Friday 5 October 2012

Akhirnya Nanti 2





BAB 2
"Aku ingat nak cari kerja lainlah, Opie.." kata Maya sewaktu berada di ruang tamu.
"Apa?! Apa pasai hang nak cari kerja lain? Dah elok kerja hang. Hang jangan nak cari pasai pi cari kerja lain. Gaji dah lumayan, ada pejabat sendiri..." balas Opie dalam loghat utara.
"Aku tak suka kerja kat situ," bohong Maya. Tak suka? Memang tak suka. Tapi, bukan pada kerja, pada 'jembalang' yang baru kerja di situ. Terimbas kejadian pada hari itu...

"MULAI hari ini, Syed Naz Ezmirul iaitu anak saudara saya akan bekerja di sini bagi menggantikan saya. Al-maklumlah, saya ni makin lama makin tua. Jadi, Cik Sara, awak kena layan karenah Naz ni dengan penuh sabar. Dia ni memang macam budak-budak sikit tapi, hasil kerjanya bagus..." ujar Tan Sri bangga. Dia memegang bahu Naz seakan-akan menyalurkan semangatnya pada anak muda itu.
"Baiklah, Tan Sri," Maya terpaksa akur. Takkanlah nak bantah dalam bilik mesyuarat ni? Bikin malu sahaja..
"Dengan ini, berakhirlah mesyuarat kita kali ini. Kamu semua boleh bersurai..." kata Tan Sri lalu melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Ahli syarikat yang lain turut berasak-asak keluar. Tidak terkecuali, Sara Maya yang menghadapi kesukaran kerana tubuhnya agak kecil dihimpit oleh ahli jawatan yang lain.
"Inilah padahnya kalau nak keluar awal," sempat Maya berbisik geram. Tiba-tiba Maya merasakan tubuhnya berada dalam keadaan yang tidak stabil akibat dilanggar seseorang.
"Habislah aku.." Maya pasrah dalam keterpaksaan. Mengapa ini semua berlaku?
"Cik Sara, err.. Awak okey? Nasib baik saya sambut awak, kalau tidak mesti awak dah jatuh," kata Naz tenang. Maya perlahan-lahan membuka kelopak matanya.
'Fuh, nasib baik..' Maya melepaskan nafas lega. Tiba-tiba matanya terbuka luas. Pantas dia menepis tangan Naz yang melingkari pinggangnya. Dia menjeling sekilas.
"Terima kasih," ucap Maya pendek sambil tunduk hormat kepada Naz. Tanpa menunggu balasan Naz, dia pantas melangkah pergi meninggalkan Naz berseorangan.
"Pelik perempuan ni.." gumam Naz perlahan.

"TAN SRI, boleh saya masuk?" kata Maya sambil mengetuk pintu pejabat Tan Sri.
"Masuk !" ringkas arahan yang diberikan.
Maya pun masuk ke dalam pejabat Tan Sri. Ada hal yang perlu dibincangkan.
"Tan Sri, maaf andai jika saya menganggu. Tapi, boleh saya tahu, kenapa Encik Syed Naz yang menggantikan Tan Sri? Bagaimana dengan anak Tan Sri? Maaf jika saya kurang sopan," Maya berkata serius. Dia memandang Tan Sri tanpa berkelip.
"Sila duduk dulu, Sara. Seriusnya kamu ni. Tentang soalan kamu tu, jawapannya panjang. Macam ni lah, anak saya sekarang berada di luar negara. Saya suruh dia balik, dia tak mahu dengar cakap saya. Kebetulan, ayah Naz suruh saya menjaga Naz. Jadi, saya bagilah Naz kerja. Macam tulah ceritanya. Anak saya tu, apabila dia pulang ke negara ni, dia akan menggantikan Naz dan Naz pula akan bekerja dengan ayahnya..." jelas Tan Sri panjang lebar dengan senyuman.
"Oh, begitu. Jadi, bila anak Tan Sri nak balik?" tanya Maya lagi. Kali ini nadanya sudah tidak sesuram tadi.
'Oh yes ! Naz akan pergi ! Yes, yes, yes..' Maya menjerit keriangan di dalam hati. Ikutkan hati, mahu saja dia joget di situ.
"Anak saya, balik dalam sebulan lagi kot. Entahlah, Cik Sara. Anak saya tu pendiriannya tidak tetap. Nanti saya takut tiba-tiba je dia tak jadi nak balik," kata Tan Sri bersahaja.
"Oh, okey," jawapan Tan Sri membuatkan Maya berasa sedikit kecewa. Tidak mengapa, Maya ! Kuatkan semangat !
"Kalau macam tu, saya pergi dulu, Tan Sri.."pinta Sara lalu menundukkan wajahnya.
"Baik.." Tan Sri tersenyum.

"WOI, Sara ! Hang ni, orang duk cakap dengan dia. Dia pi berangan pulak," kata Opie. Dia mencuit hidung Maya yang mancung.
"Sorrylah, Opie. 'Ter'berangan pula. Hehehe.." Maya ketawa sambil mengusap-usap hidungnya.
"Hisy, ni yang aku nak merajuk dengan hang ni !" Opie memeluk tubuh sambil berpaling dari Maya. Aik? Merajuk ke Opie?
"Ala, janganlah macam ni, Opie. Kita kawan, kan? Okey, okey. Aku dengar apa yang kau nak cakap. Haa, cepatlah cakap," Maya bersungguh-sungguh memujuk Opie. Dia menadahkan telinganya. Opie yang melihat Maya bersungguh-sungguh, ingin ketawa namun ditahan. Nanti kantoilah !
"Tak mahulah cerita pada kau.." kata Opie. Dia mendaki anak tangga sambil mulutnya sengaja dimuncungkan.
"Opie..! Janganlah merajuk," Maya mengejar Opie yang sudah berada di tingkat atas.
"Opie, opie. Tunggu, tunggu. Aku..herk.." Maya tiba-tiba jatuh terbaring.
Opie yang membelakangkan Maya tidak menyedari akan hal itu.
'Aik? Kenapa diam ni?' gumam hati Opie. Dia berkira-kira untuk memandang ke belakang atau tidak. Akhirnya, Opie memusingkan juga badannya. Terkejut dia melihat Maya yang terbaring di atas lantai.
"Sara? Hang jangan mati, Sara ! Tidak !! Banyak dosa aku pada hang ! Jangan mati Sara !!" raung Opie. Dia memangku kepala Maya sambil kepalanya tergeleng-geleng.
"Purrgghhh... Ahahahahahaha !!" Maya tiba-tiba mencelikkan matanya sambil menekan perutnya akibat ketawa terlalu banyak.
"Lawaklah kau ni, Opie. Ohh.. Risau juga kau pada aku ya.." Maya tersenyum jahat. Manakala, Opie hanya mendiamkan diri sejak daripada tadi. Marahkah Opie?
"Opie, jangan marah.." Maya memujuk. Risau pula dia melihat keadaan Opie yang mendiamkan diri tu.
"Opie..?" Maya menyamakan kedudukan kepalanya dengan Opie.
"Baahhhhh...!!!" Opie tiba-tiba bangun.
"Opocot mak kau tergolek !!" Maya melatah lantang. Dia mengurut-urut dadanya perlahan.
"Opie !! Jahatnya kau !" Maya berkata geram. Nafasnya tercungap-cungap akibat terkejut.
"Hahahaha.. Nak kenakan aku, hang tunggu 100 tahun lagi lah !" Opie berkata bangga. Dia berdiri lalu mencekak pinggangnya.
"Eleh.." Maya menjulingkan matanya.
"Hahaha.. Sudahlah, Sara. Jom kita tidur," Opie menguap sambil menggeliat.
"Hurm, jom ! Aku pun dah mengantuk ni," Maya pula menguap.
Mereka kemudian sama-sama menuju ke bilik masing-masing. Dan, Maya terlupa benda yang boleh mengubah nasibnya suatu hari nanti...
**************************
"Cik Sara, tolong fotostatkan kertas ni. Saya nak 10 copy.." arah Naz sambil menghulurkan kertas kepada Maya.
"Baik," balas Maya pendek. Dia bangun lalu melangkah ke mesin fotostat. Tiba-tiba dia dapat merasakan hembusan di lehernya. Maya pun menoleh ke belakang dan ternyata Naz berada di belakangnya.
'Fuh, buat aku terkejut saja,' getus hati Maya geram.
"Encik nak apa? Ada masalah apa-apa?" tanya Maya sopan sedangkan di dalam hati sudah dikutuknya Naz macam-macam.
"Macam mana guna mesin ni?" soal Naz sambil tangannya diseluk ke dalam poket.
'Belajar sampai luar negara. Takkan nak guna mesin ni pun tak reti?' kutuk Maya dalam hatinya. Takkan lah dia mahu jawab sebegitu kepada Naz. Mahu dipecatnya nanti.
"Senang saja. Bos cuma perlu tekan butang ni. Lepas tu, bos tekan la berapa banyak yang Bos nak copy.." terang Maya malas-malas.
"Oh..." Naz mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
"Ada apa-apa lagi?" soal Maya sambil tersenyum.
"Oh, lunch nanti keluar dengan saya ya. Tunjukkan saya tempat yang best," Naz berkata ceria.
"Erk, Tak boleh !" balas Maya pantas.
"Kenapa?"
"Saya dah janji nak keluar dengan orang lain hari ni. Sorry.." dalih Maya. Ala, tak apa. Bohong sunat..
"Oh, esok?" Naz menyoal dengan senyuman tidak lekang dari mulutnya.
'Esok? Isy, dia ni nak apa dari aku? Tak pun, dia sudah tahu siapa diri aku sebenarnya? Habislah kalau firasat aku ni betul..' monolog hati Maya. Dia menggigit bibirnya.
"Jadi..?" Naz mengangkat keningnya.
"Huh? Hurm, err.. Baiklah.." lambat-lambat Maya bersetuju jua. Otaknya sudah tidak boleh berfikir lagi.
"Bagus. Okey, awak boleh sambung kerja awak. Copy tu nanti letak saja di atas meja saya.." kata Naz lalu melangkah pergi. Dia sempat bersiul-siul.
Maya hanya memerhatikan tingkah laku Naz. Masih adakah lagi cinta?
**************************
"Best, kan? tempat ni?" tanya Naz sambil mulutnya mengunyah nasi.
Maya hanya tersenyum kelat sambil menganggukkan kepalanya. 'Best? Makan di kedai mamak pun best? Tak mainlah makan di kedai mamak !' kutuk Maya. Dia masih lagi mengekalkan senyuman plastiknya.
"Bos, saya nak pergi cari sinki sekejap.." pinta Maya.
"Okay.." Naz mengangguk.
Maya bingkas bangun lalu menuju ke sinki yang terdekat. Dia membasuh tangannya. Dia kemudian menilik wajahnya di cermin. Okay, perfect ! Sewaktu dia memusingkan badannya, dia terlanggar seorang pemuda. Maya menggaduh kesakitan.
"Aduh, aku langgar dinosaur ke ni?" gumam Maya perlahan. Dia kemudian mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat orang yang dilanggarnya tadi. OMG ! Hensemnya !
"Erk, saya minta maaf.." pinta Maya sopan. Hilang rasa marahnya setelah melihat wajah lelaki itu.
'Kalau aku tahu kedai mamak ni tempat lelaki hensem makan, setiap hari aku akan datang. Dan, aku mestilah ajak Opie sekali !' hati gatal Maya berbisik sakan. Maya merenung wajah lelaki itu sekali lagi. Satu kali tengok, memang hensem ! Dua kali tengok, hensem kuasa tiga !
"Encik..?" panggil Maya apabila tiada tindak balas dari lelaki itu.
Tiba lelaki itu tersenyum.... sinis?
"Heh, perempuan hipokrit.." lelaki itu berlalu pergi setelah habis berkata-kata.
Maya pula terlopong.
"What?! Dia panggil aku perempuan hipokrit? How dare him !" kata Maya geram. Matanya mencari kelibat lelaki tadi, namun bayang lelaki itu sudah lenyap !
"Kalau aku nampak lelaki tadi tu lagi.. Aku penyet-penyet muka dia. Lepas tu, aku cekik pula leher dia. Mayat dia nanti aku buang kat tempat pembuangan sampah..!" bebel Maya siap dengan lagak aksinya sekali.
"Lelaki mana yang awak nak cekik-cekik, penyet-penyet tadi..?"
"Opocot ! Herk..!" mata Maya terbuka seluas-luasnya apabila melihat lelaki itu.
'Aiseh, macam mana aku boleh tak perasan yang dia ada kat belakang aku..?' hati Maya berbisik perlahan. Dia menepuk dahinya.
"Saya tanya, lelaki mana yang awak nak belasah tadi? Lepas tu, nak buang mayat dia kat tempat pembuangan sampah..?" soal lelaki itu lagi.
"Hah..? Lelaki apa? Lelaki mana? Encik cakap apa ni? Eh, ada orang panggil saya. Okay, bye ! Janganlah kita berjumpa lagi..!" cepat-cepat Maya melangkah pergi. Mulutnya sempat berdoa, 'Janganlah aku jumpa lelaki itu lagi ! Amin !'
"Interesting.." Tengku Affin tersenyum sebaris.
**************************
Maya berjalan memasuki Syarikat Megah Holding dengan penuh bergaya. Hari ni, dia memakai kot hitam bersama kemeja putih di dalam. Rambutnya disanggul tinggi, menyerlahkan lehernya yang jinjang. Dia hanya memakai bedak asas dengan sedikit pemerah pipi. Namun, kecantikannya terserlah !
"Cik Sara !" kedengaran suatu suara menyapa dari belakang. Maya cepat-cepat menoleh. Kelihatan Siti Hajar sedang berlari anak menuju ke arahnya.
"Ya?" balas Maya pendek.
"Encik Naz cakap nak jumpa Cik Sara. Penting rasanya. Dari tadi tak henti-henti cari Cik Sara..." kata Siti Hajar. Nafasnya tercungap-cungap, mungkin sibuk mencari Maya dari tadi.
"Oh, okay. Terima kasih sebab maklumkan kepada saya.." Maya tersenyum manis sebelum memasuki lif. Dia menekan angka tujuh, ke tingkat tempat dia bekerja.
'Ting !'
Maya keluar setelah pintu lif dibuka dan tanpa membuang masa, dia melangkah menuju ke pejabat Naz. Dia mengetuk pintu pejabat Naz beberapa kali. Setelah diberi izin, Maya memulas tombol pintu. Kelihatan Naz sedang duduk di kerusinya sambil menilik suatu fail. Wajahnya serius, tidak seperti selalu. Selalunya wajahnya akan dihiasi dengan senyuman.
'Aku ada buat salah ke..?' detik hati Maya. Dia menggigit bibirnya.
"Bos, ada apa-apa yang saya silap ke..?" soal Maya terus. Sepanjang pekerjaan dia di Syarikat ni, jarang sekali dia melakukan kesalahan.
"Sara Maya binti As'anol.." kata Naz perlahan, namun jelas kedengaran di telinga Maya. Jantung Maya berdegup kencang. Dia melangkah menuju ke arah Naz.
'Itu fail peribadi aku ! Mana dia dapat ni?! Kan aku dah sorok hari tu !' bisik hati Maya. Jantungnya berdegup kencang sekali.
"Patutlah awak macam selalu mengelak dari saya.." Naz menyambung lagi.
"Bos, bagi balik fail peribadi saya !" tempik Maya sambil tangannya berusaha mengambil fail itu daripada Naz. Namun, usahanya gagal.
"Kenapa.. Maya? Kenapa rahsiakan semua ni..?" soal Naz perlahan.
"Bos, saya tak suka campurkan hal peribadi dengan kerja. Please, nama saya Sara. No more Maya.." balas Maya dingin. Dia memeluk tubuhnya.
"Awak tahu tak, Maya. Saya dah lama mencari awak..." Naz mengusap mukanya. Lagaknya seperti orang yang sedang menyesalkan sesuatu.
'Naz... Cari aku..?' desis hati Maya. Tercalit sedikit kebahagiaan apabila mendengar Naz menuturkan ayat itu. Adakah.. Naz juga.. Mencintai aku?
"Maya, saya nak bawa awak pergi ke suatu tempat. Sudikah awak mengikut saya..?" soal Naz lembut. Maya hanya mengangguk tanpa banyak soal. Otaknya sudah tidak dapat mencerna apa-apa lagi.
**************************
p/s : komen la sikit. Maaf jika ada kekurangan.. :)

4 comments:

  1. Replies
    1. Okay.. Saya akan buat secepat yang mungkin ! Terima kasih sokong saya dan terima kasih juga sebab sukakan cerita yg x seberapa ni :)

      Delete
  2. eh eh...naz nak bawa maya ke tempat mane ni,..dan naz seperti sesalkan sesuatu je..
    x sabar nak tunggu next n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm, next n3 sedih sikit.. Hehehe.. Tak boleh bg tahu selebihnya :D

      Delete