Monday 12 December 2011

Saya Nak Awakk..!! 2

FAZRIL melihat Ana melangkah masuk ke dalam pejabatnya. "Cik Sofi Sufiana bt Safuan, awak tahu apa kesalahan awak?" soal Fazril serius. Ana pula hanya mendiamkan diri membuatkan Fazril berasa marah lalu menghentak mejanya. "Cik Sofi Sufiana ! Saya tanya sekali lagi. Awak tahu apa kesalahan awak?!"soal Fazril separuh menjerit.
Jeritan Fazril membuatkan Ana berasa teramatlah takut. "Emm.. Erk.. Tahu,bos..!" perlahan sahaja tutur kata Ana. "Bersuara pun, ingatkan bisu tadi..."perli Fazril. "Bos.. Kalau saya bisu, saya tak akan dapat bekerja kat sini..."kata Ana bersahaja. "Oooppss.." Ana tersedar. 'Alamak..!! Apa aku buat ni..!!' getus hati Ana.'Habislah kau Ana...'bisik hati kecil Ana.
"Amboi.. Pandai menjawab..! Nak saya pecat ke?"soal Fazril. Seronok dia dapat melihat wajah takut di hadapannya ini. Kalau nak diikutkan, dia tak lah berasa nak marah sangat Ana mengutuknya. Tapi, dia sengaja mahu melihat reaksi takut Ana.
"Eh, bos ! Janganlah macam tu..! Hmm.. Bos pernah dengar tak orang kata, Jangan cepat marah, nanti cepat tua... Maksudnya, bos tak boleh marah ! Nanti habis muka bos yang hensem tu banyak kedut-kedut,"lancar sahaja Ana menuturkan kata.
"Aik? Berani lagi awak nak kutuk saya?" Fazril sudah berdiri dari tempat duduknya. "Eh, mana ada saya kutuk bos ! Saya hanya nasihat saja..." Ana sudah kelam kabut. 'Bilalah nak reda kemarahan bos aku ni,'bisik hatinya.
"Saya akan kenakan hukuman kerana awak kutuk saya sebanyak 2 kali di depan saya,"kata Fazril sambil mengusap-usap dagunya yang bersih tanpa sebarang janggut. "Hah?! Ala.. Bos. Untuk pengetahuan bos, bukan saya seorang sahaja yang kutuk bos. Ramai lagi staff pejabat yang kutuk bos. Lagi teruk dari saya.." terang Ana bersungguh-sungguh.
"Saya tahu, tapi, awak sebagai setiausaha saya, tak boleh kutuk saya. Awak tu dah la pemalas, selalu datang lambat, nasib baik Allah anugerahkan muka yang cantik pada awak. Kalau tidak, dah lama saya pecat awak..."Fazril berpeluk tubuh.
"Hahaha.. Tak sangka bos kata saya cantik.."Ana tersengih-sengih. "Bila masa saya kata awak cantik?" Fazril mengangkat sebelah keningnya. "Aiikk? Tak nak ngaku pula bos ni... Tadi baru saja kata saya cantik,"Ana memuncungkan mulutnya.
"Awak janganlah perasan sangat, wahai Cik Sofi Sufiana bt Sufian,"kata Fazril sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Ana. Spontan Ana menjarakkan diri. 'Ish, bahaya betul bos aku ni. Aku 'smackdown' karang, baru tahu langit tu tinggi ke rendah,' Ana bermonolog di dalam hati.
"Hah, ni kenapa mulut tu muncung? Macam itik dah saya tengok,"perli Fazril. "Suka hati sayalah, wahai bosku yang bernama Muhd Hazriq Fazril b. Tan Sri Ahmad," giliran Ana pula memerli. "Amboi, menjawab!"kata Fazril lalu bercekak pinggang. "Amboi, menjawab!" Ana mengajuk cara percakapan Fazril.
"Hishh, sudahlah ! Malas saya nak layan pekerja macam ni. Hukuman untuk awak ialah awak kena beri kiss kat pipi sebanyak 2 kali,"ujar Fazril sambil menunjukkan ke arah pipinya. "Ish, bos ni. Kita bukan muhrim dan kita juga bukan mat saleh yang boleh bercium sesuka hati. Kita ni ada agama. Haruslah kita mematuhi segala arahan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Saya tak nak dapat dosa. Hah, bos nak dapat dosa percuma ke? Kalau nak, silakan suruh orang lain cium muka bos, saya tak hengen la. Lagi satu, bos bertaubatlah sebelum terlambat. Dahlah kiamat nak dekat....." panjang lebar syarahan yang diberikan oleh Ana.
"Amboi.. Awak sesuai jadi ustazah, wahai cik Sofi Sufiana bt Sufian. Sia-sia je saya kena syarah dengan awak. Hishh, membingitkan telinga saya je,"rungut Fazril. "Siapa suruh bos cakap macam tu?"Ana tersengih. Dia terlebih dos pula,'Yang pergi syarah bos sendiri tu buat apa? Nak kena buang kerja awal ke?' bisik hati Ana.
"Hmm.. Yelah.. Semuanya salah saya.. Ana, kita keluar lunch sama-sama,ye? Awak belanja," kata Fazril riang. "Taknak lah... Habis pokai duit saya belanja bos. Bos dah lah kuat makan.."rungut Ana. "Nampaknye.. Terpaksalah saya potong gaji awak bulan ni..." kata Fazril dengan perasaan hampa yang dibuat-buat.
"Ala.. Bos ni main ugut-ugut pulak.. Okeylah.. Saya belanja.. Cepat ! Lambat saya tinggal,"kata Ana geram.
*********************
"Ana..!! Kau pergi mana tadi? Penat aku cari kau,"Bella kelihatan penat. "Err.. Aku lunch dengan bos,"Ana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Laa... Lain kali, kalau nak dating, bagi lah tahu aku dulu,"Bella mendengus lalu mencubit lengan Ana.
"Sorry la.. Sebenar-benarnya, aku tak nak keluar lunch dengan bos, tapi dia paksa aku. Dahlah aku yang kena belanja. Hishh, tak gentleman betul bos aku ni,"rungut Ana sambil mencebik.
"Hmm.. Takpe, aku maafkan. Dengar ni, tadi aku cari kau sebab Iqmal cari kau," kata Bella. "Haha.. Ayat kau pelik la,"Ana tersengih-sengih menahan ketawa. "Janganlah ketawa. Aku serius la..."Bella mencubit lengan Ana.
"Hehe.. Sorry la. Ayat kau tu tak boleh blah. So, berbalik kepada topik tadi, kenapa Iqmal cari aku?"soal Ana terhadap Bella. "Manalah aku tahu. Hmm.. Lagi satu, Iqmal tu sebenarnya suka kau,kan?"Bella tersengih. Berderau darah Ana saat mendengar soalan Bella itu. "Hisshh, mana ade. Kau jangan buat fitnah,"nafi Ana.
"Eleh, mana ada aku buat fitnah. Iqmal sendiri yang beritahu aku. Dia kata dia dah luahkan perasaan dia kat kau. Tapi, kau tolak dia. Kau jangan nak tipu aku la.." Bella tersenyum bangga seolah-olah dia memenangi piala dunia FIFA Worldcup.
"Err.. No comment.." Ana ingin berlalu dari situ namun, tangannya dipegang seseorang. "Ish, kau ni, Bella. Lepaskanlah tangan aku yang comel ni,"Ana cuba merentap tangannya tanpa memandang empunya tangan yang menggenggam tangannya. "Uiikkss? Kenapa tangan kau besar, Bella?"Ana mendongakkan mukanya ke atas.
Tiba-tiba mulutnya terlopong luas. "Tutup mulut tu. Nanti saya cium kang," Iqmal tersengih. Ana cepat-cepat menutup mulutnya kembali. "Err.. Apa kau buat kat sini. Lagi satu, lepaskan tangan aku yang comel sebelum aku tumbuk kau.Dan.. Lagi satu, tak payah nak ber'awak-saya' dengan aku. Aku tak suka,"kata Ana kasar.
"Garang. Tapi aku suka,"bisik Iqmal ke telinga Ana. Muka Ana sudah merah menahan marah. Dengan kudrat yang ada, Ana ingin menumbuk Iqmal namun, sempat ditahan Iqmal. Kini, kedua-dua belah tangan Ana sudah berada di dalam genggaman Iqmal.
"Kau nak buat apa sekarang? Kedua-dua belah tangan kau berada dalam genggaman tangan aku.Heheh.."Iqmal tersengih nakal. "Ish..Ape ni?! Lepas la....!!"jerit Ana kuat.  "Tak nak," Iqmal tersengih lagi. "Aku sepak kau nanti kang,"Ana menjegilkan matanya. "Sepak la... Lagi aku suka...haha," kata Iqmal. "Ish.. Kau ni gila.... Aku.." belum sempat Ana menghabiskan percakapannya, kedengaran seseorang menjerit namanya.
"Sofi Sufiana bt. Safuan..!!!!" bergema seluruh pejabat dengan jeritan itu. "Hah, kau dengar kan bos panggil aku? So, kau lepaskan tangan aku!"kata Ana tegas. "Kau mungkin terlepas kali ni. Tapi, lain kali, aku takkan lepaskan kau.."bisik Iqmal perlahan ke telinga Ana.

2 comments:

  1. gi-lak la bos dia tu...haha zanis nty klau kasi iqmal jadi hero pun ok jugak..hehe da byk la bos yg jadi hero...tp mana2 pun ok je sbenanya...hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..thanx 4 the comments.. MiMi nk Fazril jd hero or Iqmal? Which one?

    ReplyDelete