya sudah tidak dapat dikawal.

     "Naz, apa kata. Kau pilih aku? Aku sudi ganti Aizah. Aizah tak sukakan kau ! Baik kau sukakan aku..." Maya berkata selamba.

     "Maya ! Apa yang kau cakap ni?!" kata Aizah dalam nada yang agak meninggi.

     "Kau diam, Aizah ! Kau tak layak bercakap sekarang. Sampai hati kau rahsiakan benda yang penting macam ni dari aku ! Aku benci kau !" Maya menengking. Nafasnya turun naik.

     "Maya, Aizah tak bersalah. Aku sukakan Aizah dan aku takkan sukakan orang lain," jujur Naz berkata.

     "Naz, apa yang kau merepek ni? Jangan keruhkan keadaan lagi ! Maya, jangan dengar cakap Naz. Aku tak sengaja nak rahsiakan..."

     "Sudah ! Diam ! Korang semua bohong ! Aku benci korang ! Aku benci !" usai berkata, Maya terus berlari meninggalkan Naz dan Aizah.

     "Sara Maya !" laungan Aizah tidak dipedulikan.

     Maya terus berlari jauh meninggalkan sekolah. Setelah berasa agak jauh daripada perkarangan sekolah, Maya berhenti berlari. Dia mengusap dadanya perlahan. Dia menahan teksi. Niatnya mahu pulang ke rumah.

     Maya menangis dalam perjalanan. Otaknya berserabut.

     'Aizah tak bersalah. Aku tak patut buat macam tu pada dia. Tapi, dia dah rahsiakan benda yang penting daripada aku. Aku macam orang bodoh !' getus hati Maya geram.

     'Lebih baik aku tak ada kawan macam ni. Baik aku seorang diri.. Ya, itu yang terbaik,' Maya mengangguk kepalanya.

     "Dik, semuanya RM 6.30.."pemandu teksi itu berkata.

     Maya menghulur duit not RM10. Pemandu teksi itu menyambut huluran Maya. Maya turun tanpa kata.
     "Eh, baki !" laung pemandu teksi itu.

    "Apa nak jadilah budak-budak sekarang ni," pemandu teksi itu menggeleng perlahan kepalanya. Dia meneruskan tugasnya sebagai pemandu.

     Maya berlari pantas menuju ke rumahnya. Setelah sampai, dia memulas pintu dan terus masuk ke dalam rumah.

     "Aku ceraikan kau dengan talak dua ! Sudah, aku tak mahu tengok muka kau lagi ! Aku nak pergi dari sini. Rumah ni macam neraka dah bagi aku !" lantang suara Pak Cik As'anol bersuara dari dapur. Maya nyata terkejut.

     "Abang, jangan buat saya macam ni ! Ingat kat anak kita!" Mak Cik Munirah merayu.

      Pak Cik As'anol bersikap kejam. Dia menendang Mak Cik Munirah yang melutut di kakinya. Tanpa sebarang kata, dia berlalu keluar meninggalkan mahligai yang pernah dia bina.

     "Kenapa.. Kenapa semua ini berlaku..?" kata Maya perlahan. Air matanya turun menodai pipinya.
     Tiba-tiba dunia Maya terasa gelap.

      'Lelaki memang tidak boleh dipercayai..' Maya berbisik perlahan sebelum badannya jatuh ke bumi.
**************************
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...

     "Tan Sri ada perjumpaan klien pada pukul 2.00 petang dan mesyuarat dengan ahli lembaga Syarikat lain pada pukul 4.00 petang. Oh ya ! Esok hari lahir anak Tan Sri kali ke-23.." lancar Maya berkata-kata. Terserlah sifat kewibawaannnya. Dia tersenyum memandang Tan Sri yang dihormatinya.

     "Okey, Sara. Thank you. You may go now," balas Tan Sri pendek. Dia membalas senyuman Maya.
     Sara Maya atau lebih dikenali sebagai Maya mengangguk perlahan lalu berjalan menuju ke pintu. Sewaktu memulas tombol pintu..

     'BAMM..!!'

"Uncle, I'm back !" jerit seorang pemuda ceria.

     "Eh, Sara ! Are you okay?" Tan Sri bingkas bangkit menuju ke arah Maya.

     "Uncle ! Nama saya bukan Sara ! Saya lelaki !" kata pemuda itu sewaktu Tan Sri melintasinya.

     "Aduh.. Kepala saya," Maya mengusap kepalanya yang mula merah.

     "Syed Naz Ezmirul ! Minta maaf pada Cik Sara," tegas Tan Sri berkata.

      Maya pula mendiamkan diri. Naz?

     "I'm so so sorry, Cik Sara !" kata Naz sambil menyusun sepuluh jari di hadapan Maya.

     'Dia tak kenal aku kot. Ya, mesti dia sudah lupa, Nasib baik,' desis hati Maya.

     "Tak apa. Awak tak sengaja," balas Maya. Dia kemudian berdiri. Badannya terhuyung-hayang sedikit.

     "Saya rasa awak patut pergi ke klinik. Naz, hantar Cik Sara ke klinik yang berdekatan.." arah Tan Sri. Wajahnya menunjukkan riak risau. Naz hanya menjongketkan bahunya.

     "Okey, Naz tak kisah,"balas Naz pendek.

     "Eh, tak payahlah. Saya okey. Lagipun, ada first Aid di meja kerja saya," kata Maya sambil tersenyum kelat.

     "Baiklah, Tan Sri. Saya pergi dulu kalau tidak ada urusan apa-apa lagi.." pinta Maya sopan. Dia mahu segera pergi dari situ.

      "Baiklah. Saya minta maaf sekali lagi bagi pihak anak saudara saya," ucap Tan Sri kesal.

      "Tak mengapalah, Tan Sri. Takde apa-apa pun ni. Sikit je. Lama-lama eloklah ni," Maya masih lagi tersenyum. Dia kemudian memulas pintu tombol dan keluar dengan hati yang kabut.

**************************

3 comments:

  1. percubaan yg baik....nak n3 lg...best sgt cite ni..kena dgn jiwa saya....terbaiikk writer...^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Alhamdulillah,ingatkan cerita saya ni tak berapa nak best.. Kena dengan jiwa? Fuh, satu ayat yang buat saya meloncat kegembiraan..! HEHEHE..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete